PH JANGAN TERLALU GHAIRAH UNTUK DIAJAK BEKERJASAMA DENGAN BERSATU DAN PN

Mendepani PRN Johor yang bakal menjelma tidak lama lagi, tiba-tiba saja timbul suara entah daripada mana yang memberi saranan untuk menyatukan PH dengan PN dan Bersatu, selain dengan semua parti pembangkang yang lain bagi mewujudkan gabungan yang benar-benar mampu untuk mengalahkan BN.

Setakat ini beberapa reaksi positif telah kedengaran dan menyambut baik saranan itu.

Suara yang sama turut mengingatkan bagaimana parti-parti pembangkang yang bersatu pada PRU 14 telah berjaya menumbangkan UMNO dan BN buat pertama kalinya pada 2018 lalu.

Lantaran itu, beberapa pihak dalam PH, lantas turut terghairah dengan memberi respon yang sama positif mengenainya.

Dalam hal ini, wajarkah PH kembali bekerjasama dengan Bersatu dan PN, terutamanya melibatkan Mahiaddin Md Yasin dan Azmin Ali yang telah melakukan khianat sehingga menumbangkan kerajaan PH pada awal tahun 2020 lalu melalui Langkah Sheraton?

Daripada satu segi, keperluan parti-parti pembangkang bergabung adalah mustahak untuk menuju kemenangan dalam PRU15 akan datang dan ia boleh dimulai di PRN Johor ini.

Tetapi, parti-parti yang wajar untuk PH bekerjasama itu hendaklah setakat melibatkan Pejuang, Muda, Warisan dan lain-lain parti dalam blok pembangkang saja.

Itu pun mestilah dengan syarat mereka dapat menerima kepimpinan PH yang sedia ada dan tidak meletakkan syarat-syarat yang mengarut untuk kepentingan diri mereka sendiri.

PH tidak harus sama sekali membenarkan dirinya bekerjasama dengan Bersatu dan PN kerana kedua-dua parti itu adalah pengkhianat kepada PH sendiri sebelum ini.

Pemimpin-pemimpin yang berada di dalam parti tersebut adalah wajah-wajah pengkhianat belaka.

Lagi pun, parti tersebut masih berada dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob bersama UMNO dan BN sekarang ini.

Keadaan mereka yang ditolak untuk bekerjasama dan ingin dijatuhkan dalam PRN Johor adalah masalah dalaman mereka yang tidak seharusnya dilibatkan PH sebagai sandaran untuk mencari kesempatan.

Tujuan mereka ingin dibawa bersama PH adalah semata-mata untuk menyelamatkan diri dan mengelakkan masa depan berakhir pada PRU15 nanti kerana trend serta kehendak pengundi ketika ini jelas memperlihatkan penolakan terhadap mereka itu.

Tetapi, setelah mereka bersama dengan PH nanti dan kemenangan diperolehi, tidak ada jaminan perlakuan khianat yang dulu tidak akan berulang kembali.

Kata pesanan selalu mengingatkan, anjing yang biasa makan tulang akan tetap mencari tulang sebagai makanannya.

Maka itu, lebih baik mereka itu dijauhi daripada didekati.

PH mesti tegas dalam hal ini, watak-watak yang khianat itu tidak harus diselamatkan masa depan mereka, sebaliknya lebih baik dibenam terus supaya politik negara lebih aman lagi jadinya selepas PRU15 nanti. – ShahbudinHusin 26/01/2022.

Updated: 26 January 2022 — 2:16 pm

17 Comments

Add a Comment
  1. RAKANยฒ BLOG YG DIMULIAKAN,

    ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    Rakanยฒ sekalian, sila lah tampil buat coretan tinta
    Boleh komen ikut post, atau muatkan apa2 berita
    Tapi jgn pula komen yg boleh mencetus sengketa
    Atau, blog cuba nk dibuat, bapak kita punya harta
    ๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    KAH KAH KAH

    1. RAKANยฒ,

      ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
      Ikut je le tajuk pos, & komen org jgn kita tempelak
      Komen2 bentuk serangan peribadi, kita cuba elak
      Jgn lah pulak, sampai komen2 kita, org rasa jelak
      Misalnya buat komen bgai anjing kurap menyalak
      ๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•
      ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ
      Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
      ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      KAH KAH KAH

      1. P/S:

        Kalau tak berkenaan dgn pantunยฒ di atas itu, abaikan saja.

        KAH KAH KAH

  2. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    PH dgn parti mana pun tak akan blh bekerjasama
    Klau dibuat juga pun, ianya tidak akan kekal lama
    Kejora pula resah, bagai ‘menanti dewi’ menjelma
    Setangkai melur iringi slm utk dara pujaan sukma
    ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    โค๏ธ๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿคโ™ฅ๏ธ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•๐Ÿ’Œโฃ๏ธ๐Ÿ’šโค๏ธ
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    1. LAGU – MENANTI DEWI
      PENYANYI – A. ROMZI & THE HOOKS
      KARAOKE – https://youtu.be/kINZ4cnpg_E
      LIRIK –
      ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒบ๐ŸŒท๐ŸŒธ๐Ÿ’ฎ๐Ÿต๏ธ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒบ๐ŸŒท๐ŸŒธ๐Ÿ’ฎ๐ŸŒน๐Ÿ’
      Resah hatiku gelisah
      Menanti dewi menjelma
      Mengapa agaknya
      Dia tak kunjung jelma
      Ku bertapa setahun lama
      Oh, mengapa?

      Serukanlah dewi ujianmu itu
      Ilhamkanlah daku, oh dewi

      Apa kumesti menanti
      Seribu tahun lagi
      Atau seterusnya
      Hingga kau menjelma
      Atau mesti ku melupakan
      Katakan padaku, oh dewi
      โค๏ธ๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿคโ™ฅ๏ธ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•๐Ÿ’Œโฃ๏ธ๐Ÿ’šโค๏ธ

      1. DINDA๐ŸŒนDEWI๐Ÿฅ€PUTERI๐ŸŒท,

        ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
        โค๏ธ๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿคโ™ฅ๏ธ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•๐Ÿ’Œโฃ๏ธ๐Ÿ’šโค๏ธ
        Diri ini, tk putus asa, mengejar sebuah cinta sejati
        Dinda pernah kata, akan ttp bersama idaman hati
        Maka abg pun ttp tampil bagi mencari kataยฒ pasti
        Mawar ini sebagai tanda, abg tetap setia menanti
        ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
        ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

        ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒบ๐ŸŒท๐ŸŒธ๐Ÿ’ฎ๐Ÿต๏ธ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒบ๐ŸŒท๐ŸŒธ๐Ÿ’ฎ๐ŸŒน๐Ÿ’
        Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
        ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

  3. BILA MOKHTAR SNAKE MULA BERBICARA.

    ULARMAK jadi ARSENIK.. ROSAK BINASA AGAMA DI MATA NON MUSLIM…

    Malaikat dah tak bertasbih kah utk golongan ULARMAK wahai Tar Snake???

    https://m.malaysiakini.com/news/608497

    Bukan sekadar tunggang agama tapi PELACUR AGAMA.. melacur demi kuasa, jawatan & fulus. Itu yang nyata!!!

    Dapat jadi duta taraf menteri, terus bisu sebisunya, kekok & kelu lidah nak fendangkan lagi tentang RUU355, Hudud, tutup kasino, tak nak perlembagaan sekular dan segala macam yg muluk2

    Mana dia WOIII PERLEMBAGAAN ISLAM? ULARMAK MUNAFIK. PELACUR AGAMA!!!!

  4. joget bayaq hutang 3 billiun masuk kemah

  5. dalam kemah kita vape lu

  6. sabo sabo sabo sampai masuk ICU nak mati sabo

  7. bagilah pengkhianat peluang masuk kemah

  8. baru naik sudah sabo PH lagi mau kemah ka

  9. Mahiadin yng lantik adik Azam Baki jadi KP SPRM jaga saham abang

  10. Kejap lagi masuk lah komen komen yang merapu dari bangsat bangsat bodoh

    1. Ysng ini pun tak kurang bangsat bodohnya!

      1. Lebih bngsat dan bodoh dari yang lain.

        1. Dah ler bangsat bodoh, cuba nak jadi samseng kat blog pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.