MANGSA BANJIR DALAM KESUSAHAN, KERAJAAN HARUS BERI RM10 RIBU BANTUAN KEWANGAN

Banjir luar jangka yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor serta negeri-negeri lain boleh dikata sudah surut sepenuhnya sekarang ini.

Hanya tinggal beberapa kawasan di Pahang yang masih belum surut, tetapi di negeri tersebut, banjir yang berlaku ketika ini tidaklah begitu memeranjatkan kerana ia merupakan bencana ulangan yang berlaku hampir setiap tahun.

Cuma, banjir yang berlaku ini keadaannya sedikit luar biasa dengan beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang agak dalam berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Berbeza dengan Selangor, terutama di Shah Alam dan Hulu Langat, selain banjirnya kali ini begitu luar biasa dengan banyak rumah yang musnah, hanyut, tenggelam dan hanya nampak bumbung, banjir yang menimpa kali ini juga adalah yang terburuk sekali.

Setelah seminggu berlalu, tumpuan ketika ini ialah operasi membersihkan rumah dan kawasan persekitaran kesan daripada bencana tersebut

Tetapi, sebagaimana kita semua sedia maklum, banjir kali ini turut sama memusnahkan banyak kenderaan, malah ada yang hilang dan dihanyutkan entah ke mana.

Bagi rumah yang tenggelam dan dipenuhi air selama hampir seminggu lamanya, pasti akan berdepan dengan dinding yang rosak, perabot, peralatan letrik, pakaian serta pelbagai barangan keperluan lain yang turut musnah juga.

Untuk itu, selain melakukan kerja-kerja membersih lumpur yang tentunya rumit dan meletihkan, persoalan utama di kalangan mangsa banjir kali ini ialah bagaimana untuk memulakan kehidupan dan mengganti segala barangan yang musnah itu.

Ketika ini, bantuan makanan dan keperluan ringan lain rasanya sudah begitu banyak disumbangkan oleh pelbagai pihak.

Malah di pusat-pusat penempatan sementara juga kelihatan pelbagai pihak swasta dan NGO turut menyumbangkan makanan, selimut, keperluan untuk wanita, bayi dan sebagainya.

Pendeknya, bantuan untuk mangsa banjir dari segi makan minum serta keperluan ringan lainnya boleh dikata tidak menjadi masalah lagi.

Tambahan lagi, kerajaan pusat juga memberikan bantuan segera RM1000 kepada setiap mangsa yang terlibat dengan banjir kali ini.

Kerajaan negeri Selangor juga menyumbang bantuan segera sebanyak RM1000 kepada mangsa-mangsa banjir.

Namun, siapa mahu membantu mangsa banjir dari segi membaiki rumah, mengganti perabot dan peralatan kediaman lainnya supaya mereka selepas ini dapat bernafas dengan selesa meneruskan kehidupan?

Dalam hal ini, adalah dicadangkan kerajaan pusat pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang berjenama Keluarga Malaysia dapat memikirkan untuk memberi bantuan kewangan sekurang-kurangnya RM10 ribu kepada setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

Walaupun jumlah RM10 ribu tidaklah mencukupi, ia sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk membaiki segala kerosakan, membeli perabot dan mengganti barangan yang telah musnah akibat banjir.

Bagi mereka yang rumahnya musnah atau hanyut, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk membinanya semula.

Mungkin kalau dikira dengan banyaknya rumah yang tenggelam, bantuan RM10 ribu itu akan menjadikan jumlah keseluruhannya terlalu besar dan membebankan kewangan kerajaan.

Tetapi, Ismail Sabri tidak harus terlalu berkira dalam hal ini dan sedarlah apa yang sangat-sangat diperlukan oleh mangsa banjir selepas air surut ialah “kepala harimau” bagi memulihkan semula kehidupan mereka sekeluarga.

Dibandingkan dengan membayar gaji RM60 hingga RM80 ribu setiap bulan kepada menteri-menteri bersama kemudahan sebuah kereta mewah Vellfire, sedangkan sebahagian besarnya tidak berguna dan tidak berfungsi, malah ramai yang hilang ketika banjir ini, bantuan RM10 ribu kepada mangsa banjir itu terlalu kecil sebenarnya.

Juga kalau dibandingkan dengan beberapa duta bertaraf menteri dan penasihat khas Perdana Menteri yang hakikatnya tiada kerja dan hanya makan gaji buta, tetapi mengaut puluhan ribu setiap bulan masuk ke poket sendiri, amatlah zalim dan bakhil kerajaan ini jika masih berkira untuk membantu RM10 ribu kepada mangsa banjir yang sedang kesusahan itu.

Kerja dan fungsi kerajaan ialah menolong rakyat dan mangsa banjir ini adalah kelompok rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan serta pertolongan.

Baiklah berhenti jadi kerajaan kalau bantuan sekecil RM10 ribu untuk rakyat membina semula keluarga pun tak mampu dilakukan, tapi bermewah dalam hal lain senang-senang pula dilakukan. – ShahbudinHusin 24/12/2021.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 24 December 2021 — 12:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

22 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 9:15 pm

berapa ramai dah mati sebab genius man of malaysia?

00squtun.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 9:12 pm

cari helikopter askar? hisap kok luuu

ketagvep.jpg
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
24 December 2021 9:10 pm

Hee Haw Jeng3x Angin takdo gibut takdo totibo muncul jo diyo terus jo bersiaran/berperanan. Jgn topoganjek bo’ok Allah swt lah yg menyusunnyo kalu tidak mahu pocah dauniyo dek penyangak2 yg buas ini. Tahu. Kihkihkih … Jgn lupo tak lamo layi sikoboi jimen dari hujung kampiong ma’ei dgn kudo kapcai warno biru … Tin tin pon pon lokopeng lokopeng lokopeng pocah eksos ea … Apoo nak buek’an .. nak nyambung hidup katokan. High Noon Melesya@EntireWorld … Little John go check the point what goin’ on those days. Have guns/rifles will travel to find out the enemy to shoot down. Hee Haw… Read more »

PELATIHAN-MANAJEMEN-PERUBAHAN.jpg
Last edited 2 years ago by Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 9:07 pm

yang penting pecah undi sudah kena tipu boley tergolek masuk jel

altantuya.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 9:04 pm

ini kepala setan pemecah undi pru15

00000000.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 9:02 pm

beras ajaib pecah undi pru15 akan kembali tak lame lagi

IMG-20180301-WA0024.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 8:58 pm

di sana rancak berdosa di sini rancak berdosa

E23UG0OUYAAV0pW.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 8:46 pm

bala guna jalan belakang terbalik takkan habis

malaysia.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 8:43 pm

dulu kabur kini photo op selebriti

kabur_bangat.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 8:41 pm

rancangan pecah undi vs act of god

god.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 8:36 pm

Kaki semburit pecah undi PRU15

biadap10.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 8:34 pm

Projek pecah undi Sheytun PRU15

Syaitunmov.png
najib bini rosmah
najib bini rosmah
24 December 2021 5:44 pm

Siapakah Tokoh Negarawan Tahun 2022?

Encik Azwan Omar

Mail Babi pecatlah diri sendiri dan Kabinet Babi 90% kau. Serah kuasa pada brother Melaka ni. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
24 December 2021 5:23 pm

#Banjir: Menteri Kabinet yang sedang atau bercadang bercuti diarah batalkan percutian mereka – PM @IsmailSabri60

Gagal segagal gagal gagal babi si Mail Babi jaga negara. Lagi teruk daripada Perogol Nika Gee.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
24 December 2021 5:05 pm

Mangsa banjir terpaksa bayar sendiri pelupusan barang, kurang bekalan air

Ada ke Menteri dan Duta Khas 90% Mail Babi yang bergaji buta mahu bercuti oversea lagi? Skuad KLIA siapsiaga. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
24 December 2021 4:57 pm

Seks luar tabii dengan kambing betina, warga emas dipenjara 6 tahun

Kambing tak selamat. Seks luar nikah dengan suami orang dan sesama rakan sekerja penjawat awam bukan tertakluk di bawah tindakan tatatertib di bawah Mail Babi. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
24 December 2021 4:52 pm

Korban akibat banjir kini 41 orang, lapan masih hilang

Harga 1 mayat mangsa banjir akibat kecuaian Menteri 90% hanya RM10,000 bagi Mail Babi. Hanafi kata DAH SETTLE. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
24 December 2021 3:09 pm

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Di Selangor, bah dah surut & tk lagi berpanjangan
Kat Pahang pula ada sikit bhagian banjir ulangan
Kejora asyik sja berteman rindu, mimpi & angan2
Setngkai melur, iringi slm buat dewi si sanjungan
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1322223900-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 3:11 pm
Reply to  Anonymous

Errata (3:09 pm)🤣:

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Di Selangor, bah dah surut & tk lagi berpanjangan
Kat Pahang pula ada sikit bhagian banjir ulangan
Kejora asyik sja berteman rindu, mimpi & angan2
Setngkai melur, iringi slm buat si dewi sanjungan
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
24 December 2021 3:07 pm

Errata (3:03 pm)🤣:

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
Mmg le banjir buruk di Selangor itu di luar jangka
Budin cdg kjaan beri RM10K untuk mngsa petaka
Buat si dara, pantun madah Kejora akn terus reka
Salam diutuskan, dgn iringan sekuntum cempaka
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

orchid-gda44f1010_1920.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 3:03 pm

Di Selangor, bah dah surut & tk lagi berpanjangan
Kat Pahang pula ada sikit bhagian banjir ulangan
Kejora asyik sja berteman rindu, mimpi & angan2
Setngkai melur, iringi slm buat dewi si sanjungan

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
Mmg le banjir buruk di Selangor itu di luar jangka
Budin cdg kjaan beri RM10K untuk mngsa petaka
Buat si dara, pantun madah Kejora akn terus reka
Salam diutuskan, dgn iringan sekuntum cempaka
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

orchid-gda44f1010_1920.jpg
Anonymous
Anonymous
24 December 2021 1:02 pm

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
Mangsa banjir dh tentu dalam sedih & kebuntuan
Budin kata 1 kluarga patut diberi RM10K bantuan
Kejora ni dek jatuh cinta asyik je dlm kesyahduan
Sekuntum mawar buat si Dia iringi slm kerinduan
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

gettyimages-1225652780-170667a.jpg