PEMIMPIN UMNO DAN PROJEK TAMBAK LAUT MELAKA

Sebelum pilihan raya negeri Melaka pada November lalu, kerajaan negeri yang diketuai Sulaiman Md Ali mendesak pelaksanaan projek penambakan mega yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ).

Meliputi 33km pesisir pantai dan lapan kawasan pilihan raya, kerajaan negeri berjanji untuk menarik pelaburan berbilion ringgit.

Projek mega itu turut dimasukkan dalam manifesto BN pada pilihan raya itu.

Dengan pembinaan projek yang dijangka meliputi 25,000 ekar tanah, ia akan mewujudkan perubahan drastik kepada pantai Melaka.

Kebimbangan terhadap projek itu dibangkitkan semasa pilihan raya negeri, terutamanya berkaitan impaknya terhadap perikanan.

Pada masa ini, projek tebus guna Klebang yang baru di bawah pelan tindakan M-WEZ sedang dalam peringkat penilaian impak alam sekitar (EIA).

Semakan Malaysiakini terhadap laporan EIA dan profil pemaju mendapati pemimpin Umno dikaitkan dengan projek itu.

Dua veteran Umno Melaka, timbalan pengerusi Umno negeri, Mohamad Ali Mohamad dan bekas timbalan exco, Ghazale Muhamad, terlibat secara langsung.

Mohamad Ali, 57, juga adalah senator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara sekarang.

Syarikat di bawah Mohammad Ali dan Ghazale memiliki kawasan konsesi di bawah projek yang dicadangkan.

Syarikat mereka dianugerahkan 300 ekar tanah ketika tempoh BN/Umno memerintah kerajaan negeri dan Ghazale adalah timbalan exco yang menyelia hal-hal berkaitan.

Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang kemungkinan berlaku konflik kepentingan.

Firma tidak aktif dianugerahkan kawasan konsesi

Menurut laporan EIA yang dikemukakan oleh Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) Sdn Bhd, cadangan projek penambakan itu – yang dinamakan sebagai Projek AJA – terletak kira-kira 5km dari Pekan Klebang, Melaka Tengah.

Dokumen lampiran daripada laporan EIA menunjukkan bahawa kerajaan BN terdahulu menganugerahkan 300 ekar (saiz kira-kira 226 padang bola) kawasan konsesi penambakan kepada empat syarikat.

Perjanjian itu ditandatangani antara Jun 2016 dan Februari 2017.

Empat syarikat itu ialah Dewi Pertiwi Development Sdn Bhd (DPDSB), Golden Straits Development Sdn Bhd (GDSSB), Nusa Waja Sdn Bhd (NWSB) dan BBM Ventures Sdn Bhd (BBM).

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), empat syarikat itu berada dalam status tidak aktif dengan maklumat kewangan terkini mereka menunjukkan pendapatan mereka sebagai “sifar”.

Daripada empat syarikat itu, BBM mempunyai status kewangan yang paling teruk apabila menanggung kerugian sebanyak RM107,699 pada 2016.

Berdasarkan profil masing-masing, BBM berurusan dengan cari gali mineral manakala yang lain terlibat dalam perniagaan tebus guna tanah.

NWSB paling lama ditubuhkan iaitu pada 2007 manakala BBM hanya ditubuhkan pada Januari 2015, dua tahun sebelum ia dianugerahkan kawasan konsesi berkenaan.

Syarikat dikawal oleh Mohamad Ali dan isteri

Maklumat dari SSM mendedahkan bahawa Mohamad Ali dan isterinya Rosefouziah Salleh adalah pemegang saham empat syarikat itu.

Pasangan itu memiliki sepenuhnya tiga syarikat iaitu DPDSB, GSDSB dan NWSB.

Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Mohamad Ali, yang membuat penampilan sulung sebagai calon BN, tewas dengan majoriti 530 undi di kawasan Sungai Udang.

Bagi BBM Ventures pula, selain Mohamad Ali dan isterinya, bekas Adun Rim, Ghazale juga disenaraikan sebagai pemegang saham.

Veteran Umno itu memegang 40 peratus kepentingan dalam syarikat itu manakala selebihnya dimiliki oleh Mohamad Ali dan isterinya.

Semakan dalam talian mendapati Ghazale dilantik sebagai timbalan exco kewangan, tanah, perancangan ekonomi pelaburan dan perindustrian selepas PRU13 semasa Idris Haron menjadi ketua menteri pada 2013.

Dalam tempoh yang sama, Ghazale merupakan timbalan exco bagi hal-hal berkaitan pembangunan sungai, pantai dan pulau Melaka.

Perlu diingatkan bahawa kawasan konsesi dianugerahkan oleh unit perancang ekonomi negeri (UPEN) di bawah pejabat ketua menteri.

Memandangkan Ghazale adalah timbalan ketua menteri dalam mengendalikan isu-isu tersebut, ia membawa kepada persoalan kemungkinan berlaku konflik kepentingan.

Selepas kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) pada 2020, Ghazale dilantik sebagai timbalan speaker DUN sehingga ia dibubarkan pada Oktober lalu.

Kerajaan negeri berjanji dapatkan kelulusan

Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh pemaju dan kerajaan negeri, sebaik sahaja projek tebus guna itu siap, kerajaan negeri akan menerima satu perenam bahagian tanah tebus guna itu. Tanah-tanah ini akan menjadi “tanah kerajaan”.

Sementara itu, jika pemaju meminta bantuan, kerajaan negeri akan membantu syarikat mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dicadangkan itu “diluluskan dan disahkan dengan cepat oleh pihak berkuasa yang berkaitan”.

Gene & Quin Holdings Sdn Bhd, salah sebuah syarikat induk pemaju projek, mengumumkan di laman webnya bahawa projek itu akan terdiri daripada kawasan perumahan, kawasan komersial, pembangunan marin pinggir laut dan kemudahan kapal layar tepi laut.

Malaysiakini telah menghubungi Mohammad Ali, Ghazale dan Gene & Quin Holdings (syarikat induk Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) untuk mendapatkan komen.

Semasa pilihan raya negeri Melaka, BN berjanji untuk melaksanakan projek M-WEZ yang disifatkan sebagai “game-changer” kepada ekonomi negeri.

Bagaimanapun, PH dan Perikatan Nasional (PN) menentang projek itu dengan alasan ia akan memberi kesan kepada aktiviti perikanan tempatan.

Sumber – Malaysiakini.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 December 2021 — 9:26 am
Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 5:52 pm

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Blog Budin kelihatan begitu tenteram dan tenang
Tak der lagi karutan bodoh taik org bawa canang
Dekat atas daratan le, si tua lahanat itu berenang
Dan di sini tetap berdiri gagah sorang pemenang!
💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

gettyimages-1288667296-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 5:33 pm

DINDA🌹DEWI🥀PUTERI🌷,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
Abg tetap akn tampil wlau dgn pantun serangkap
Bukanlah niat, nak tunjukkan yg diri abg ini cekap
Tapi cuma sekadar nk pasang sebuah perangkap
Sbb, mmg ada le mangsa, yg abg niat nk tangkap
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
21 December 2021 5:19 pm

RAKAN² BLOG,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
Buat si dia, pntun madah Kejora akn terus karang
Diharapkan tk ada pihak yg cemburu atau berang
Lbih baik buat hal sendiri, usah jaga tepi kain org
Bkn apa, silap2 gaya, muka kita terconteng arang
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
21 December 2021 5:02 pm

DINDA🌹DEWI🥀PUTERI🌷,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Blog kini kelihatan sngt tenang, aman & sejahtera
Si tua itu dah tak mari lagi nak membuat angkara
Mungkin dia tak sanggup lagi berdepan sengsara
Silap besarlah klau dia cuba nak acah abg Kejora
Di blog ayahdu ini abng tetap kekal menjadi juara
Abg ini, tak henti dihempas badai rindu bergelora
Di angin nan lalu abg utus pada mu salam mesra
Sejambak mawar kiriman abg khas buat mu dara
🌹🥀🌷🌹🥀🌷🌹🥀🌷🌹🥀🌷🌹🥀🌷🌹🥀🌷🌹
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1289216554-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 4:19 pm

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Pnambakan, melibatkan keluasan tanah 300 ekar
Dengan 4 syarikat gergasi perjanjian telah dilakar
Kejora ni pulak duri-duri rindu asyik sja mencakar
Salam buat si dia, diiringi sekuntum bunga mekar
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1127051326-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 2:38 pm

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Apalah kalut sgt klau nak ditambak pesisir pantai
Nanti..ia memudahkan klau kita mau gi bersantai
Kejora ni pula..si dia nan ayu diri ini sdg mngintai
Salam dihulurkan dngan iringan sekuntum teratai
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1303095694-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 2:23 pm

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Apa ler dikalut pesisir pantai Melaka nk ditambak
Bukankah baik, sbg cara mnahan pukulan ombak?
Kejora ini pulak, dlm jerat percintaan dah terjebak
Salam diutus buat si dia, diiringi bunga sejambak
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1207927233-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 11:32 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Rkyat Melaka lbih rela dlm BN punya genggaman
Mungkin tak selesa sgt kot, tika PH punya zaman
Kejora ni pula asyik saja ingatkan si dara idaman
Salam diutus, dgn setangkai anggerik, jdi kiriman
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1324922665-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 11:13 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Pasal Melaka itu Kejora tak lah bgitu ambil endah
Sbb, diri ini dh sgt aman & selesa di negeri Kedah
Yg jadi beban ialah menanggung rindu tak sudah²
Buat si dia, setangkai melur mgiringi kata madah
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1322223900-170667a.jpg
Lahabau
Lahabau
21 December 2021 10:59 am

Lantaklah….Kan orang melaka sokong
kleptokrat onmmnoh…biar kroni Dan famili depa 5 tahun lagi untok kaut jadi.multi billionaire.

Utuh pengulir
Utuh pengulir
21 December 2021 6:28 pm
Reply to  Lahabau

Pihak berkuasa benteras rasuah – Kalau pembangkang mereka datang berlari. BN rasuah kalu mereka datang merangkak dan ada yang mengesot. .

Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
21 December 2021 10:42 am

Yee Haw Jeng3x Jgn lupo Tahu kihkihkih saba jo la.

yeehaw-cowboy-humor-western-horse-riding-mug.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 9:56 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kita faham yg Tuan Budin kini dlm bersedih duka
Dia nak burukkan Umno, bila PH tewas di Melaka
Kejora pula..buat si dara, pantun akn terus direka
Salam diutus kpdnya, diiringi sekuntum cempaka
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

orchid-gda44f1010_1920.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 9:47 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Budin habis modal, bak keluar artikel Malysiakini
Ada² sja, dia cuba nak perdajalkan Umno kat sini
Kejora ni ingatkan si dara, rasa sebak jiwa nurani
Sekuntum mawar diutus bersama dgn pantun ini
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-1225652780-170667a.jpg