MENTERI YANG WAJIB DIBUANG SEGERA…

Walaupun saya mendengar banyak berita dan maklumat tidak menyenangkan mengenai tragedi banjir yang sedang melanda Selangor sekarang ini, baik melalui portal dan media sosial atau secara langsung melalui penyampaian yang disalurkan terus oleh pelbagai pihak, tetapi saya lebih memilih untuk mendiamkan diri mengenainya.

Lebih-lebih yang saya cuba elak ialah menulis dalam bentuk mengkritik, mengecam dan mempertikai kelemahan atau kekurangan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri, menteri, wakil rakyat dan pihak-pihak lain yang diketahui sedang turun padang memberi bantuan masing-masing.

Kepada saya, dalam masa tragedi seperti ini bukan masanya untuk kita bermain politik dan menyalahkan sesiapa, meski kita sedar mungkin ada kelemahan di mana-mana dalam proses mereka bertindak itu.

Lebih-lebih lagi kalau dalam mengkritik itu, kita sendiri tidak sama turun padang memberikan bantuan.

Yang mana sedang membantu, boleh membantu dan akan membantu, berilah peluang kepada mereka menjalankan peranan berdasarkan keupayaan serta bidang kuasa masing-masing.

Barangkali kelemahan yang berlaku sehari dua lalu yang sama-sama kita dengari itu sedang ditangani atau diatasi secara perlahan-lahan dan kita berharap semuanya akan beres dalam masa terdekat ini.

Tetapi, berita mengenai kenyataan Menteri Tugas-Tugas Khas, Dr Latif Ahmad tentang peranan NADMA atau Agensi Pengurusan Bencana Negara ketika banjir sedang melanda ini bukan saja membuatkan kita kecewa, malah tentunya juga berasa amat marah.

Dr Latif dalam kenyataannya berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Katanya, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mana-mana mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada kerajaan negeri.

“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada NADMA di peringkat pusat,” katanya lagi.

Ternampak dalam hal ini Dr Latif tidak faham peranan dan makna NADMA itu sendiri.

Kalau sudah namanya pun Agensi Pengurusan Bencana Negara, maka sudah tentulah peranan utamanya berkaitan apa juga bencana yang berlaku dalam negara seperti banjir, tanah runtuh, gunung meletup atau wabak yang memberi kesan kepada kehidupan manusia serta tidak terkecuali memberi pampasan.

Seperti mana kita sedia maklum juga, NADMA ini ditubuhkan selepas berlakunya banjir besar di Kelantan pada 2014 dahulu dan peranan utamanya ialah menyelaras kerja agensi-agensi yang boleh memberi bantuan dan penyelamatan seperti ATM, PDRM, Bomba, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya ketika berlakunya sesuatu bencana.

Jika NADMA sekadar menguruskan pampasan, apakah perlu begitu banyak agensi kerajaan yang perlu berada di bawahnya untuk diselaraskan dan perlukah juga seorang menteri bagi menjaganya?

Kenyataan Dr. Latif ini bukan saja tidak bertanggungjawab, malah menunjukkan beliau cuba lepas tangan atas kegagalannya memainkan peranan paling penting dalam tragedi banjir yang sedang melanda Selangor ketika ini.

Dengan kenyataannya yang begini, bagaimana Ismail Sabri Yaakob boleh mendabik dada mengatakan menteri-menterinya mendapat markah purata 90% dalam tempoh 100 hari pertama selepas mengangkat sumpah?

Sebenarnya Dr Latif melalui kenyataannya itu dengan jelas menunjukkan beliau telah gagal, tidak memiliki jiwa sebagai seorang pemimpin dan tidak layak sama sekali memegang jawatan menteri.

Ismail Sabri mesti membuangnya segera, kegagalan beliau memahami peranan NADMA ini adalah tanda gagalnya kerajaan ini secara keseluruhannya. – ShahbudinHusin 21/12/2021.

4.5 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 December 2021 — 4:47 pm
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 9:46 pm

Balasan Tuhan sebab Selangor banyak buat maksiat dan dosa. Semoga yang sudah mati menyedarkan yang hidup lg.

Anonymous
Anonymous
21 December 2021 9:40 pm

Menteri jenis jadah apa dlm kerajaan Melayu ni???

Anonymous
Anonymous
21 December 2021 8:14 pm

DINDA🌹DEWI🥀PUTERI🌷,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
Semoga Dinda..di dalam keadaan sihat dan ceria
Setiap masa abg tak lupa berdoa untuk dik Nadia
Lega sungguh, bila blog ni tidak lagi dikawal selia
Bleh lah di blog syahdu ini, abg terus berpesta ria
Abg ini asyik sja digamit kenangan dan nostalgia
Di sini abg tak rasa jemu menjadi penunggu setia
Sambutlah dari abg ini salam mesra dan bahagia
Mgiringi salam, abg sisip sekuntum bunga dahlia
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-71248533-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 8:41 pm
Reply to  Anonymous

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Abg kat sini, sentiasa mengharap khabar & berita
Ntah apalah khabarnya diri dinda yg jauh di mata
Seronok betul, bila kemenangan sentiasa tercipta
Kini, rasa bebas, kerna tiada siapa nk ganggu kita
Blog syahdu ini, dah jadi macam abg punya harta
Buat diri mu, abg terus berpantun menyusun kata
Salam mesra, dari abg, buat dinda dewi nan jelita
Terimalah setangkai melati mgiringi coretan tinta
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

gettyimages-513793053-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 10:18 pm
Reply to  Anonymous

Dalam kuali masak kari
Masak nasik dalam periuk
buat pantun untuk watak gadis rekaan sendiri
untuk wak ini jawapannya”DIAMLAH BEROK!”

Anonymous
Anonymous
21 December 2021 8:10 pm

Dalam kuali masak kari
Masak nasik dalam periuk
buat pantun untuk watak gadis rekaan sendiri
untuk wak ini jawapannya”DIAMLAH BEROK!”

Utuh pengulir
Utuh pengulir
21 December 2021 6:49 pm

Bossku terpaksa balek ke Malaysia walaupun tengah bercuti di Hawaii kerana “Banjir besar di Kelantan pada 2014” maka First Lady pun dikatanya merajuk, sebab itu dibelikannya jam tangan mewah berharga AS130,625 (RM466,330.11) di butik Chanel untuk memujuk. First Lady tak sudi balek tengok mangsa banjir?

21 Disember 2021 Menteri yang menjaga NADMA menafikan laporan akbar, katanya tidak bertanggungjawab serta mengelirukan. So kalau wartawan ada video why not masukkan ke dalam YouTube.

Anonymous
Anonymous
21 December 2021 6:33 pm

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
Peranan ‘NADMA’, Dr Latiff jawab tidak kena cara
Budin kata, menteri JPM itu perlu dibuang segera
Kejora ni tk henti dilanda dek badai rindu asmara
Setangkai melur dikirim..iringi salam buat si dara
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼💗💗💗💗🌼🌼🌼
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

gettyimages-1322223900-170667a.jpg
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
21 December 2021 5:50 pm

Yee Haw Jeng3x Jgn lupo Tahu kihkihkih saba jo la.

high-noon-2018.jpg
Anonymous
Anonymous
21 December 2021 5:11 pm

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
Mmg sngt menyedihkan melihat bencana air bah
Kita harap, penduduk Selangor akn cekal & tabah
Kejora pula, harapan pada si dia, tk akan berubah
Mengiringi salam sekuntum mawar dipersembah
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

gettyimages-1225652780-170667a.jpg