Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

“DENDA RM100 RIBU, PENJARA 7 TAHUN UNTUK AKTA 342 TAK PERNAH DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT”

Sebagai ahli Jawatankuasa Khas Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri, kami tidak pernah membincangkan Akta 342 yang bertujuan meningkatkan denda kompaun untuk individu kepada RM100,000 dan syarikat kepada RM1 juta di samping hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Apa gunanya Jawatankuasa Khas ini jika perkara yang sepatutnya dibincangkan tersebut langsung tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat?

Tiada sebarang kertas pembentangan tentang perkara ini di mesyuarat-mesyuarat yang lepas.

Ismail sepatutnya menjelaskan kenapa perkara ini tidak dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen.

Jelas, penangguhan untuk membahaskan Rang Undang-Undang tersebut ke hari Isnin minggu depan merupakan taktik licik untuk mengelakkan sebarang kesan politik negatif ke atas pilihan raya negeri Sarawak besok.

Jika Rang Undang-Undang tersebut diluluskan oleh kerajaan semalam; maka GPS akan berdepan reaksi bantahan daripada pengundi.

Selepas hari mengundi besok, kerajaan boleh menyambung semula untuk meluluskan Rang Undang-Undang yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat.

Meningkatkan denda kompaun secara drastik sebegini ialah satu tindakan menghukum rakyat dengan amat keras sekali.

Kerajaan tidak sepatutnya mengambil pendekatan menghukum untuk menangani pandemik Covid-19, sebaliknya harus melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang bersifat rehabilitasi dan mitigasi bagi membendung Covid-19.

Pendekatan menghukum rakyat ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sedang lari dari tanggungjawab atas kegagalan menguruskan Covid-19 dengan kini meletakkan kesalahan di atas bahu rakyat.

Ini bukan sahaja salah, malah menonjolkan ketidakcekapan kerajaan. Langkah memastikan pematuhan SOP yang lebih efektif ialah dengan menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan menghentikan dasar tunggang langgang dan u-turn dalam SOP serta menghentikan amalan antara dua darjat dan penyalahgunaan kuasa.

DAP akan menolak Rang Undang-Undang ini pada hari Isnin agar rakyat tidak dipertanggungjawabkan dengan tidak adil dan dihukum dengan keras disebabkan kegagalan kerajaan.

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.

3.3 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

70 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
70
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x