KITA ADA PILIHAN BATALKAN MOU, TAPI…

1. Merujuk kepada kenyataan Yb Khalid Samad selaku Pengarah Komunikasi Parti Amanah, kedua belah pihak PH dan Kerajaan bawah pimpinan YAB Ismail Sobri perlu insaf kepada kerangka persefahaman yang termetrai antara mereka. Persefahaman politik ini sangat penting dan relevan bagi membuka jalan ke arah politik konsensus nasional. Seruan Yb Khalid Samad dan kebimbangan kleptokrasi dikompromi perlu diambil perhatian serius.

2. MOU antara PH dan YAB Ismail Sobri adalah cetusan dari usaha penyelesaian krisis politik dilatari musibah pandemik yang melanda negara. Jalan mati penyelesaian politik selama 17 bulan setelah Langkah Sheraton telah menemukan semua pihak kepada meja rundingan untuk mencapai kestabilan politik. Kestabilan politik diperlukan bagi pihak Legaslatif/Eksekutif tertumpu kepada membawa negara kepada fasa pemulihan secara konsensus.

3. Perincian Persefahaman menandai tiga objektif besar dipersetujui kedua belah pihak, iaitu Dana Besar Covid, Reformasi Parlimen dan Memperundangkan Kestabilan Politik. Ketiga objektif ini khususnya Reformasi Parlimen dan Perundangan Kestabilan Politik (akta anti- lompat parti, akta pendanaan politik dll) memerlukan kejujuran dan azam politik yang tinggi kerana ia adalah teras kepada jaminan kestabilan politik yang telah dirosakkan oleh para pencatur Langkah Sheraton.

4. Perosak utama MOU adalah anasir jahat yang melihat perjanjian ini sebagai jalan untuk selamatkan tengkuk mereka dari dakwaan kleptokrasi ataupun mereka yang bertujuan untuk berlengah-lengah supaya mereka dapat meneruskan amalan kleptokrasi. Anasir jahat seterusnya ialah menjadikan MOU sebagai taktikal untuk memperkukuhkan politik lama berteraskan perkauman sempit dan demokrasi terpilih dan mempertaruhkan kuasa dengan menawarkan kesetiaan politik melalui sogokan wang dan kedudukan.

5. Sememangnya kebimbangan ke atas anasir perosak MOU adalah wajar dan kegagalan kita mempertahankan prinsip teras dalam MOU adalah kegagalan kita untuk membuka jalan kepada politik konsensus yang sangat diperlukan dalam masa proses penyembuhan negara.

Kita ada pilihan untuk membatalkan MOU tetapi keberantakan politik akan berterusan ataupun kita ada pilihan untuk mempertahankan prinsip MOU bersama dan mengistyiharkan perang ke atas anasir perosak rentas semua parti. Komitmen PH dan Kerajaan Ismail Sobri terhadap perjanjian ini akan memulakan perjalanan panjang politik konsensus untuk kestabilan berterusan.

Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Pengerusi PH Perak

Ahli Parlimen Parit Buntar

7 Dis 2021

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 7 December 2021 — 12:15 pm
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Moor Suffian bin Abdullah
Mohd Moor Suffian bin Abdullah
7 December 2021 2:54 pm

Terus kan KERAJAAN memerintah sampai Ujung nyawaaaa…
Buatttttprrrrrr PRU Klu confirm Tewas!
Sabah Melaka Sarawak, semua pH mengecewakan….
Kusufian Write@blogspot

Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
7 December 2021 12:32 pm

Yee Haw … Approaching High Noon Melesya@EntireWorld Have guns/rifles shooting no where except forbidden holes. Jeng3x. Jgn lupo. Tahu.

Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
7 December 2021 12:33 pm

Yee Haw Jeng3x Jgn lupo Tahu kihkihkih

high-noon-2018.jpg