UMNO DESAK KERAJAAN DITERAJUI UMNO, ADAKAH INI BERMAKNA ISMAIL SABRI TIDAK BEGITU BERFUNGSI SEBAGAI PERDANA MENTERI?

Kenapa UMNO desak kerajaan?

Siapa UMNO dan siapa kerajaan?

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan secara terbuka menggesa kerajaan agar segera bertindak menangani kenaikan harga barangan pengguna yang menjadi rungutan ramai ketika ini.

“Saya faham bahawa fenomena kenaikan harga barang adalah norma pasaran dan dipengaruhi oleh lebihan permintaan atau penawaran, faktor cuaca serta kos pengangkutan.

“Namun, kenaikan keterlaluan amat membebankan rakyat, terutamanya bagi mereka yang terhimpit akibat kehilangan mata pencarian,” ujarnya.

Untuk itu, tegas beliau, kerajaan mesti segera menangani isu peningkatan barangan, khususnya makanan yang meningkat tinggi kebelakangan ini.

“Pemantauan harga mesti dilaksanakan dengan agresif. Jangan biarkan apa jua bentuk memanipulasi harga pasaran berlaku,” katanya.

Tambah Mohamad Hasan atau Tok Mat lagi, kerajaan juga perlu memperkasakan sistem maklumat pasaran untuk makanan dan bangunkan kesedaran pengguna untuk memantau harga pasaran.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar diperkenalkan kupon atau ‘voucher’ makanan bagi membolehkan akses kepada makanan berkhasiat bagi keluarga yang paling terkesan.

“Kapasiti pengeluaran makanan negara mesti setanding dengan negara pertanian serantau di Asean.

“Kita perlu membangunkan semula sektor agro-makanan yang telah lama dipinggirkan disebabkan penekanan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1980-an,” katanya.

UMNO ketika ini sedang mengetuai kerajaan di peringkat pusat, bahkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sendiri adalah salah seorang pemimpin kanannya.

Maknanya, UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO.

Tetapi, kenapa UMNO secara terbuka menggesa kerajaan agar segera bertindak menangani kenaikan harga barang?

Bahkan, dengan gesaan daripada UMNO ini, ia secara langsung bermakna suatu desakan terbuka terhadap Perdana Menteri?

Apakah Ismail Sabri dilihat tidak berfungsi di mata UMNO dalam menangani kenaikan harga barang ketika ini sehingga UMNO terpaksa tampil membuat desakan terbuka?

Selain Ismail Sabri, adakah juga kita melihat menteri-menteri berkaitan isu kenaikan harga barangan ini berbuat sesuatu yang menggambarkan keprihatinan mereka mereka kepada rakyat?

Ataukah oleh kerana sekarang ini BN sudah menerajui semula kerajaan, maka fenomena lama yang menjadi isu hangat sebelum 2018 – BN = Barang Naik – turut muncul kembali untuk merobek poket-poket rakyat?

Relevankah lagi Ismail Sabri untuk terus dipertahankan, bukan saja di sisi rakyat, tetapi juga di mata UMNO? – ShahbudinHusin 26/11/2021.

4.3 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 27 November 2021 — 2:44 pm
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
26 November 2021 4:03 pm

Yee Haw High Noon Melesya@EntireWorld Jeng3x Jgn Lupo Tahu.

What happening all those days.
Little John please check the point have gun will travel.

Yee Haw Jeng3x Combat. Combating Covid-19? Combating the crazy men on the posts. Either you die or me die … Die Hard. kihkihkih. Tahu.

yeehaw-cowboy-humor-western-horse-riding-mug.jpg
Last edited 2 years ago by Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Telur Naik
Telur Naik
26 November 2021 12:29 pm

AFUNDI DAFI 100 SMS

JLc
JLc
26 November 2021 11:06 am

BN MENANG RAKYAT SENANG…KAHKAHKAH 22 KALI