BEKAS PERDANA MENTERI SEPATUTNYA TIDAK DIBENAR LAGI JADI PERDANA MENTERI

Kebelakangan ini perbalahan politik antara Tun Mahathir Mohamad dengan Najib Razak kembali mewarnai dunia politik negara kita.

Daripada isu rumah, ia kini meleret kepada hal tanah dan sehingga dikeluarkan surat-surat lama berkaitan dengannya.

Selepas ini, entah apa-apa lagi dokumen yang saling mereka dedahkan untuk menegakkan benang basah masing-masing.

Dulu sebelum PRU 2018, kedua-duanya iaitu Tun Mahathir dan Najib juga hebat berbalah hingga melarat kepada pelbagai perkara yang tidak dijangka.

Cuma, pada 2018 itu, seorang berstatus Perdana Menteri dan seorang lagi merupakan bekas Perdana Menteri.

Tetapi kini kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri.

Kalau pada 2018, seorang Perdana Menteri cuba dijatuhkan (berjaya pun akhirnya dijatuhkan) dan seorang lagi bekas Perdana Menteri ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua ( ini juga berjaya dijadikan kenyataan), sekarang ini kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri yang ingin jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Tun Mahathir ingin jadi Perdana Menteri buat kali ketiga dan Najib pula ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Kalau dicampur dengan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang juga sedang mengejar cita-cita mahu jadi Perdana Menteri buat kali kedua, bermakna kita kini ada tiga bekas Perdana Menteri yang sedang berlumba-lumba mengejar jawatan yang pernah mereka duduki dan kaut nikmat daripadanya sebelum ini.

Hanya Tun Abdullah Badawi, seorang lagi bekas Perdana Menteri daripada empat bekas Perdana Menteri yang masih hidup yang memilih kehidupan harmoni dan tidak berlumba-lumba mengejar daki-daki dunia.

Dengan ada tiga bekas Perdana Menteri yang antara sedang bersaing untuk menjadi Perdana Menteri semula, dunia politik Malaysia barangkali mencatat sejarah tersendiri yang tiada di negara-negara lain.

Tidak pernah kita mendengar berlaku di mana-mana negara lain ada tiga bekas Perdana Menteri saling berebut kuasa sesama sendiri seperti di negara kota ini.

Kata orang Indonesia – apa-apain begini!!

Itu belum dikira lagi kalau Ismail Sabri Yaakob pun jadi bekas Perdana Menteri tidak lama lagi dan turut menyertai persaingan untuk menjadi Perdana Menteri juga buat kali kedua bagi dirinya.

Jangan pandang rendah pada Pak Long Mail, kalau yang tua-tua pun belum tertutup nafsunya untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua dan ketiga, tentulah tak mustahil jika nafsu beliau pun masih tinggi lagi.

Dan kemudian-kemudian nanti, jika ada lagi bekas Perdana Menteri, sama ada yang kalah pilihanraya atau dijatuhkan, mereka juga mungkin turut memilih untuk bersaing lagi jadi Perdana Menteri.

Akhirnya, politik kita akan sentiasa jadi serabut dengan karenah bekas-bekas Perdana Menteri yang kerjanya asyik mengheret rakyat untuk kepentingan nafsu kuasa mereka yang tak puas-puas itu.

Lebih buruk, yang ada skandal akan sedaya upaya memutar akal untuk menutup skandal mereka, manakala yang pernah dicop gagal terus lupa tentang kegagalannya sebelum ini.

Apa nak jadi akhirnya kepada rakyat dan negara jika keadaan itu berlarutan berpuluh-puluh tahun lamanya?

Sudah berpeluang menjadi Perdana Menteri, untuk apa lagi bekas-bekas ini mahu mengejarnya buat kali kedua?

Kenapa tidak semua bekas-bekas ini berlapang dada dan lebih punya jiwa dengan memberi peluang kepada pemimpin lain menunjukkan wibawa memimpin negara?

Bukankah lebih baik bersara saja dan berehat bersama keluarga sambil memgutip pahala sebagai bekalan untuk mengadap Yang Maha Esa, selain itu juga dapat mengharmonikan negara?

Atau barangkali sudah sampai masanya perlembagaan negara harus dipinda dengan tidak membenarkan lagi bekas Perdana Menteri mencuba atau berusaha menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, ketiga dan seterusnya? – ShahbudinHusin 25/11/2021.

5 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 25 November 2021 — 4:12 pm
Subscribe
Notify of
guest
13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Wau bule
Wau bule
26 November 2021 7:51 am

This is no adoration
This is no idolation
This is no exaltation
This is no elevation

TDM and Najib oh man
There is no comparison
One is a proven statesman
One has a criminal conviction

The former gave the nation full of admiration
The latter has badly shamed the nation
One was PM twice and once an interim
One was PM once but shoiven a chance once but toppled

Wau bule
Wau bule
26 November 2021 7:54 am
Reply to  Wau bule

One was PM once and shown exit door in shame

Anonymous
Anonymous
25 November 2021 11:52 pm

sheraton kembali da

Syaitunmov.png
Anonymous
Anonymous
25 November 2021 11:50 pm

sap vep lu

ketagvep.jpg
Anonymous
Anonymous
25 November 2021 11:48 pm

ayam pn ada rega diri

ayam2021.png
Anonymous
Anonymous
25 November 2021 11:46 pm

pm cukai xnk bayaq

jibon.jpg
Anonymous
Anonymous
25 November 2021 11:42 pm

jimat rm2 helfire

velffire-1.png
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Naik Harga 300%
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Naik Harga 300%
25 November 2021 9:18 pm

3 sohai tua mao jadi PM tatak guna apa lancao mau angkat PM10. Lu olang kasi togok timah sama loti gadenia lor. Yamseng.

UMNO-BERSATU.jpg
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Naik Harga 300%
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Naik Harga 300%
25 November 2021 9:14 pm

Aiya. Lu mabuk timah ka apek. Lu olang sulah dalam bala api nelaka meh. Balang sulah naik latus2 persen. Hidup mao yamseng tumbuk 5 babi lor.

UMNO-BERSATU.jpg
KRISUBAI
KRISUBAI
25 November 2021 6:59 pm

BAGI PENDAPAT SAYA BUDIN JANGAN KITA BUAT FITNAH. NANTI ALLAH TURUNKAN BALA KEPADA KITA. INGAT KITA MASIH LAGI ISLAM. KENA PERCAYA. TUN TIDAK ADA NIAT LANGSUNG NAK JADI PM KALI KE TIGA. CUMA TUN TIDAK SETUJU APA YANG NAJIB MINTA. MALAM JUMAAT BUDIN. TAKUT LAH SIKIT. ALLAH MENENTUKANNYA. ANWAR NASIB DIA SEBAB ALLAH YANG MENENTUKANNYA.

Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
25 November 2021 5:01 pm

Yee Haw … Angin takdo gibut takdo …. Totibo si koboi jimen dari hujung kampiong dgn kapcai biru terus jo berperanan …. High Noon [email protected] koba’an … yoy un … ek ang tak cayo. Manusiyo merancang … Allah taala layi tobaik perancangan ea. Tahu. Topoganjek bo’ok sedauniyo … Jeng3x Yee Haw … Bermulo era baru bernikahlah bersilang bangso … Bacin bucuk wangi ea samo jo … pekakeh ea pun samo jo berbagai warno layi … inilah kebesaran Allah taala maha memberi pilihlah mano arah berpergian. Buang yg keroh ambil yg jernih. Biduk berlalu kiambang bertaup. Sehari selembar benang akhirnya jadi… Read more »

1517121517578317058.png
Last edited 11 days ago by Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
26 November 2021 8:57 pm

Akhirnya sireh pulang ke gagang pinang pulang ke tampuk …

Anonymous
Anonymous
25 November 2021 4:21 pm

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲🀲
Moga sejahtera sentiasalah negara kita Malaysia
Bila asyik dpt kemenangan, diri rasa sangat ceria
Lega lah pula rasa bila blog tak lagi dikawal selia
Bleh le, di blog nan syahdu ini, diri ini berpesta ria
Tapi..entah apa lah khabar & berita nya Dik Nadia
Mmg nya setiap saat, diri ini asyik ingatkan si dia
Salam mesra diutus buat dara dewi berhati mulia
Mengiringi salam..disisip sekuntum bunga dahlia
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

β€οΈπŸ§‘πŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ€β™₯οΈπŸ’˜πŸ’πŸ’–πŸ’—πŸ’“πŸ’žπŸ’•πŸ’Œβ£οΈπŸ’™β€οΈ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

gettyimages-71248533-170667a.jpg