MAHIADDIN, BILA LAGI NAK TEKAN ‘BUTTON’?

Apa yang pasti, selepas PRN Melaka ini para pemimpin UMNO tentu lebih tinggi sombong, ego serta lagak mereka.

Kemenangan cemerlang BN secara solo itu bukan saja akan menjadikan Bersatu terus menjadi sasaran permusuhan, malah juga jadi perlecehan yang berterusan daripada pemimpin-pemimpin UMNO, meski kedua-dua parti duduk bersama dalam membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Sebagaimana sekarang UMNO dan Bersatu ibarat anjing dan kucing yang bermusuhan setiap hari, kemenangan bergaya BN di Melaka tidak lain hanya akan merancakkan lagi pertelagahan tersebut.

Tidak terkecuali daripada itu, Pas yang sebelum ini menolak pelawaan UMNO untuk bersama mereka dan lebih memilih bersama Bersatu dalam PN, pasti turut akan ditolak sama selepas ini.

Teori UMNO tidak mampu menang secara sendirian tanpa bekerjasama dengan Pas dan Bersatu untuk berlawan dengan PH telah terbukti tidak betul sama sekali.

Untuk itu, Pas dan Bersatu sudah tidak diperlukan lagi oleh UMNO perjalanannya untuk menuju PRU15 akan datang.

Melalui kemenangan lebih 2/3 di Melaka, UMNO kini juga sudah boleh menghantar keranda kepada Pas untuk Muafakat Nasional dikuburkan dengan serta-merta.

Sebagaimana Bersatu sudah ditolak, Pas juga bukan lagi keperluan UMNO untuk dijadikan sahabat kerjasama.

Rasionalnya, kalau UMNO sudah boleh menang sendiri dan tanpa berkongsi kerusi, apa lagi perlunya ada Pas di sisi?

Walaupun Bersatu dan Pas yang berada dalam Perikatan Nasional masih merupakan sebahagian kerajaan di peringkat pusat, keberadaan kedua-dua parti itu hanya penting kepada Ismail Sabri Yaakob, tetapi tidak kepada UMNO.

Zahid Hamidi dan Najib Razak yang kini menguasai UMNO bukan saja paling gembira selepas kejayaan di Melaka, malah barangkali sedang merancang skrip seterusnya untuk terus memperlekeh Mahiaddin Md Yasin dan Bersatu.

Soal bahawa PN yang diterajui Mahiaddin masih merupakan gabungan yang diperlukan oleh Ismail Sabri untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri bukan lagi merupakan pertimbangan yang penting bagi Zahid Hamidi dan Najib.

Bagi mereka, kalau Mahiaddin, PN atau Bersatu mahu menarik sokongan sekali pun terhadap Ismail Sabri, ia bukanlah perkara yang membimbangkan kerana jika diadakan PRU15 kemudiannya, BN secara solo pasti senang-senang boleh memenanginya sebagaimana telah terbukti di Melaka.

Dalam semua keadaan ini, berapa lama Mahiaddin dan Bersatu mampu menahan rasa pedih hati jika hari-hari diperlekeh oleh Zahid Hamidi, Najib serta lain-lain pemimpin UMNO?

Masih lagikah tak mahu menekan apa-apa “button” untuk memberi pengajaran kepada UMNO?

Tambahan lagi, disebabkan pernah menjadi Perdana Menteri, Mahiaddin tidak rugi apa-apa jika kerajaan Ismail Sabri yang dibayangi Zahid Hamidi dan Najib ini dijatuhkan, silap-silap peluangnya terbuka lagi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri buat kali kedua. – ShahbudinHusin 21/11/2021.

3.5 6 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 November 2021 — 9:45 am
Subscribe
Notify of
guest

24 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
25 November 2021 12:23 pm

Yee Haw … Jeng3x .. Whatsapp Melesya all those days … A man from east emerges explaining what being done what goin’ to do for new generation begun mankind in brotherhood across the globe. Prepare to gets marry crossing all races as smell and feeling are the same only to respect each other understanding. Yee Haw … High Noon Melesya@EntireWorld … Jeng3x … Jgn lupo. Tahu.

images (1).png
Last edited 2 years ago by Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Gagal_Nagara
Gagal_Nagara
21 November 2021 7:26 pm

Tahniah Melaka…..Bossku tetap dijulang menjadi PM10 pada PRU15. Judi Dan Arak diharam…tetapi rasuah Dan penyangak negara sentiasa menjadi idola generasi pengundi akan datang.

Wau bule
Wau bule
21 November 2021 5:55 pm

Tahniah Mahaidin atas kegagalan
Gabungan pengkhianat bernama PN
Memang terbukti tanda ketulahan
Your political career comes to end

Wau bule
Wau bule
21 November 2021 5:41 pm

Pimpin BA dan PR kalah PRU
Pimpin PH kalah PRN Melaka
Oh Anwar hebat hari2 merapu
Mana lapdog Anwar letak muka?

PRU 14, kononnya faktor Anwar
Realitinya faktor si Nyanyuk Tua
Menang bukan pakai logo PKR
TDM’s wisdom dan strateginya

Melayu terus jadi kaku dan layu
Lemas dalam dunia rasuahnya
Wang Ringgit adalah penentu
Tak takut pada Yang Maha Esa

Anonymous
Anonymous
21 November 2021 6:14 pm
Reply to  Wau bule

betul sgt boh

Syaitunmov.png
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 6:16 pm
Reply to  Wau bule

faktor kabor2 BN – PN

kabur_bangat.jpg
Klepto will be Back
Klepto will be Back
21 November 2021 7:31 pm
Reply to  Anonymous

Video Kabur……sajat Yang berdosa, tu pemimpin harapan negara….takan dia berani buat dosa kat sandakan….in semua fitnah dap.

Anonymous
Anonymous
21 November 2021 6:24 pm
Reply to  Wau bule

TDM’s wisdom dan strateginya
16 julai 2018

00000000.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 6:28 pm
Reply to  Wau bule

betui ka tun tutup mulut

sorok_pandora1.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 6:30 pm
Reply to  Wau bule

selamat tun diam sbb daim

pandora.png
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 6:32 pm
Reply to  Wau bule

x relevan

1636274258879.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 6:39 pm
Reply to  Wau bule

relevan

ketagvep.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 5:29 pm

dap 4 pan 1 kena gulai 5 tahun

kerjaumno.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 5:26 pm

tekan butg shoppee perabot lu

keluarga.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 5:24 pm

butg yg ditinggal

0.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 5:23 pm

tarik butg keluaq duit jugak

daim.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 5:22 pm

tekan butg keluaq duit

kartel4.png
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 5:19 pm

sakit 5 tahun xde ubat baru mula

beritabenar.jpg
NanahPolitik
NanahPolitik
21 November 2021 7:36 pm
Reply to  Anonymous

Bossku …bila nak suruh sabri buang semua KES KES rasuah 1mdeepee???

Anonymous
Anonymous
21 November 2021 5:16 pm

yg penting hepi

0igggg.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 4:17 pm

Cepat tekan punat boh ku (bukan punai tau)

antisekularisme
antisekularisme
21 November 2021 2:42 pm

awat hng tak hentam bos pkr hang tu…dok kalut ngan parti org lain pasai apa…pkr loser…kalah semua

Anonymous
Anonymous
21 November 2021 4:22 pm

Malaikat dah tak tolong PAS PIS PUS ke di PRN Melaka??? Jadi kerajaan pun boleh tomoih! Saja tanya. Jgn mare!!!

Tu laa.. jadi petualang, jaja agama & bangsa. Tak berkat woiii.

azizan
azizan
21 November 2021 9:59 pm
Reply to  Anonymous

setuju dgn kamu. pas bukan ugama islam..pas hanya parti yg nak memperjuangkan islam dan dasar parti ialah ikut quran dan sunnah. baguih tu,,kita pun sokong. Tapi, pimpinan pas hari ni dah tersasar jauh dari perjuangkan syariat,,lebih kepada perjuang berapa bilangan kerusi mp dan dun. sbb pas meninggalkan MN yg dimetrai bersama dgn umno ialah kerana,,jika bersama umno, hanya dapat 2 kerusi ( tapi pasti menang ),,bersama ppbm pengkhianat umno, dapat 8 kerusi. jd, hanya kerana kerusi adun dapat 8, pas meminggalkan umno dan mengkuburkan mn. presiden pas siap perli dlm kempen kata dacing dah tua, ada yg tak kena,,lbh kurang… Read more »