ANWAR MASIH RELEVAN JADI PERDANA MENTERI, TAPI PRU15 INI HARUS JADI PERTARUHAN TERAKHIR BAGINYA

Berikutan prestasi buruk PH dan PKR dalam PRN Melaka semalam, banyak pihak terlihat cenderung menyalahkan Anwar Ibrahim atas keadaan itu bersama sebab-sebab lain yang mungkin kita sudah sedia maklum mengenainya melalui pembacaan di pelbagai saluran media.

Selain ramai yang mengatakan beliau harus dipersalahkan atas sifatnya sebagai nakhoda yang gagal, tidak kurang menuding jari menggesanya untuk segera berundur dan meletak jawatan.

Kata mereka, Anwar sudah tidak relevan lagi dan PH serta PKR harus dipimpin oleh pemimpin baru jika gabungan itu mahu menang atau mencapai keputusan menggembirakan dalam PRU15 akan datang.

Persoalannya, benarkah tanpa Anwar, PH mampu mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang dan benarkan jika dipimpin Anwar, PH akan terus dibelenggu kegagalan?

Persoalan lain, jika Anwar berundur, siapa yang layak dan harus menjadi penggantinya?

Daripada satu segi yang lain, kita dapat lihat mereka yang menggesa Anwar berundur itu bukanlah kelompok yang selama ini komited dengan PKR, PH atau blok pembangkang, tetapi adalah mereka daripada dalam UMNO, kelompok yang tidak ketahuan kecenderungan politiknya dan tidak kurang yang pro Tun Mahathir Mohamad.

Jadi, apa sebenarnya maksud tersirat mereka mahu Anwar berundur – benar-benar mahu PH menang atau lebih takut jika Anwar akhirnya berjaya meraih kemenangan?

Khusus mereka dalam UMNO misalnya, jika benar Anwar sudah tidak relevan lagi, mereka sepatutnya gembira kerana ia memberi laluan lebih mudah untuk BN mencapai kemenangan.

Bagi mereka yang komited dengan PH dan PKR, rata-ratanya masih meyakini kemampuan Anwar bersama kewibawaan serta idealismenya untuk memimpin negara dan membawa perubahan kepada rakyat.

Dalam konteks Anwar sebagai Pengerusi PH dan Presiden PKR, memang diakui beliau belum mampu membawa gabungan itu mencapai kejayaan, meskipun pernah membawa blok pembangkang menafikan kemenangan dua pertiga UMNO dan BN bermula pada PRU 2008 dan seterusnya pada PRU 2013.

Sebelum keberadaan Anwar dalam blok pembangkang yang bermula selepas beliau dipecat daripada UMNO pada 1998, tidak pernah lagi mana-mana parti pembangkang atau pemimpin mampu mengubah landskap politik negara seperti mana yang telah dilakukannya.

Dalam PRU14 pada 2018, memang benar kejayaan PH ketika itu dipimpin oleh Tun Mahathir, tetapi bekas Pengerusi Bersatu itu sendiri sebenarnya bergantung penuh kepada kekuatan Anwar dan PKR sehingga beliau sanggup β€œmencemar duli” merendahkan dirinya bertemu bekas musuhnya itu di mahkamah dan seterusnya menjalin hubungan baik semula setelah berpuluh tahun bermusuhan.

Pokoknya, mampukah Tun Mahathir jika tanpa berbaik dengan Anwar, menumbangkan BN pada PRU14 lalu?

Meski Anwar sekarang memimpin PH, kita juga harus sedar imej gabungan itu telah banyak dirosakkan oleh Tun Mahathir yang ketika mengetuai kerajaan selama 22 bulan telah melakukan pengkhianatan terhadap janji dan mencemar keyakinan rakyat dengan mengatakan buku manifesto bukan kitab suci.

Anwar hari ini bukan saja memimpin PH dengan harapan tinggi rakyat untuk memenangi pilihanraya, tetapi juga kena memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap imej gabungan yang sengaja telah dirosakkan itu.

Untuk itu, bagi berdepan PRU15 akan datang, Anwar sebenarnya masih relevan untuk dijadikan sandaran, cuma banyak kerja yang harus dilakukannya dan beliau tidak mungkin mampu melakukannya sendirian.

Kemampuan, stamina, idea, kebolehan berhujah, punya hubungan antarabangsa, aura sebagai pemimpin yang dimilikinya masih jauh ke depan jika mahu dibandingkan dengan Najib Razak, Mahiaddin Md Yasin, Zahid Hamidi, Mohamad Hasan atau pun Ismail Sabri yang dijangka adalah pesaing-pesaingnya dalam PRU15 akan datang.

Lagi pun, dengan PRU15 mungkin tidak sampai setahun daripada sekarang, menukar nakhoda dengan tiba-tiba bukanlah keputusan yang bijaksana, bahkan mungkin membawa nasib lebih buruk kepada PH.

Turut penting sama kerana tidak ternampak ada di kalangan pimpinan PH sedia ada yang setanding kemampuan dan kewibawaannya untuk menggantikan Anwar buat waktu terdekat ini.

Begitu pun, atas faktor usia, sementara Anwar dirasakan masih relevan untuk menjadi panglima perang dalam PRU15 akan datang dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, dalam masa yang sama beliau tidak harus menjadi seorang yang sehingga ke usia nak mati pun masih lagi ghairah mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebaiknya, PRU15 ini adalah pertaruhan terakhirnya dalam kancah politik, bertanding dalam pilihanraya dan memimpin PH serta PKR.

Bermula sekarang dan dalam penampilan pada PRU15 nanti, pemimpin muda dan baru harus lebih ramai ditonjolkan sebagai persiapan untuk mereka mengambil alih PH dan PKR.

Jika Anwar berjaya memenangi PRU15 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, paling lama beliau harus memimpin negara ialah selama sepenggal setengah dan selepas itu mesti menyerahkan kepada pengganti yang sudah siap sedia dilatih untuk mengambil alih tempatnya.

Jika gagal pada PRU15, Anwar dengan senang hati harus melepaskan segala perjuangan yang telah diasaskannya sejak 1998 untuk diserahkan kepada pemimpin pengganti untuk menghadapi PRU16 yang seterusnya.

Sedemikian itu, dalam PRU15 nanti yang merupakan medan pertarungan terakhirnya, bukan saja Anwar harus lebih bekerja keras, tidak kurang pentingnya ialah mereka yang tetap meyakininya juga mesti turut sama bekerja keras dan sedia berkorban bagi merealisasikan hasratnya memimpin negara ini benar-benar menjadi kenyataan akhirnya. – ShahbudinHusin 21/11/2021.

3.8 6 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 November 2021 — 6:13 pm
Subscribe
Notify of
guest
15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
25 November 2021 12:29 pm

Yee Haw Jeng3x Jgn Lupo Tahu.
Where to go … To heaven with good character attitude … to hell with character attitude … So pick which way you want to be …. no body stop you … your own choices. Yee Haw … High Noon [email protected] Jeng3x . Jgn Lupo. Tahu.
There come a man from east come alone with blue kapcai from village have gun will travel. Yee Haw Jeng3x.

PELATIHAN-MANAJEMEN-PERUBAHAN.jpg
Last edited 11 days ago by Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Mohd Moor Suffian bin Abdullah
Mohd Moor Suffian bin Abdullah
22 November 2021 2:00 pm

Yes Sir, but Get Rid of all, all the pests surrounding him….
Kusufian [email protected],

ben lamen
ben lamen
22 November 2021 12:31 pm

Alahai budin, pkr dpt Nol bkn krna salah taktik atau krn terima katak2 loncat. Calon2nya pun x kurang hebatnya.ia nya sbb org melayu n islam dah tolak n benci kpd pemimpin lgbt yg terang2 tidak d akui umat olih nabi. baru d melaka lah org melayu dpt tunjukkan kebencian terhadap lgbt. xde peluang sebelum ni. asik otai2 haprak sama hang dok puja memuja sihaprak ni. sedar lah, harapan hang nak dpt habuan jawatan besar dari haprak ni dah jadi Nol jugak. kapal sarat yg hang tumpang tui dah nak tengelam. terjun lah sabelum tengelam.

Anonymous
Anonymous
22 November 2021 11:18 am

HA HA HA

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
PH nk menang PRU15 hnya anganΒ² mimpi belaka
Sblm ini..7 PRK tertiarap bwh pimpinan AtokSaka
Kini tersungkur pulak, dalam PRN di bumi Melaka
Tk kan le tak faham lagi, PH tu rakyat dah tk sukaΒ 
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
22 November 2021 11:26 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•
PuakΒ² macai PH dh tentu le monyok & muka toya
Sebelum ini 7 PRK berturut-turut BN telah berjaya
Kini PRN di Melaka..BN menang lagi dgn bergaya
Mmg sah, PRU15, BN akn bertakhta di Puterajaya
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

KAH KAH KAH

gettyimages-1234706811-594x594.jpg
Wau bule
Wau bule
22 November 2021 10:02 am

Bersatu bukan Bersatu yang asal
Bersatu pengkhianat cari pasal
Ketua PH PRU14 capai kemenangan
Ketua PH sekarang bekas banduan

PRN Melaka bukan PRU Negara
DUN dibubar pemimpin bercakaran
Melayu dan rasuah berpisah tiada
Yang menyamun capai kemenangan

Umno ingat feeling good dah tiba
PRU15 wajib diadakan segera
Mungkin boleh menang dua pertiga
Konon melayu tolak DAP puncanya

I am no analyst, just plain observer
Umno, corruption a damning feature
With Najib and/or Zahid as leader
Reforming Umno is a time waster

Anonymous
Anonymous
22 November 2021 9:37 am

HA HA HA

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Kekuatan BN mengatasi PH kini rakyat boleh ukur
20 Nov di Melaka, BN cemerlang & PH tersungkur
Dah tentu si betina tua tu jadi murai tercabut ekor
Dia tak masuk pun..adakah msih lena berdengkur
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

KAH KAH KAH

gettyimages-89870321-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2021 9:14 am

KAH KAH KAH

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
20 Nov 2021 kat Melaka PH bgai hancur berkecai
PRU14 jadi mcm Mercz tapi kini spt motor kapcai
Monyok terkedu lah nampaknya, PH punya macai
Si betina tua, dah terjun dgn labuΒ², mcm si Luncai
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

KAH KAH KAH

gettyimages-535314524-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2021 8:03 am

HA HA HA

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Umno/BN bgai pokok dibaja..kini kmbali berbuah
20 Nov 2021, cemerlang di Melaka bumi Hg Tuah
PH kaki kencing tu kali ni betul-betul makan kuah
MacaiΒ² mcm si tua tu dh tentu le tercalar maruah
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

KAH KAH KAH

gettyimages-51333899-594x594.jpg
Wau bule
Wau bule
22 November 2021 7:19 am

Najib is proven convicted thief, out of jail on appeal, what a pity Zahid is now on trial awaiting completion of his criminal blunders Muhyiddin is a traitor who thought he was smart but failed miserably It shows clearly Umno and Bersatu have no clear credible leaders Age is a mere number but many love to dispute unintelligently Credibility, integrity and wisdom ARE MUST qualities certainly Successful track record, albeit imperfection is necessary To be installed as a leader of a democratic sovereign country Tok Mat said TDM was successful because of Umno Umno was then led by 4 capable… Read more »

Wau bule
Wau bule
22 November 2021 6:23 am

Iswandi kata Anwar ke Sarawak
Konon tak perlu ada di Melaka
Namun apa didengari cukup lawak
Perjumpaan hancus caca marba

Balik ke Malaya rasa kecewa
Anwar dikritik kepimpinannya
Tiba masa Anwar mesti terima
Kerusi PM tak layak didudukinya

Wau bule
Wau bule
21 November 2021 9:20 pm

Was pkr and ph not being repeatedly forewarned?
By internal ph observers with clear conscience
That Anwar is no longer a boon but bane in current
Supporters are restless and losing patience

Rafizi has said it loudly and clearly
Insiders have spoken unequivocally
PH has to appoint a new chairman
To avoid any future disappointment

To Anwar your days are numbered
Leave before you get slaughtered
Accept reality, you are rejected
Failing which you may be ejected

Wau bule
Wau bule
21 November 2021 7:43 pm

Pimpin BA kalah
Pimpin PR kalah
Pimpin PH kalah
Masih relevan kah?

Perdana Menteri jawatan digilai
Perdana Menteri tak menjadi
Perdana Menteri Tepi
Mahu pimpin PH ke PRu15 nanti?

Pertarungan terakhir?
Pertandingan terakhir?
Pertaruhan terakhir?
Karier politikmu dah berakhir

Wau bule
Wau bule
21 November 2021 7:59 pm
Reply to  Wau bule

Pimpin BN menang 22 tahun
Pimpin PH tumbang Penyamun
Itulah realiti bukan ngelamun
Negarawan ulung bergelar Tun

Masih relevan, mungkin pasti
Namun umur penghalang nanti
Tanyalah rakyat yang majoriti
Mungkin dapat petunjuk Ilahi

Detractors berkata Si Tua tak relevan
Mahu ex-con Anwar ketuai pimpinan
Tapi tanpa fakta, kebenaran, realiti
Pasti kecewa gila menungging lagi

irkiz
irkiz
22 November 2021 11:22 am
Reply to  Wau bule

jangan puji sangat tun, nanti budin pengsan sebab budin anti tun. apa yang tun lakukan kebaikan tidak tidak tulis,