MELAYU KEMBALI SOKONG UMNO, CINA JAUHI PH – ILHAM CENTRE

𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂𝗮𝗻

Setelah melalui tempoh kempen selama 12 hari, akhirnya PRN Melaka melabuh tirai malam ini.

Sekitar pukul 9.55 malam sekejap tadi SPR telah membuat sidang media awal mengumumkan keputusan PRN ini.

Seperti hipotesis awal dan dapatan kajian lapangan kami, BN berjaya mendominasi pertembungan ini.

Jangkaan kami bahawa kadar keluar mengundi rendah juga tepat apabila hanya 61 peratus pemilih biasa menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pukul 4 petang (SPR belum mengumumkan angka rasmi).

Sebagai analisis awal, keputusan PRN Melaka ini memberi beberapa makna penting yang boleh diambil maklum oleh pihak-pihak berkenaan.

𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘀𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸

Kadar keluar mengundi yang rendah menggambarkan fenomena kelesuan politik (political fatigue) dalam kalangan pengundi.

Pelbagai drama dan aksi politik yang dipamerkan oleh pemimpin dan parti politik pasca PRU14 menyebabkan pengundi mula bosan terhadap politik.

Perspektif negatif terhadap politik ini banyak melanda generasi muda serta golongan dengan tahap sosio-ekonomi menengah dan ke atas.

Ini menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi terutamanya pengundi yang berada di luar kawasan.

Senario ini sangat tidak bagus untuk iklim politik negara apabila ada segmen tertentu rakyat mengambil keputusan menyisih diri dalam proses penting sistem bernegara ini.

𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗨𝗺𝗻𝗼

Dalam PRU14 lalu BN gagal mempertahan Melaka apabila berlaku ayungan pengundi Melayu kepada PH disebabkan beberapa faktor bersifat semasa.

Antara faktor tersebut adalah GST, 1MDB dan keyakinan etnik Melayu terhadap PH apabila Dr Mahathir menerajui kempen tersebut.

Apabila faktor tersebut telah pudar sekarang, pengundi etnik Melayu yang sebelum ini memilih PH telah kembali menyokong Umno dengan mengundi BN.

Ini akan mengembalikan semula Umno sebagai parti dominan di kawasan lingkaran Melayu seperti yang dikecapi oleh mereka sebelum PRU14.

𝗟𝗲𝗴𝗶𝘁𝗶𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗨𝗺𝗻𝗼

Berlaku perdebatan hangat dalam kalangan kepimpinan Umno sendiri sama ada akan bertanding sendirian dalam PRN ini atau bergabung dengan PN.

Tim yang diketuai oleh presiden Ahmad Zahid Hamidi berkeras untuk bertanding sendirian dengan mengenepikan Bersatu dan Pas.

Keputusan malam ini adalah legitimasi penting bahawa keputusan untuk bertanding sendirian tersebut adalah tepat.

Keputusan ini akan memberi keyakinan kepada Umno yang mengetuai BN untuk meneruskan pendirian bertanding secara sendirian dalam PRU15 nanti.

Keputusan ini juga mengabsahkan strategi politik Zahid Hamidi, sekaligus membantu menguatkan kedudukan beliau sebagai presiden menjelang pemilihan kepimpinan Umno nanti.

𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶

Sepanjang mengumpul data di lapangan, pengundi memberi maklum balas baik terhadap kepimpinan mantan KM Melaka Adly Zahari.

Pengundi juga memberi perspektif sangat positif terhadap prestasi pentadbiran kerajaan PH sebelumnya yang diketuai oleh Adly.

Meskipun memberi kredit besar kepada Adly dan kerajaan PH sebelumnya, namun majoriti pengundi menyatakan komitmen untuk mengundi BN.

Ini kerana mereka cenderung memberi undi berasaskan parti politik berbanding faktor calon dan isu semasa.

Keputusan malam ini mengesahkan bahawa etnik Melayu khususnya masih mengundi bersandarkan faktor parti berbanding faktor2 lain.

𝗜𝘀𝘂 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻

Sejak awal kempen, pengundi telah menunjukkan sikap lebih mementingkan isu bersifat setempat berbanding isu nasional.

Sebab itu walaupun PH dan PN banyak menggunakan isu permohonan tanah dan rumah RM100 juta oleh Najib pada penghujung kempen, namun isu tersebut tidak berkesan.

Di sebalik isu tersebut dan beberapa isu rasuah pemimpin tertinggi mereka yang digunakan oleh pihak lawan, Umno masih menang bergaya di kerusi-kerusi yang ditandingi mereka.

Ini membuktikan pengundi Melaka kurang memberi perhatian terhadap isu bersifat nasional, sebaliknya lebih fokus kepada motivasi bersifat setempat untuk mengembalikan Umno ke tapuk kuasa negeri.

𝗣𝗡 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴

Sebagai gabungan politik baru serta bertanding sendirian tanpa kerjasama dengan BN, PN mempamerkan prestasi membanggakan dalam PRN ini.

Berjaya memenangi dua kerusi dan memberi saingan bermakna di beberapa kerusi segmen Melayu, prestasi ini secara relatif sangat cemerlang.

Ini akan memberi keyakinan baru kepada mereka untuk memberi saingan bermakna dalam PRU15 akan datang.

Setelah mengumpul sokongan agak baik dalam segmen Melayu melalui kerusi yang ditandingi oleh Bersatu dan Pas, PN perlu bersegera mengenal pasti strategi efektif untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu khususnya melalui parti Gerakan.

Lanskap politik Malaysia yang menyaksikan komposisi bercampur etnik memerlukan sesebuah parti politik perlu mendapat sokongan semua etnik bagi memberi saingan berkesan dalam PRU.

𝗘𝘁𝗻𝗶𝗸 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘂𝗵𝗶 𝗣𝗛

PH berjaya mengungguli PRU14 di Melaka apabila diberi sokongan hampir sepenuhnya oleh pengundi etnik Cina.

Sokongan ini antara faktor yang menyumbang kemenangan DAP di semua kerusi yang ditandingi mereka serta beberapa kerusi yang ditandingi PKR.

Membuat tinjauan sepanjang tempoh kempen, telah ada indikator yang menunjukkan sokongan pengundi Cina terhadap PH semakin lemah.

Keputusan PRN ini mengesahkan bahawa pengundi Cina mula beransur meninggalkan PH dan mula memberi sokongan semula kepada BN khususnya kepada MCA.

Walaupun DAP masih berjaya mempertahankan beberapa kerusi tradisi mereka, namun parti tersebut mempamerkan keputusan yang jauh merosot berbanding PRU14 sama ada bilangan kerusi atau undi popular.

𝗠𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁, 𝗣𝗛 𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁

Walaupun tinjauan-tinjauan sejak DUN dibubarkan menunjukkan pengundi tidak bersetuju PH menerima dua bekas wakil rakyat BN sebagai calon mereka, namun petunjuk tersebut diabaikan.

Antara yang menentang keras keputusan tersebut termasuk pemilih yang mengundi PH dalam PRU14 lalu.

Antara yang kuat menentang keputusan tersebut juga adalah pengundi dalam kalangan anak muda dan pengundi etnik Cina, kedua-duanya juga merupakan segmen sokongan positif kepada PH sebelumnya.

Akibat mengabaikan suara ini dengan pelbagai alasan bersifat kosmetik politik, akhirnya PH dihukum dengan parah oleh pengundi dalam PRN ini.

Ada beberapa faktor lain lagi yang menyumbang kekalahan besar PH ini, namun keputusan menerima pelompat sebagai calon adalah salah satu sebab besar.

𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽

Tirai PRN Melaka melabuh tirainya, wacana tentangnya akan terus berlangsung untuk beberapa tempoh mendatang.

Keputusan PRN ini akan dijadikan kerangka rujukan untuk setiap parti politik merancang strategi bagi menghadapi PRU15.

Keputusan PRN ini juga akan dijadikan kerangka rujukan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk dijadikan pedoman awal pola sokongan mereka menjelang PRU15 nanti.

Selamanya warga perlu sedar, kemenangan sebenar sesebuah pilihan raya bukan parti politik, pemenang sebenar adalah rakyat.

𝗣𝗿𝗼𝗳 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗿𝗶 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺
Ketua Penyelidikan ILHAM Centre
20 Nov 2021; 11.17 malam

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 November 2021 — 2:02 am
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
25 November 2021 12:17 pm

Yee Haw … Don’t quarrel2x we all mature enough to hold good value remove bad value in attitude respect each other … don’t force understanding to others but respect all understanding a way forward to next era for good sake of new generation. Jeng3x … High Noon Melesya@EntireWorld. The village cowboy came alone with blue kapcai then new era begun Yee Haw Jeng3x Jgn lupo. Tahu.

cartoon-cowboy-rider-horse-throwing-lasso-illustration-34612601.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2021 8:16 am

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kata Ilham..PH tu, etnik China kini mula menjauhi
Apa² pun semua tu kehendak dan ketentuan Illahi
Kejora ini pula asyik hanyut dlm cinta yang berahi
Teringat si dara dewi, tidur tangan letak atas dahi
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Anon
Anon
21 November 2021 7:53 am

DAP SILA DIAM. KAMI TERIMA KATAK BERPRINSIP.

Anon
Anon
21 November 2021 7:59 am
Reply to  Anon

MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI

Anon
Anon
21 November 2021 8:00 am
Reply to  Anon

BOLEH BERSARA DAH 2 ORANG POLITIK NI….