KERAJAAN MESTI TOLAK RUMAH RM100 JUTA NAJIB, KALAU TIDAK, ISMAIL SABRI PUN WAJIB DIJATUHKAN

Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini.

Pertama, menolak permintaan tersebut dan kedua, segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah diluluskan.

Dengan kedudukan Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan beserta puluhan lagi kes berkaitan 1MDB masih berjalan di Mahkamah Tinggi, memenuhi permintaan itu bermakna Ismail Sabri jauh lebih tidak berguna lagi.

Kalau kepada Najib yang membuat permintaan tersebut pun sudah boleh membuatkan kita marah, tindakan Ismail Sabri memberi kelulusan atau tunduk kepada permintaan itu tentu lebih wajar menjadikan kita sangat membara seluruh jiwa.

Memberi sebuah rumah mewah bernilai RM100 dalam keadaan Najib sudah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dengan jelas lagi terang akan memperlihatkan gambaran teruknya sebuah kerajaan yang sedang mentadbir negara ini.

Sekaligus ia turut menyerlahkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang terburuk sekali kewibawaannya yang Malaysia pernah ada.

Di mana-mana celah dunia sekali pun, tidak pernah kita dengar ada kerajaan atau Perdana Menteri meluluskan pemberian sebuah kediaman mewah kepada bekas seorang pemimpinnya yang sedang menuju ke penjara.

Kalau pun memang ada peruntukan untuk memberikan Najib sebuah kediaman atas kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri atau disebabkan beliau tiada kediaman, ia seharusnya dilakukan selepas Najib sudah bebas daripada sebarang sabitan dan perbicaraan di mahkamah, bukannya dalam keadaan sudah dijatuhi hukuman bersalah dan masih bersalah.

Jika begitu, perbicaraan dan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah langsung tidak berharga apa-apa.

Sebab itu, jika akhirnya terbukti kerajaan meluluskan atau tunduk kepada permintaan Najib itu, MOU antara PH dengan Ismail Sabri tidak saja patut ditamatkan, bahkan Perdana Menteri sendiri wajib dijatuhkan.

Tiada guna lagi sebarang MOU dipertahankan kalau ia sekadar menjadi alat untuk Perdana Menteri kekal berkuasa, tiada ancaman dijatuhkan tapi menjadikannya bebas berbuat sesuka hati untuk membelanjakan wang rakyat.

Blok pembangkang selepas ini, malah harus mengumpulkan kekuatan untuk memulakan gerakan menjatuh atau menumbangkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang tidak berguna kerana tergamak membelanjakan wang rakyat untuk rumah mewah seseorang yang sudah dihukum bersalah bukan saja pasti akan mendapat sokongan majoriti rakyat, bahkan tidak mustahil mampu menarik sama sokongan daripada pemimpin dalam blok kerajaan sendiri.

Oleh itu, Ismail Sabri mesti segera bertindak menamatkan kemarahan rakyat dalam isu ini, kecuali jika beliau memang mahu menampah rekod sebagai Perdana Menteri yang khidmatnya tidak sampai 100 hari.

Jangan lupa, PN dan Mahiaddin Md Yasin tentu turut tidak setuju dengan pemberian rumah mewah kepada Najib itu.

PH menamatkan MOU dan PN menarik sokongan, apakah Ismail Sabri tak tergolek jadinya? – ShahbudinHusin 19/11/2021.

4 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 19 November 2021 — 10:52 am
Subscribe
Notify of
guest
10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
19 November 2021 10:11 pm

YEE HAW … JANGAN LUPO … TAHU.
END OF ALL GOMENS ROUND THE CORNER.

4cdf80be9b01bcb319fc2fcd72cbd834.gif
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
19 November 2021 7:15 pm

Walaowei. Sulah convicted no king pardon yet still can pau 100 millliun. Lu manyak langsi lor. Yamseng.

UMNO-BERSATU.jpg
Anonymous
Anonymous
19 November 2021 4:51 pm

sajat melaka

KM Melaka baru.jpg
Anonymous
Anonymous
19 November 2021 4:41 pm

keluarga malaysia = keluar malaysia

100jkeluar.jpg
Anonymous
Anonymous
19 November 2021 4:33 pm

I help u u help me boleh dapat 2000 undi malay no house merempat sewa rumah cina

100j.jpg
Utuh Pengulir
Utuh Pengulir
19 November 2021 3:20 pm

Saya boleh sokong walaupun nak beri seratus ribu juta sekalipun dengan syarat kerajaan beri bantuan bulanan RM1000 kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM2000 sebulan tidak kiralah sama ada kemiskinannya kerana malas bekerja sekalipun. Contoh malas bekerja : Seorang yang beniaga mee goreng mamak di tepi jalan dengan kereta sorong akan memperolehi pendapatan RM4000 sebulan sekiranya dia berniaga setiap hari. Tetapi kalau dia malas dia hanya mendapat lebih kurang RM1600 sahaja sebulan.
Bayaran bantuan (sedekah) tersebut hendaklah diteruskan selagi dia hidup dan selagi semua telaga minyak PETRONAS belum kering. Tuan ZUNNUN mesti tersenyum.

Anonymous
Anonymous
19 November 2021 12:18 pm

yg tertomoih saja layak rumah 100j. yg lain mkn ayam naik harga 5x.

ayam2021.png
Anonymous
Anonymous
19 November 2021 12:15 pm

kedai judi yg tertomoih di Kedah pi pakat kumpul buat kasino baling. (ganti kasino genting)

hahahaha.jpg
Anonymous
Anonymous
19 November 2021 12:12 pm

ini bukan derhaka tapi tertomoih 100j

lagaknolokap.jpg
Anonymous
Anonymous
19 November 2021 12:09 pm

bila tok hang terbalik Islam, hang tertomoih

malaysia.jpg