TAK MUNGKINKAH NAJIB AKAN MOHON SEMULA RUMAH RM100 JUTA SELEPAS SELESAI PRN MELAKA?

Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri.

Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut – mengambil kira keadaan rakyat sekarang yang berdepan saat sukar dan untuk mengelakkan isu tersebut menjadi bahan dalam PRN Melaka.

Keutamaan saya adalah rakyat, tambah Najib lagi ketika mengumumkan keputusannya itu.

Benarkah begitu?

Meskipun Najib menarik balik permohonannya itu, hakikat yang terbentang di depan mata ialah ia tidak sama sekali menukar wajahnya kepada seorang yang benar-benar seikhlas hati berjiwa rakyat.

Beliau menarik balik permohonannya itu semata-mata gelombang bantahan rakyat yang kuat dari segenap penjuru serta kerana adanya PRN Melaka yang pengundiannya akan berlangsung esok, bukan disebabkan sepanjang masa dalam hatinya ada rasa prihatin kepada rakyat.

Kalau Najib seorang yang sentiasa memikirkan rakyat, beliau daripada awal lagi tidak memohon rumah kediaman semahal itu untuk dirinya, meski atas kapasiti sebagai bekas Perdana Menteri sekali pun.

Lagi pula, bukannya Najib tiada rumah langsung untuk diri dan keluarganya.

Maka, sebab sebenar beliau menarik balik permohonan itu ialah kerana takut BN kalah dalam PRN Melaka.

Jika tiada PRN Melaka, apakah Najib akan menarik balik permohonannya itu?

Seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, keprihatinannya kepada rakyat bukan sewaktu ada PRN Melaka saja, bahkan sepanjang masa.

Seorang pemimpin yang jiwa membela rakyatnya tebal dalam hati juga sama sekali tidak akan memohon kediaman semahal dan semewah itu walau dalam apa keadaan sekali pun, tambahan lagi jika menyedari dirinya sudah pun dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah.

Daripada mengambil semua kemudahan itu, bagi seorang pemimpin yang ikhlas berjiwa rakyat, lebih wajar wang peruntukan tersebut dipulangkan semula kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Dengan wang RM100 juta, macam-macam boleh dibelanjakan untuk rakyat susah, pelajar miskin dan sebagainya.

Adakah ketika Najib mengemukakan permohonan untuk mendapatkan rumah itu, pernah terlintas dalam hatinya tentang nasib dan derita rakyat?

Atau beliau hanya memikirkan untuk menambah lagi jumlah kediaman yang dimilikinya?

Untuk itu, meskipun Najib menarik balik permohonannya itu, rakyat mesti terus menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan melalui PRN Melaka ini.

Ia tidak lain dengan pengundi Melaka mesti terus menolak UMNO dan memastikan BN tidak menang dalam pengundian yang diadakan pada hari esok.

Kalau boleh, biarlah BN kalah terduduk di Melaka ini.

Bukan apa, jika BN tetap juga diberi undi dan diberi laluan menang dalam PRN Melaka, dibimbangi selepas ini permohonan baru untuk memiliki rumah yang sama akan dikemukakan semula.

Tambahan pula, berdasarkan alasan Najib sendiri yang mengatakan keputusan itu diambilnya kerana tidak mahu isu tersebut dijadikan bahan dalam PRN Melaka, dengan sendirinya menyerlahkan hakikat penarikan balik permohonan itu hanya bersifat sementara, bukan keputusan selama-lamanya, jauh sekali menggambarkan tindakan yang lahir daripada lubuk jiwanya. – ShahbudinHusin 19/11/2021.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 19 November 2021 — 7:50 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
20 November 2021 7:31 am

Cucu lu beli lumah latus libu sama Cina belum bayar lumsum mau komplen lumah FOC 100j punya. Jho Low pengyu Liza Ajis punya parti alak Equanimity yatch lagi mahai lor. Yamseng.

UMNO-BERSATU.jpg
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
20 November 2021 7:21 am

Lu olang Milayu lumah tatak beli. Lu suka sewa lumah sama tauke mau duduk sampai cucu lu sulah belanak Singapore. Apa maciam mau komplen. Kasi angkat yamseng.

UMNO-BERSATU.jpg
Anonymous
Anonymous
19 November 2021 11:06 pm

Jeep pemurah, amalan bagi rakyat sorang 1 hinggit, dia pula sapu puluh ringgit, rakyat happy terhutang budi, sayangkan dia bukan kepalang. Sebab jeep bijak huloq.

Rakyat macam ni tak mustahil akn jadi pengikut setia dajal nanti. Bila dajal huloq, kasih depa kat dajal akn melimpah ruah.

Jeep bijak krn dia tau banyak orang yg kebuloq. Manusia kebuloq mudah dimanipulasi selain yg tamak haloba. Bila dajal dah timbul nanti, manusia jenis kebuloq mcm ni pasti akn syg dajal krn dajal berkemampuan huloq lebih banyak.

Janji duit masyuk kantung sendiri, apa peduli nak kasih dajal pun. Tak gitu???

wiiw
wiiw
20 November 2021 2:06 am
Reply to  Anonymous

Korup najib pun pandai juga dia buat kerja. Tak macam ph. Bila jadi kerajaan, antara kerja phdia buat, hentikan klinik 1 Malaysia. Eh Najib buat salah, rakyat kena hukum? Bangang ph.

Utuh Pengulir
Utuh Pengulir
20 November 2021 8:41 am
Reply to  wiiw

Hanya terdapat 3-4 klinik ini di setiap negeri.50 buah klink dibuka untuk seluruh Malaysia dengan peruntukan RM10 juta – Bajet 2010

Ada sebab kenapa Klinik 1Malaysia ditutup – Menteri jawab bekas PM
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-sebab-kenapa-klinik-1malaysia-ditutup-menteri-jawab-bekas-pm-193651
“Setiap K1M yang dipilih untuk ditutup akan turut dinilai secara eksklusif bagi memastikan keputusan bagi penutupan adalah benar-benar wajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerja yang dia paling pandai ialah penubuhan 1MDB dan SRC sehingga terkenal ke seluruh dunia. Individu yang berperanan merosakkan PH semuanya telah belah.

Last edited 2 years ago by Utuh Pengulir
wiiw
wiiw
19 November 2021 10:35 pm

Shahbudin masih lagi Anwar punya cheerleader ke?

Anonymous
Anonymous
19 November 2021 11:08 pm
Reply to  wiiw

Lebih mulia dari jadi macai pelacur agama & bangsa. Hu hu hu

wiiw
wiiw
20 November 2021 2:04 am
Reply to  Anonymous

Apa guna bersih tapi tak pandai buat kerja. Macam pas jugaklah cuma bezanya ideologi liberal

Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
19 November 2021 10:21 pm

YEE HAW ….. JANGAN LUPO ………. TAHU
JENG ……………………… JENG ………….. JENG
HIGH NOON@MELESYA_ENTIRE.WORLD

cartoon-cowboy-rider-horse-throwing-lasso-illustration-34612601.jpg
Last edited 2 years ago by Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Utuh Pengulir
Utuh Pengulir
19 November 2021 9:44 pm

Malam ini sudah pasti tukang kempen BN akan memerah otak sehingga pening kepala bagaimana hendak meyakinkan pengundi Melaka bahawa Najib yang baik hati itu telah membatalkan permohonan RM100 juta tersebut kerana rasa prihatin kepada rakyat.

Nampaknya bahaya kepada PH kalau pengundi termakan gula-gula BN kununnya PH memfitnah Najib.

Utuh Pengulir
Utuh Pengulir
19 November 2021 9:32 pm

Tuan Budin said “Beliau menarik balik permohonannya itu semata-mata gelombang bantahan rakyat yang kuat dari segenap penjuru serta kerana adanya PRN Melaka yang pengundiannya akan berlangsung esok, bukan disebabkan sepanjang masa dalam hatinya ada rasa prihatin kepada rakyat.” Penyokong tegar atau macai-macai yang menyokong permohonan Najib telah mengkeji sesiapa sahaja yang menentangnya sebelum ini. Penyokong tegar atau macai-macai yang menyokong Najib akan memuji setinggi langit kerana bekas PM tersebut dikatakan menarik balik permohonannya. Macai-macai berkata “baiknya hati Najib yang ‘sentiasa’ rasa prihatin kepada rakyat” Penyokong tegar atau macai-macai yang menyokong Najib akan tetap menyebelahinya sekiranya bekas PM tersebut mengemukakan semula… Read more »

Anonymous
Anonymous
19 November 2021 8:28 pm

akhirnya Wak GK Kojolla bungkus tewas dan tak kluar-kluar lagi.Itu yang disebut sebagai ” Female duck in blog”. No class gitu,stupid idea to take lover by pantonan.Are you ready to my belasahan????

kwekkk…kwekkkk…kwekkk

HAHAHA HIHIHI HOHOHO