TAK SETUJU BELANJAWAN 2022, PH MAHU UNDI SUARA

Pakatan Harapan telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan 2022.


Melalui sesi-sesi libat urus tersebut, wakil-wakil Pakatan Harapan telah menyampaikan pandangan dan pendirian Pakatan Harapan berhubung isu-isu dasar.

Terdapat perkara-perkara yang dapat dipersetujui, namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.

Oleh demikian, di peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam beberapa perkara, maka Pakatan Harapan membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.

Bagi proses kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini, Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.

Pakatan Harapan menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.

Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Walaupun ada tambahan peruntukan ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.

Walaupun Pakatan Harapan menghargai keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik COVID-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PMKS, supaya dapat terus hidup.

Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

Oleh itu, Majlis Presiden memutuskan untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.

Sebarang keputusan berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan kemudian.

Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 18 November 2021 — 5:37 pm
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
19 November 2021 10:02 pm

YEE HAW …. JANGAN LUPO .. TAHU.
JENG JENG JENG … HIGH NOON
[email protected]_WORLD.

high-noon-2018.jpg
Anonymous
Anonymous
18 November 2021 10:34 pm

RUMAH HARGA 100 JUTA RUPIAH JA

BUKAN 100 BILION!!!!

SETUJU JE

Anonymous
Anonymous
18 November 2021 8:29 pm

Gila babi ka apa ni??? Rakyat patut jatuh kan kerajaan hari ni jika RM100 juta ni diluluskan. Malaon tu dah lesapkan berbillion duit rakyat, masih nak anugerahkan RM100 juta kat dia???

https://malaysiadateline.com/hadiahkan-rm100-juta-buat-najib-ph-mahu-kaji-semula-mou-dengan-kerajaan/

Memang gila babi tahap GABAN. Patut la negara ni dah biol, makin gostan belakang berbanding negara tetangga sebab ditadbir puak2 kemaruk & sewel.

Semoga makin papa kedana rakyat marhaen.

Anonymous
Anonymous
18 November 2021 8:55 pm
Reply to  Anonymous

Kita tanggung hutang, geng malaon yang dapat penuhkan tembolok & perut depa.

https://m.malaysiakini.com/news/599748

Tu pun bengong ngaku BOSSKU.. punya lah baghal

Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
18 November 2021 7:31 pm

Lu sulah suka lu kasi undi lor. Balu tatak gado. Balu tatak lompat katak. Balu lu boleh tukar nama timah meh.

1637234775794.jpg