TOLAK MN, PILIH PN BUKTI PAS TAK MAHU BERKONGSI KERUSI DENGAN UMNO DI KELANTAN, TERENGGANU DAN KEDAH

Rasa tidak puas hati UMNO terhadap Pas kerana akhirnya memilih bersama Perikatan Nasional atau PN dan tidak bersama Muafakat Nasional (MN) dalam PRN Melaka masih lagi berlanjutan, walaupun hari penamaan calon sudah berlangsung semalam.

Seharusnya, selepas saja penamaan calon diadakan, semua parti mesti fokus kepada hari pengundian dan melupakan perkara lalu yang mungkin menyakitkan.

Mengenang cerita semalam yang melukakan tentu saja merupakan gangguan yang menghalang kelancaran untuk terus melangkah ke hadapan.

Tetapi hari ini melalui laporan media, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Naib Presidennya, Khaled Nordin masih lagi memperkatakan mengenai pendirian Pas itu.

Kedua-duanya, secara langsung dan tidak tidak langsung, tampak kekal menyalahkan Pas kerana menolak kerusi yang ingin diberi UMNO di PRN Melaka serta keinginan parti itu pada waktu yang sama mahu mendamaikannya dengan Bersatu.

Bagi UMNO, sikap Pas itu tidak boleh diterima, sama seperti UMNO juga tidak pernah cuba mahu mendamaikan Pas dengan Amanah.

Realitinya, walaupun semua orang boleh menjangka masa depan Pas akan lebih cerah jika bersama UMNO, tetapi mengapakah parti itu lebih memilih Bersatu melalui PN berbanding MN?

Tidak cukup dengan itu, Pas juga sanggup melupakan lambangnya sendiri dan setuju menggunakan logo PN dalam pertaruhan di Melaka ini.

Apakah Pas tidak lagi mementingkan penyatuan ummah?

Sesungguhnya apa yang dilakukan Pas ini adalah suatu pengorbanannya yang besar kepada Bersatu dan PN.

Di waktu yang sama, sementara masih kedengaran suara-suara dalam Pas sendiri yang mengatakan MN masih belum mati, namun Presiden Pas, Hadi Awang telah memberi isyarat yang jelas agar ahli dan penyokong parti itu memberi undi mereka kepada PN pada 20 November depan ini.

Dengan itu, pertempuran di Melaka ini bukan saja melibatkan PN dan BN, selain PH, tetapi juga khusus antara UMNO dan Pas.

Tambahan itu, UMNO dan Pas akan berlawan sesama sendiri di tujuh daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Dengan itu, bukan saja pertempuran, cerca-mencerca dan menuruh sesama sendiri tidak lagi dapat dielakkan, bahkan luka serta calar-balar akibat daripadanya juga pasti akan berpanjangan.

Sekaligus, berbanding untuk memulihkan MN selepas PRN Melaka, lebih mungkin yang berlaku ialah putus hubungan terus antara Pas dan UMNO.

Sebagaimana BN ingin solo di PRN Melaka kerana berasakan mereka boleh memenanginya tanpa bekerjasama dengan sesiapa, Pas juga sebenarnya ada perkiraan tersendiri dalam hal ini.

Pas lebih memilih bersama Bersatu melalui PN di Melaka adalah semata-mata kerana tidak mahu terhutang budi dengan UMNO dalam berkongsi kerusi di negeri-negeri yang sedang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jika Pas setuju bekerjasama dengan UMNO di Melaka dan terhutang budi menerima kerusi yang diperuntukkan parti itu, mahu tidak mahu, Pas juga harus membalasnya dengan memberi sebahagian kerusi mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada UMNO.

Di ketiga-tiga negeri itu, Pas bukan saja sukar berkongsi kerusi, malah secara sendirian pun mereka mampu untuk mengekalkan kuasa serta memenangi beberapa kerusi Parlimen.

Secara mudahnya, bersama Bersatu sudah lebih daripada cukup untuk Pas bertahan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRU15 akan datang.

Dengan menolak bekerjasama dengan UMNO di Melaka, maka UMNO selepas ini jangan haraplah untuk mendapat belas ihsan Pas mendapat sebarang perkongsian kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dalam hal ini, Pas sebenarnya tidak peduli pun siapa jadi kerajaan pusat selepas PRU15 akan datang kerana mereka bila-bila masa boleh menyesuaikan diri dan mencipta dalil untuk menghalalkan laluan ke arah bekerjasama dengan sesiapa saja yang menjadi kerajaan.

Begitu juga dengan lain-lain negeri, ia tidaklah sepenting mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang memang merupakan tapak kukuh bagi Pas.

Yang penting bagi Pas, mereka mesti ada sejumlah kerusi Parlimen dalam genggaman agar boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana parti dan tidak hilang cengkaman di tiga negeri ia bertapak kukuh itu.

Semua cita-cita itu sudah boleh mereka dicapai melalui hubungan dengan Bersatu melalui PN dan tidak memerlukan pun kekuatan MN atau pertolongan daripada UMNO. – ShahbudinHusin 09/11/2021.

Updated: 9 November 2021 — 7:49 pm

29 Comments

Add a Comment
  1. HA HA HA

    ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒท๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿต๏ธ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐Ÿ’ฎ๐Ÿ’ฎ๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒท๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿต๏ธ๐ŸŒน๐Ÿ’
    Kejora tetap akn setia menanti, si Dara sanjungan
    Moga hasrat yg suci murni ini, akn tiada halangan
    Harapnya tiada siapa yg cuba nak campur tangan
    Klau menyibuk jugak org itu akn makan penangan
    ๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ
    K.ah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    KAH KAH KAH

  2. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ
    ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒท๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿต๏ธ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐Ÿ’ฎ๐Ÿ’ฎ๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒท๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿต๏ธ๐ŸŒน๐Ÿ’
    Ntah kenapa, bgitu sukar melupakan si dara jelita
    Diri ini berpantun utk si dia bukan nk bersengketa
    Harap nya tak ada nk terkam kerna cemburu buta
    Kalau mari ganggu org itu akan menempuh derita
    ๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š
    ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ
    K.ah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    KAH KAH KAH

  3. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    โค๏ธ๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿคโ™ฅ๏ธ๐Ÿ’˜๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•๐Ÿ’Œโฃ๏ธ๐Ÿ’™โค๏ธ
    Diri ini yakin kelak piala cinta akn berjaya dijulang
    Semarak api cinta ini, tiada siapa yg dapat halang
    Kalau cuba ganggu..org itu akan bernasib malang
    Nanti dia akn jdi spt anjing menggonggong tulang
    ๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ
    K.ah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    KAH KAH KAH

  4. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    Budin kata, dgn Pas tu Umno rasa tidak puas hati
    Apa sebenar yg berlaku dlm MN..kita pun tk pasti
    Kejora pula di blog syahdu ini tidak jemu menanti
    Buat si dia, slm diutus, bersama setangkai melati
    ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    โค๏ธ๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿคโ™ฅ๏ธ๐Ÿ’˜๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•๐Ÿ’Œโฃ๏ธ๐Ÿ’™โค๏ธ
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

  5. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    10 hari lagi orangยฒ Melaka akan keluar mengundi
    Para calon mulalah ke sana sini nk menabur budi
    Kejora di sini tetap mngharap sebuah cinta abadi
    Sekuntum mawar di utus buat dia, puteri srikandi
    ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    โค๏ธ๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿคโ™ฅ๏ธ๐Ÿ’˜๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•๐Ÿ’Œโฃ๏ธ๐Ÿ’™โค๏ธ
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

  6. apekah kedah, kelangtang & nganu masih lagi “safe deposit” kpd lebai2 pAs dgn pAs kini telah memusuhi omNo ?

    perniagaan politik kini sudah sampai tahap yg mana ia bukan lagi tahap perjuangan idealogi pemerintahan cara pAs tapi kini di lihat sebagai keperluan utk lestarikan kehidupan pasca darurat yg dikenakan oleh pemerintahan pN yg melibatkan #melayu2isle yg di dokong oleh pAs & diuruskan oleh mail sabri bersama..

    mail sabri tidak blh lari dari menyiksa rakyat hingga menjejaskan kehidupan mereka…

    baik pN baik bN, kedua nya bertanggung jawap kerana dari kedua2 gagasan ini yg meletakan pemimpin2 mereka melakukan darurat yg tidak sepatut nya …

    pemimpin2 #melayu2isle jelas menyamai Anjing2 menyalak sana sini dgn “kejayaan” yg mereka cuba jenamakan tapi sebenar nya, telah merosakan ekonomi negara yg kini jauh ketinggalan jika dibandingkan dgn negara jiran tetangga….

    di sini tidak kecuali juga, Anjing TN juga cuba menunjukan juara bingai nya menyalak dgn tiada mampu menjana idea…

    zunnun & kejora tertunggu utk membalun menibai idea serba bingai nya

  7. takkan lupa

  8. rakyat perati

  9. mampuslah lahabau

  10. hancurlah manusia hanat

  11. angkara sheraton

    1. Pengkianat Nagara

  12. rakyat mati

  13. pemimpin rayu undi

  14. pemimpin from kayangan

  15. pemimpin tonggeng Islam

    1. Kelate Darool Mercedes…..takbeeeee

  16. pemimpin gila kuasa

  17. menteri gaji buta

  18. perompak masih bebas

  19. keluarga perabot baru

  20. rakyat susah menteri api neraka

  21. abah cek setan pasang bendera biru

  22. Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Ala Taliban 7.5"

    Lu mau taliban culi pasir ka taliban togok timah. Lu pilih satu YB taliban lor. Yamseng.

    1. Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Ala Taliban 7.5"

      YB taliban togok timah tumbuk 5 babi kasi mati. Yamseng.

      1. pdg merbok tinggal kenangan

    2. papa kupulang dari kobid papa kubelikan helfire

      1. Bankrup tak apa…janji gaya mesti ada. Dulu, kini Dan selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.