ARAK TIMAH – KERAJAAN HARUS TEGAS PELIHARA NAMA ISLAM TIDAK DICEMARI

1. Persoalan arak dalam kerangka sebuah pemerintahan perlu dilihat dari sudut hukum Syara’ dan panduan Siyasah Syari’eyah. Siyasah Syarieyah adalah dasar pemerintahan yang digerakkan mengikut keadaan semasa dan peruntukan perundangan terkini dengan merujuk kepada prinsip asal sesuatu permasalahan.

2. Secara hukum fiqah, Islam mengharamkan konsumpsi arak secara nas ke atas umat Islam. Hukum pengharaman arak dilihat kepada kesan buruk yang merosakkan kehidupan seseorang kepada diri dan keluarga serta masyarakat. Apa sahaja aktiviti yang terkait dengan arak turut diharamkan ke atas umat Islam dan perkara ini tidak ada pertikaian dalam perbahasannya.

3. Bagi bukan Islam hukum pengharaman arak ini tidak dipertanggungkan ke atas mereka dan hal mereka dengan arak ditentukan oleh ketetapan agama mereka masing-masing. Islam tidak memaksa tanggungjawab hukum ke atas bukan penganutnya walaupun kesan arak dalam kesejahteraan rumahtangga dan masyarakat sangat membahayakan.

4. Dari sudut Siyasah Syarieyah (Dasar Pemerintahan), pemerintah perlu mengambil sikap dari sudut hak bukan Islam untuk konsumpsi, jualan sesama bukan Islam dan cukai yang dikenakan oleh pemerintah ke atas jualan arak. Dengan kata lain soal arak dan kaitannya dari sudut Siyasah Syarieyah adalah di bawah tajuk hak bukan Islam yang pemerintah Islam perlu menghormatinya.

5. Soal dasar arak untuk bukan Islam jelas ditetapkan oleh para fuqaha’ khusus kitab ‘Ahkam Ahlul Zimmah’ oleh Ibnu Qayyim Al Jauzy (meninggal 751 H) yang meletakkan hak-hak bukan Islam secara dasar pemerintahan. Antaranya ialah minuman arak dikalangan bukan Islam, jual-beli di kalangan mereka dan import eksport arak untuk mereka. Fatwa Umar ibnu al Khattab yang menetapkan cukai arak 1/8 dari perniagaan arak di kalangan bukan Islam dijadikan panduan harus mengutip cukai arak.

6. Persoalannya hari ini ialah bagaimana sikap Siyasah Syar’eyah dalam konteks Malaysia perihal jualan, proses pembuatan dan konsumpsi di kalangan bukan Islam dapat ditetapkan panduannya? Jika tidak diperturunkan dasarnya isu arak akan sentiasa dipolitikkan sehingga menimbulkan polemik berterusan yang tidak berkesudahan.

7. Dasar arak perlu bermula dengan melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan. Kedua, sebarang promosi arak dan kaitannya dilarang sama sekali bagi menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan, Ketiga, sensitiviti umat Islam perlu dipelihara dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam. Keempat, isu hak bukan Islam dalam soal arak dan kaitannya perlu dijauhi dari eksploitasi politik bagi meraih sokongan dan menimbulkan kebencian dan Kelima, penguatkuasaan undang-undang samada peringkat kerajaan tempatan, mahupun di peringkat Federal perlu diperketatkan dan dibaiki supaya gejala kesan arak dapat dikawal dan ditangani dengan berkesan.

8. Berkenaan cukai arak (sin tax), dicadangkan supaya peruntukan besar perlu dibuat di bawah program ‘Berhenti Minum Arak’ bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya arak dan ancamannya kepada kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Program ini adalah rentas kaum dan agama bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia menentang bahaya arak dalam masyarakat bagi memelihara kesihatan dan kesejahteraan rumahtangga dan keselamatan masyarakat.

9. Dari sudut industri yang mempromosikan jenama arak ‘Timah’ sebagai produk Malaysia, ia adalah sesuatu yang memburukkan imej Islam sebagai Agama Persekutuan dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam. Jika 5 petunjuk Siyasah Syari’eyah di atas dituruti, pastinya kelulusan jenama arak ‘Timah’ tidak akan berlaku dan ditolak sejak awal lagi bagi memelihara kedudukan Islam sebagai agama resmi Persekutuan.

10. Pengajaran dari isu arak berjenama Timah ialah perlu ada ketegasan pemerintah memelihara nama baik Islam dan kedudukannya dalam negara. PM dan khususnya kabinetnya perlu menjelaskan sikap supaya nama baik Islam di Malaysia tidak dicemari tanpa menidakkan hak bukan Islam dalam keperluan mereka.

Lebih penting ialah pihak yang memainkan isu arak untuk sentimen politik perlu sedar bahawa arak bukan soal politik murahan tetapi memerlukan ketekunan kepada menurunkan dasar pemerintahan berkesan demi memelihara kedudukan Islam sebagai agama resmi Persekutuan dan sekaligus memelihara kesejahteraan masyarakaf berbilang kaum dalam negara ini.

Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Amanah

Ahli Parlimen Parit Buntar

19 Okt 2021

3.5 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 19 October 2021 — 12:12 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
Ane boi lui bocak kase yilek soro yilek. Botancak
20 October 2021 3:36 am

Hii haa Jeng jeng jeng Jgn lupo. Tahu.

See the koboi jimen dari hujung kampiong dtg seorang diri dgn kudo kapcai warno biru terus jo berperanan.

Hi Noon Malaysia for globally.

Hii haa Jeng3x.

images (1).png
zunnun
zunnun
19 October 2021 10:20 pm

ape sebenar yg setiap manusia inginkan menganuti agama…?

keredaan hidup & syurga akhirat…

salin berkait antara kedua2 nya….

zunnun ingin bertanya,

ape kata syurga bukan tempat ganjaran tapi penyatuan Sifat Roh Nya dgn Zat Kesemestaan Nya

…dan keredaan hidup bukan satu yg berfungsi kpd balasan ‘stick & carrot’ tapi berfungsi kpd persamaan antara FAYAKUN penyudahan & KUN perbendaharaan Nya…

Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Ulama
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Ulama
19 October 2021 5:58 pm

Wa mau edit belakang kasi tukar link tele lucah wa punya. Walaowei lu belani masuk tele wa layan lucah sampai lebam?

1634636866646.jpg
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Ulama
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Ulama
19 October 2021 5:53 pm

Walaowei manyak belani woo. Wa caya sama lucah.

1634636866646.jpg
zunnun
zunnun
19 October 2021 4:48 pm

apekah arak jenama #TIMAH lebih mabuk dari arak jenama #melayu2isle ?

yg terdahulu setakat ‘high’ seketika tapi yg terkemudian…

..kemabukan kuasa dgn ape cara sekali pun yg ada….

berterus terang, kita sesama manusia, sejaraj tamaddun manusia penuh dgn cerita dan naratif kegilaan kuasa dilakukan dgn mengunakan agama & kebanggaan bangsa…

bukan kah #melayu2isle hanya rethorik agar mereka mengaut untung dgn nya..

…. tidak segan silu bergaji buta, tidak segan silu mendagangkan agama, tidak segan silu menjual tanah negara kpd syarikat luar negara, tak segan silu mengunakan darurat utk kekal berkuasa…

zunnun
zunnun
19 October 2021 4:24 pm

berkata tuan pendek pAs, tuan ibrahim tuan mAn, arak TIMAH modal utk serang pAs ….

tapi zunnun lihat, sang Anjing TN, mascot blog budin, setelah menunggang beer TIMAH, berdiam diri, kurang menyalak akan Nya…

ape yg lebai ibrahim pendek, dok menyalak2 mengenai beer cap TIMAH, sedangkan sebelum jadi pemerintah, pAs kerap menyalak2 sana sini supaya kerajaan tutup kilang2 arak yg ada…..

zunnun
zunnun
19 October 2021 4:03 pm

aduh sunggoh teruja,

#sinyanyuktua dijadikan icon BNM utk menjadikan rakyat jutawan segera….

beer cap TIMAH dijadikan icon jenama pengeluaran Melaysia

apekah budin tidak keinginan menjadikan Anjing TN, mascot blog Nya..? 😂

Anonymous
Anonymous
19 October 2021 7:30 pm
Reply to  zunnun

The news that Colin Powell died of Covid complications despite fully vaxed should strike some chord to Atok Saka and his sodomy fixer Khairuddin Abu Hassan. Here was the man who had created the smoking gun evidence of fake WMD to bomb shock and awe Iraq and chase out Saddam to grab the best graded oil in Middle East. Atok Saka and Khairuddin used the same smoking gun tactics as revealed by fellow fixer, Ummie Hafilda that Khairuddin was recruiting and paying witnesses to sign fake Sodomy SDs as basis for Atok Saka propaganda to discredit Anwar. It didn’t escape… Read more »

zunnun
zunnun
19 October 2021 8:25 pm
Reply to  Anonymous

well narrated except rhat Iraqi crude, the Basra Light has too much Sulphur compared to NNPC

pH should keep a distance from #sinyanyuktua …

a venomous, dubious & devious sob

zunnun
zunnun
19 October 2021 3:57 pm

Tuhan & Pluralisma berpisah tiada, Nyata pd setiap yg mampu mengerakan kesedaran2 mereka, yg bernyawa… tapi ngape bibit kepercayaan, agama dijadikan selera tantapan local sj….? apekah tuhan berlainan antara mereka atau apekah tuhan yg didewa menyalahi antara mereka… ape criteria penentuan utk menentukan yg mana satu yg betul..? among believers of creeds and among believers of the same creed, animosity is plenty…. used to wage war, used to create society, used to dictate policy…. until lost in time, unaware the pettiness that has engulfed humanity the ottoman empire of the turks, tidak kecuali… tiap sang raja akan memerintahkan segala kerabat… Read more »

zunnun
zunnun
19 October 2021 3:35 pm

what amaze everyone, when a small boy out of ‘nothing’ able to achieve ‘something’…. then again what it be when an adult or perhaps #sinyanyuktua out of something, achieved nothing….. then came a wisdom of Man, turning nothing to everything…. this journey of Man & ‘its’ kind, is written in the Book of Genesis, and in many Books thereafter, to create The First Mankind, and within ‘it’ A Conceived Perfection able to make progress and changes…. then came another pure abstract, to accelerate these progression to make it more competitive among Man… kinda like a movie, to move the plots,… Read more »

zunnun
zunnun
19 October 2021 1:47 pm

maka seperti juga terdahulu ketika melancar jenama kereta nasional diadakan pertandingan menamakan Proton lalu nama Saga yg terima di hati #dinyanyuk ketika itu..

kini beer buatan nasional dilancarkan tengah2 #melayu2isle berkuasa, sudah tentu nama yg sesuai nya, TIMAH….

membawa sinonim kpd #melayu & #isle, bukan kah #melayu2isle sedang mabuk kuasa…

kan dah diluluskan nama oleh Kementerian Perdagangan Dlm Negeri & Hal Ehwal Pengguna ?

ulasan yg bernas dari zunnun

tentu ada yg akan beri nama, Arak Cap Anjing Giler..