ANWAR TERBUKTI BUKAN KAKI DEDAK….

Sementara setuju dengan tawaran kerajaan tentang jawatan Ketua Pembangkang dinaikkan kepada taraf menteri, Anwar Ibrahim yang sekarang menyandang jawatan tersebut sebaliknya menolak semua gaji dan elaun kenaikan yang diberikan itu.

Berikut adalah gaji, elaun serta kemudahan sebagai Ketua Pembangkang bertaraf menteri yang ditolak Anwar:-

• RM14,907.20 gaji bulanan

• RM12,320 sebulan elaun keraian

• RM1,500 sebulan bayaran khas

• RM4,000 sebulan elaun rumah

• RM833 sebulan elaun selenggara rumah

• RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)

• RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)

• RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)

• Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi.

Pengerusi PH dan Presiden PKR itu mengumumkan semua gaji dan elaun yang tidak setuju diterimanya itu akan diserahkan kepada tabung rakyat miskin.

Menaikkan jawatan Ketua Pembangkang setarat menteri adalah antara beberapa perkara yang dipersetujui dalam MOU transformasi dan kestabilan politik antara PH dengan kerajaan yang ditandatangani sebaik Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana MOU itu mengandungi persetujuan yang memberi nikmat dunia secara langsung kepada Anwar atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang, seperti juga penyokong Perdana Menteri yang menerima jawatan lain yang bertaraf menteri, pelbagai pihak terlihat mula mengkritiknya kerana dianggap telah menerima dedak daripada kerajaan.

Kata mereka, patutlah MOU itu begitu cepat ditandatangani kerana ia ada ganjaran secara langsung masuk ke poketnya.

Tetapi, dengan Anwar mengumumkan menolak segala gaji dan elaun bertaraf menteri yang sepatutnya beliau terima itu, ia dengan sendirinya mengesahkan beliau bukanlah seorang kaki dedak.

Sejarah panjang perjuangannya selama ini, jika kita singkap, dengan mudah membuktikan beliau sebenarnya tidak hairan pun dengan dedak, walhal jika itu kemahuan dan keinginannya dalam hidup dan menyertai politik, sudah lama beliau dan keluarganya tidur di atas tilam berlapikkan duit yang berkoyan-koyan.

Namun, itu bukanlah matlamat serta keinginan, bukan saja kepada Anwar, tetapi juga kepada isteri dan didikan kepada anak-anaknya.

Dengan gaji dan pelbagai elaun yang ditolaknya kini, beliau boleh dikata menjalankan tugas serta peranannya sebagai Ketua Pembangkang dengan percuma dan tidak sesekali untuk meraih nikmat peribadi.

Apa yang beliau perjuangkan sebenarnya tidak lain ialah untuk mengangkat jawatan Ketua Pembangkang itu agar diberi pengiktirafan sewajarnya seperti di banyak negara demokrasi lain di dunia ini.

Selebihnya, ini juga suatu perjuangan Anwar dan PH untuk kesejahteraan serta keselesaan mereka yang memegang jawatan Ketua Pembangkang selepas ini.

Begitu pun, jika kita perhati, tanpa semua ganjaran itu beliau tetap berperanan dengan baik serta sangat berkesan di Parlimen, malah merupakan Ketua Pembangkang yang terbaik setakat ini.

Kritikan kepada kerajaan, membela rakyat dan mengangkat isu-isu sejagat tetap menjadi keutamaan serta matlamat perjuangannya.

Selain telah banyak perkara diperjuangkannya selama ini, terbaru dalam isu Pandora Papers misalnya, kesungguhan dan kegigihan Anwar bercakap di Parlimen mengenai hal itu jelas memperlihatkan kesungguhannya sehingga akhirnya siasatan sudah pun bermula dan Ismail Sabri sendiri turut memberi jaminan tentang kebebasan siasatan yang bakal diadakan.

Dengan sikap Speaker yang bak peguambela dan usulnya pula ditolak begitu saja, manakala suara di pihak kerajaan dan pejuang Islam tidak kedengaran apa-apa, beliau terus bersuara dan tidak mudah mengalah agar Pandora Papers itu ada tindakan penyelesaian akhirnya.

Itulah Anwar yang hanya Ketua Pembangkang jawatannya, bayangkan jika sosok punya jiwa segagah ini dan tidak pula gila harta, dapat menerajui negara dan memperjuangkan nasib kita sebagai rakyat yang perlukan pembelaannya? – ShahbudinHusin 17/10/2021.

4.4 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 17 October 2021 — 4:43 pm
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Dan Scammer Derma
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Dan Scammer Derma
17 October 2021 3:18 pm

Lu mau delema gaji masuk Palestin, Rohingya lu join tele wa. Wa kasi flee layan lucah 50 episod kautim lu delema 50 sen meh.

Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Derma Gaji 7 hari
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Derma Gaji 7 hari
17 October 2021 3:08 pm

Walaowei wa punya gaji talaf Menteli wa sudah delema tabung film lucah dalam tele. Majulah film lucah untuk negala, agama dan bangsa. Yamseng Timah.

MadSawang
MadSawang
17 October 2021 2:45 pm

Mr sayed asSoodin.. Gaya Moto dan KeAggonan Memang mr Anuwar penoh Gaya dan beMoto dlm Malaisa @ tanah Malaoyo.. Anggok mao lebeh-lebeh dan lebeh lebeh lagi dan lagi dan lagi sampe kojol @ mampoih.. Sempoi dan sampel pada urang yg laen. Urang yg byk hareta@ byk doitnya tapi haram tak derma haretanya, pong besepah-sepah dlm Malaisa, doit bantoon utk rakyat depa sakau sampe lechen mcm palak utoh yg sonat .. kolob kecik dan kolob besag. Yg depa tau coma bederama siang malam.. Besag ponya haram…. jadadah… Tok tok lebaii yg byk hareta @ byk doit hangpa takmao derma mcm mr… Read more »

Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Bertaraf Menteri
17 October 2021 1:19 pm

Aiya. Wa manyak mau luit delema mau edit film lucah lor. Wa mau share sama lu olang masuk tele meh.

zunnun
zunnun
17 October 2021 10:04 am

Aduh ? Aduh ! Aduh .

anwar tolak bergaji & Elaun Menteri..

atau

atau derma gaji & elaun menteri pd blog budin utk diuruskan

atau

anwar derma gaji & elaun menteri kpd pH presidential council utk diuruskan

atau

anwar derma gaji & elaun menteri pd kelyarga utk diuruskan…

tapi kejora & zunnun masih meneruskan pekerjaan menjaga Anjing TN walau mcm mana sekali pun kuat tergiler2 menyalak …

Anonymous
Anonymous
17 October 2021 10:41 am
Reply to  zunnun

Woww.. Bro Zunnun…

Ha ha ha… Hebat & terbaik lah Bro…

Bravo!

😄😀😃😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
17 October 2021 10:42 am
Reply to  Anonymous

Bro maksudkan beginikah?👇:

Anonymous
Anonymous
17 October 2021 10:44 am
Reply to  Anonymous

Ha ha ha…

“kejora & zunnun masih meneruskan pekerjaan menjaga Anjing TN”

😄😀😃😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

gettyimages-1190002938-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
17 October 2021 10:45 am
Reply to  Anonymous

Ha ha ha…

“walau mcm mana sekali pun kuat tergiler2 menyalak …”

😄😀😃😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

gettyimages-528796666-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
17 October 2021 10:47 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Seronok juga melihat Bro Zunnun beraksi kat sini
Dulu tu, tindakan Zunnun tak lah sampai sebegini
Tapi nampaknya Bro Zunnun dah semakin berani
Gaya nya..Zunnun ler pulak jadi penghulu blog ini 
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH