UMNO MAHU RCI, TAK SETUJU PASUKAN PETUGAS KHAS SEPERTI DIUMUM ISMAIL SABRI

Dalam pertemuan dengan UMNO Johor dua minggu lalu Perdana Menteri sebut untuk tubuh RCI Tommy Thomas.

Tetapi semalam, Kabinet hanya setuju tubuh pasukan petugas khas menyiasat dakwaan Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Oleh kerana isu Tommy Thomas adalah isu besar yang libatkan kepentingan negara dan integriti maka sepatutnya penubuhan RCI (Suruhanjaya Di Raja) lebih mendesak.

RCI ada asas perundangan. Penubuhannya berdasarkan statut. Pasukan Petugas Khas pula tidak ada kuasa perundangan utk panggil saksi, rakam percakapan atau untuk dapatkan dokumen yang berkaitan.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri sebut, pasukan petugas khas ini hanya untuk buat kajian awal sebelum tindakan seterusnya diambil.

Justeru dicadangkan, penubuhan Pasukan Petugas Khas ini mestilah matlamatnya ke arah penubuhan Suruhanjaya Di Raja (RCI) Tommy Thomas.

Kedua beri tempoh hanya satu bulan kepada Pasukan Petugas Khas ini membuat kajian awal. Tempoh 6 bulan adalah terlalu lama. Sedangkan ramai pihak terkesan dengan isu ini.

Apatah lagi Tommy Thomas mendakwa wujud salah guna kuasa dalam perlantikan hakim, campur tangan eksekutif, pendakwaan terpilih serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.

Ketiga, Pasukan Petugas Khas ini mestilah bebas total dan tidak ada pengaruh pejabat Peguam Negara. Tidak sesuai bekas AG disiasat oleh AGC.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 10 October 2021 — 2:56 pm
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
QAnon
QAnon
10 October 2021 6:42 pm

Puat mangkuk ni apa yg dia tau? Kalau dia hebat tak kalah bn dulu. Bukan kah dia yg jaga jasa? Mana peranna jasa menyampaikan gov punya narrative? Dia tak ada post dlm kjaan jadi kerja dia menyalak je. Itupun Budin nak kutip juga apa yg dia cakap

Firdaus Wong Penyiasat Film Lucah Bertaraf Menteri
Firdaus Wong Penyiasat Film Lucah Bertaraf Menteri
10 October 2021 5:42 pm

Wa aglee sama lu. LCI sama wa punya film lucah. Wa share lu buka tutup kes.