BIAR PRN MELAKA DIADAKAN, ISMAIL SABRI JANGAN IKUT TELUNJUK UMNO MAHU IA DITANGGUHKAN

Kalaulah UMNO itu manusia, sah ia kini sedang mengalami kecelaruan jiwa dan perlukan rawatan dengan segera.

Jika sebelum ini ramai yang menyindir kejatuhan kerajaan negeri Melaka sebagai episod pelik kerana “UMNO jatuhkan UMNO”, kepelikan itu rupa-rupanya tidak berakhir begitu saja.

Sebaik DUN Melaka telah dibubarkan berikutan cadangan yang dikemukakan Sulaiman Md Ali diterima oleh Tuan Yang Dipertua Negeri, Tun Ali Rustam, UMNO kini bersungguh-sungguh pula menyarankan agar PRN Melaka tidak diadakan, sebaliknya ditangguhkan.

Penangguhan itu dicadangkan melalui perisytiharan darurat sebagaimana dilakukan di Sarawak, Batu Sapi dan Gerik sebelum ini.

Darurat hanya boleh diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara atau MKN.

PRN Sarawak perlu diadakan kerana tempoh matang DUN negeri itu telah cukup lima tahun dan PRK Batu Sapi serta Gerik pula disebabkan kematian wakil rakyatnya, maka penangguhan ketiga-tiga pilihanraya itu atas alasan Covid19 sedang menggila tidaklah terlalu menghairankan.

Tetapi berbeza dengan PRN Melaka kerana ia perlu diadakan berikutan UMNO sendiri yang mengemukakan cadangan pembubaran DUNnya setelah Sulaiman hilang sokongan sebagai Ketua Menteri, walaupun hakikatnya disedari bahaya Covid19 masih belum reda.

Jadi, kenapa setelah UMNO sendiri memohon pembubaran DUN, UMNO juga kemudiannya tampil menyarankan agar PRN negeri perlu ditangguhkan?

Tidakkah ini pelik dan menunjukkan UMNO ada kecelaruan jiwa dalam membuat keputusannya?

Jika benar saranan penangguhan itu kerana tidak mahu wabak Covid19 merebak semula dalam masyarakat, kenapa baru sekarang ia disedari?

Mengapa ia tidak difikirkan sebelum mengemukakan cadangan untuk membubarkan DUN kepada Yang Dipertua Negeri Melaka?

UMNO mahu apa sebenarnya di Melaka ini?

Logiknya, berikutan sudah hilang kuasa di Melaka itu, jika ingin berkuasa semula, mestilah perlu ada pilihanraya diadakan.

Namun, di sebalik saranan menangguhkan PRN, Sulaiman yang sudah hilang sokongan itu juga tidak sepatutnya dicadangkan untuk terus mentadbir negeri atas nama kerajaan sementara.

Dalam hal ini, meskipun beberapa pimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi, Najib Razak, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain telah tampil dengan saranan menangguhkan PRN Melaka itu, Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri dan Pengerusi MKN tidak seharusnya tunduk kepada kemahuan mereka.

Oleh kerana DUN telah diumum dibubarkan, walaupun proses paling munasabah sebenarnya ialah hanya menukar Ketua Menteri, PRN negeri harus diteruskan dengan pengundian mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran pada 4 Oktober.

Yang penting, MKN dan SPR harus menetapkan peraturan dan SOP khusus untuk berkempen dan pengundian dalam PRN Melaka ini.

Jika Ismail Sabri tunduk dengan mengikut saranan beberapa pemimpin UMNO yang mahu PRN ditangguhkan dengan mengisytiharkan darurat, ia bukan saja bermakna beliau tidak ubah seperti Mahiaddin Md Yasin yang mempergunakan darurat untuk kepentingan mengekalkan kuasa, malah lebih menunjukkan Perdana Menteri berada di bawah telunjuk Zahid Hamidi dan juga Najib.

Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri harus memperlihatkan dirinya bebas daripada pengaruh sesiapa.

Tambahan lagi, urusan PRN Melaka adalah urusan UMNO di bawah Zahid Hamidi dan bukan urusan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinannya.

Kalau BN tidak menang pun di Melaka nanti, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang akan lebih menanggung bebannya dan Ismail Sabri tidak boleh terkait apa-apa dengan kekalahan itu. – ShahbudinHusin 07/10/2021.

Updated: 7 October 2021 — 7:01 am

13 Comments

Add a Comment
  1. RAKAN² BLOG,

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Izinkanlah ckgu Kejora untuk tampil nak bercerita
    Kesah sorang perempuan nenek, yg dah tua renta
    Umur 90 tahun lebih dah kelabu pandangan mata
    Dia asyik je tampilkan diri bodoh serupa dgn unta
    Dengki cemburu betul kalau dia lihat pantun cinta
    Tk senang duduk kalau tk dpt dilempar caci nista
    Tapi cakap dia berbelit, munafiq penuh tipu dusta
    Nmun..berdepan Kejora, dia kena le hadapi derita
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH

  2. Write to ask PM Umno Ismail Sabri not to heed Umno’s call
    Is akin to asking PKR Dollah Sani not to heed ex-convict shouts
    Whatever stupdity or jealousy you have, please put to hold
    Try to be more intelligent when forwarding your thoughts

    True to my many forewarnings, someone mudah terasa
    The mention of Si Nyanyuk Tua, Si Zunnun dah mula bersuara
    Konon Wau Bule menunggu kemunculan Si Nyantuk Tua
    Bila isu bail out jadi muak,mual, mula merapu macam orang gila

  3. ____________________________________________________
    Nadia
    5 October 2021 9:10 am

    Kang nadia komen kang abang abang tak tido malam pulak.

    Reply
    ____________________________________________________
    DIK🌷 NADIA🥀 PUTERI🌹,

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
    Bgitu lama menghilang, dinda muncul tk semena²
    Bagaikah hadir nya bidadari, dari Syurga nirwana
    Mmg lah tekaan dari Dik Nadia tu tepat dan kena
    Dah dua tiga malam, abg tidur tak dapat nak lena
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    ❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    1. DIK🌷 NADIA🥀 DEWI🌹,

      😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
      Tak boleh nak lena juga, wlau mata ini abg pejam
      Duri-duri rindu terasa bgai menusuk begitu tajam
      Lara kesepian pulak hadir menyiksa begitu kejam
      Izinkanlah hati mu itu dewi, untuk abg nak pinjam
      ❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
      😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

      💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
      Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
      😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

      1. DINDA🌷 DEWI🥀 PUTERI🌹,

        😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
        Keresahan menghimpit, tk kira siang atau malam
        Bagaikan di daratan diri ini lemas dan tenggelam
        Rindu jadi santapan, dngn lara sepi sebagai ulam
        Buat mu dewi..sekuntum mawar mngiringi salam
        🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
        😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

        ❤️🧡💛💚💙🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
        Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
        😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

        1. 😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
          💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌹💐
          Kejelitaan dan kesantunan budi, buat abg tertarik
          Dinda hadir bagaikan lagu yang bertemu dgn lirik
          Mendambakan diri mu itu, abg tidak pernah serik
          Sambutlah salam dgn iringan setangkai anggerik
          🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
          😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

          ❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💙❤️
          Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
          🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

  4. PRN akan menguji betape rakyat rasakan mual & muak melihat bayangan pemimpin2 negara yg serba bingai utk berkuasa baik pembangkang mau pun yg sedang berkuasa….

    seperti juga zunnun & kejora merasakan mual & muak melihat Anjing TN yg tergiler2 menyalak kemabukan melihat bayangan nya sendiri

    tapi waubule tidak sebagitu mual dan muak nya terhadap #sinyanyuktua nya, 1000 tahun, dia tetap tergiler2 menunggu kemunculan yg teramat istimewa nya 😂

    1. Woww.. Bro Zunnun…

      Ha ha ha.. hebat & terbaik Bro…

      Bravo!

      😀😃😄😆😅😂🤣
      KAH KAH KAH KAH.

      1. Adakah Bro maksudkan itu, begini?👇:

        1. “Anjing TN yg tergiler2 menyalak”

          1. “kemabukan melihat bayangan nya sendiri”

            1. Ha ha ha…

              Bukan Kejora kata yer.. Zunnun yg kata, ok!

              Kejora cuma tanya dgn meletak gambar jer..

              😀😃😄😆😅😂🤣
              KAH KAH KAH KAH.

              1. HA HA HA

                😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
                Seronok juga melihat Bro Zunnun beraksi kat sini
                Dulu tu, tindakan Zunnun tak lah sampai sebegini
                Tapi nampaknya Bro Zunnun dah semakin berani
                Gaya nya..Zunnun ler pulak jadi penghulu blog ini 
                😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

                👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
                Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
                🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

                KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published.