DARIPADA NO ANWAR NO DAP, SUDAHNYA ANWAR DAN DAP DIJADIKAN PENYELAMAT TENGKUK KERAJAAN SERTA PENENTU DASAR NEGARA

PH dan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan menandatangani Memorandum Persefahaman atau MOU jam 5.00 petang ini yang menandakan bermulanya kerjasama kedua-dua pihak demi kepentingan rakyat.

Meski butiran MOU hanya akan diumumkan selepas ia ditandatangani antara Ismail Sabri dengan ketua-ketua parti PH yang diketuai Anwar Ibrahim petang nanti, adalah dijangka ia tidak lari daripada tujuh tawaran yang dibuat Perdana Menteri, Jumaat baru-baru ini.

Tujuh tawaran tersebut adalah:

• Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.

• Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.

• Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

• Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

• Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.

• Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).

• Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

Melalui MOU itu, dalam erti kata lain termetrailah CSA atau Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan antara kerajaan dengan blok pembangkang yang tujuan utamanya untuk mewujudkan kestabilan politik dan saling bekerjasama, khusus untuk memulihkan ekonomi ekoran pandemik Covid19.

Dalam jangka masa singkat, keuntungan yang diperolehi oleh Ismail Sabri melalui MOU itu ialah tiada lagi desakan usul undi percaya dan Belanjawan 2022 akan diluluskan tanpa banyak masalah.

Jika tiada apa-apa halangan atau Ismail Sabri kekal sihat tanpa memerlukan sebarang rawatan rutin, setidak-tidaknya akan kekallah beliau sebagai Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU15.

Walaupun belum tentu UMNO dan BN mampu menang lagi dalam PRU15 akan datang nanti, MOU dengan PH itu sekurang-kurangnya mampu memberi harapan cerah untuk Ismail Sabri bertahan sebagai Perdana Menteri lebih 17 bulan, melebihi tempoh singkat Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.

Dari segi PH pula, meski MOU ini bermakna ia menutup peluang Anwar untuk mencuba lagi bagi mengembalikan mandat PRU14 sebelum tibanya PRU15, tetapi dalam beberapa sudut keuntungannya tidak boleh dinafikan begitu saja.

Selain wakil rakyat blok pembangkang akan menikmati peruntukan sama rata dengan Ahli Parlimen kerajaan, lebih penting daripada itu, semua rang undang-undang yang mahu dilaksanakan, termasuk belanjawan, mesti dirunding dengan mereka terlebih dahulu.

Dengan itu, PH akan berperanan besar dalam menentukan hala tuju dan pembangunan negara tanpa perlu berada dalam kerajaan sekali sama sekali.

Melalui peruntukan yang sama rata, pengundi di kawasan pembangkang tidak lagi rasa dipinggirkan oleh kerajaan yang memerintah.

Terlebih penting lagi, MOU ini juga memperlihatkan betapa besarnya peranan PH dalam memberi kestabilan dan menentukan jangka hayat kerajaan sekarang yang Perdana Menterinya adalah daripada UMNO.

Kalau sebelum ini UMNO berteriak dan bertempik No Anwar No DAP, terbukti kini Anwar dan DAPlah yang dicari untuk menyelamatkan kerajaan dan tengkuk jawatan beserta gaji lumayan yang mereka diterima setiap bulan.

Realitinya sekarang, sementara Ismail Sabri sudah sedia ada mempunyai 114 sokongan Ahli Parlimen di belakangnya, beliau seperti tidak yakin dengan kekuatan tersebut untuk mendepani usul undi percaya dan Belanjawan 2022 nanti.

PH yang di dalamnya ada PKR, DAP dan Amanah bukan saja lebih dipercayai oleh Ismail Sabri untuk jangka hayat kerajaannya, tetapi juga untuk hala tuju negara ini.

No Anwar No DAP kini sudah ditelan oleh mereka yang dulu kuat menentangnya, bukan saja daripada UMNO, tetapi termasuk daripada Pas juga.

Semuanya kerana sayangkan jawatan, tetapi PH tidak rugi apa-apa, sebalik bakal untung yang menanti lebih berganda-ganda.

Kalau dilihat berdasarkan tujuh tawaran Ismail Sabri itu, kesemuanya adalah perkara yang memang asas perjuangan PH dan mahu dilaksanakan sebelum ini sejak dilontarkan dalam manifesto lagi, cuma ia tidak sempat dilakukan kerana tiada kejujuran ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan selepas itu berlaku pula pengkhianatan oleh Mahiaddin yang menjadikan segala-galanya tergendala.

Yang mustahak, dengan kesediaan Ismail Sabri mengangkat semula tawaran terse-but, rakyat pasti akan menilai bahawa perkara-perkara yang menjadi idea dan perjuangan PH adalah sesuatu yang relevan dan sesuai dengan semua kerajaan.

Pasti ada berfikir, kalaulah PH diberi peluang lebih lama jadi kerajaan dan dipimpin oleh pemimpin yang betul-betul menjiawai semangat reformasi, tentulah lebih banyak lagi kebaikan dan pembaharuan mampu dinikmati bersama.

Dengan yang demikian, melalui MOU itu, selain memperlihatkan PH adalah pembangkang yang berjiwa besar yang memang meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan, peluangnya untuk memenangi PRU15 turut jadi lebih cerah lagi.

Kerajaan yang ada sekarang tidak lebih hanya penciplak – tiada idea dan tiada kemampuan melaksanakan perubahan jika tanpa PH. – ShahbudinHusin 13/09/2021.

4 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 September 2021 — 11:14 am
Subscribe
Notify of
guest

29 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Utoh pengulir
Utoh pengulir
14 September 2021 2:59 pm

Selama ini pun PH telah ter/berkorban dengan slogan No Anwar No DAP sebagai bantuan pernafasan kepada parti-parti yang telah hampir nazak. Sekarang ini setelah MOU ditanda tangani mereka bukan sahaja mendapat bantuan pernafasan malah akan sihat wal afiat sehingga PRU15.

Mohd Moor Suffian bin Abdullah
Mohd Moor Suffian bin Abdullah
13 September 2021 5:16 pm

Semua xxx Betul bg kau Budinggg…
BNg Non dah jd PapaNon, now at 75 Atok Non…
Gantikan lrrrr ngan Izz n RR…

Utoh pengulir
Utoh pengulir
14 September 2021 3:05 pm

Your name good. Your comment no good.

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 5:07 pm

RAKAN² BLOG,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Blog Budin, jadi agak sepi & tidak lagi riuh gamat
Si nenek tua kaki racau itu, riwayatnya dah tamat
Namun dgn gol nya si tua itu kita syukur teramat
Boleh le kalau kita nak buat kenduri do’a selamat
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH.

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 5:17 pm
Reply to  Anonymous

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Wlau pun agak sepi, blog kini tenteram dan aman
Tiada lagi bebelan dari si nenek tua tidak siuman
Dia kini dekat dalam tanah..tujuh kaki kedalaman
Mngikut jejak bekas kekasihnya dulu Wak Suman
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH.

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 5:26 pm
Reply to  Anonymous

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Si nenek tua itu..dgn kita tidak akan lagi bersama
Dia telah disahkan, positif Covid-19, tahap kelima
Tak lama pun, dia dimasukkan ke ICU utk dikoma
Masuk mlm kelmarin..pagi ini, pergi selama-lama
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 6:54 pm
Reply to  Anonymous

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Si nenek tua itu langsung dah tak nampak kelibat
Dia dah dpt balasan dunia..dek perangai musibat
Covid tahap 5 dia kena mmg lah tak dapat diubat
Kini mngelupor dlm kubur, malaikat tengah sebat
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 7:53 pm
Reply to  Anonymous

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Si nenek tua tak ada ilmu mari nak lagak ustazah
Tapi silap besarlah dia acah Kejora cgu berijazah
Namun lega, nenek tu kini dlm tanah jadi jenazah
Mengelupor ler, disiksa malaikat di alam barzakh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

zunnun
zunnun
13 September 2021 3:40 pm

yg berserban berjubah berjanggut berkopiah berhijab bertelekong, zunnun ingin bertanya….

semua zarah2 sub molecule yg ada menyatakan kesedaran ke atas jasad, hidup dan menghidupkan

maka, yg mana pula kesedaran yg menyatakan kamu

akal ? di otak ke atau net kesedaran kesemua rumpun kehidupan yg hidup menjasadkan badan…

jika segala rumpun kesedaran yg menjasadkan badan itu net kesedaran kamu, maka perlu ada “comparator” utk menentukan apekah net kesedaran kamu persamaan dgn kesedaran Tuhan….

dimana letak nya “comparator” sedemkian.

berkata para hikmah, para alim dari kata2 yg maha berkata…

“..siape mengenal diri, mengenal tuhan nya..”

Last edited 2 years ago by zunnun
zunnun
zunnun
13 September 2021 3:19 pm

zunnun ingin bertanya lebai2 yg berserban berjubah ssna sini, tasbih di tangan sambil menghitung dgn jari…

kini dah modern, ada alat di tangan sambil bertasbih sambil menekan dan mengira2….

hebat no

tapi xunnun ingin bertanya, apekah tuhan menghitung2 pemberian & nikmat nya kpd mereka….

cuba2 pulak menghitung denyutan jantung kamu semua…

kerana di situ letak nya rahsia tuhan yg memberi nikmat kehidupan kita

pengakhir penafasan zikir yg sentiasa memuji2 Nya..

zunnun
zunnun
13 September 2021 3:05 pm

mana wau bule ? wau nya terputus tali ke..?

apekah #siwaubule berkejaran mencari wau nya dlm hutan ke ? Jgn2 di hutan lalu jadi periwira mAt giler angan2 nak jadi rambo ke ?

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 4:27 pm
Reply to  zunnun

Baseless’ claim Harapan sidelined Pejuang, Warisan in deal with govt – Loke A DAP leader has dismissed Federal Territories Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) chief Khairuddin Abu Hassan’s claim that Pakatan Harapan had sidelined other opposition parties in its negotiations with the government on a confidence and supply deal. DAP national organising secretary Anthony Loke described Khairuddin’s claim as being baseless, citing several meetings between Harapan and other opposition party leaders including from Pejuang. “In fact, a special briefing was given by Harapan leaders to Pejuang president Mukhriz Mahathir on the contents of the memorandum of understanding. “Representatives from Warisan… Read more »

zunnun
zunnun
13 September 2021 4:34 pm
Reply to  Anonymous

perhaps irs time we let #sinynyuktua, his lackey khairudin & wau bula forced rest, dipaksakan tidur…

then agaun without them both, zunnun will be short of taking potshots from them

zunnun
zunnun
13 September 2021 2:58 pm

Mana,Anjing TN ?

rasa sunyi, Anjung salakan zunnun tiada kelihatan..

kena covids ke dia kerana sejak seminggu dua, kuat tergaru2 puki nya….

atau

dah dibalun oleh Anjing bang ali ke? 😂

Last edited 2 years ago by zunnun
Anonymous
Anonymous
13 September 2021 3:13 pm
Reply to  zunnun

Wow…Bro Zunnun…

Ha ha ha.. Bravo Bro?

😀😃😄😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 3:16 pm
Reply to  Anonymous

KAH KAH KAH

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Hari ini, Bro Zunnun ni lain mcm je Kejora perhati
Komen dari Bro masuk melanda tidak henti-henti
Tapi naper komen bro tak diterjah pun dek auntie
Apa, dia positif covid kah atau pun hari ni bercuti
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

HAHAHA HOHOHO HIHIHI

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 3:19 pm
Reply to  Anonymous

Bro Zunnun,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Selalu tu, sblm subuh lagi komen auntie meledak
Apakah dia sibuk, dngn gunting, gincu dan bedak
Ataupun merajuk, kerana Atok tak kasi dia dedak
Tak dapatlah lagi, kita nak lihat karangan budak2
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 3:21 pm
Reply to  Anonymous

Bro Zunnun,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Mmg Kejora rasa hairan ler, komen Bro tk dibalas
Apa, pagi ini, auntie mengikuti tadika punya kelas
Ataupun, dia diserang virus covid sembilan belas
Agaknya si tua tu tercungap2 dekat kerusi
malas
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 3:26 pm
Reply to  Anonymous

KAH KAH KAH

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Nampak gayanya, Bro Zunnun mmg berani sekali
Dah jadi terbalik, auntie pula yg kena Zunnun buli
Zunnun kata auntie tergaru² dek dibalun Bang Ali
Siap lah nanti, dia terkam, mcm kerbau putus tali
🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃🐃
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

HAHAHA HOHOHO HIHIHI

zunnun
zunnun
13 September 2021 2:55 pm

bingai2 di Afghan dgn berdasarkan Hanafi sebagai pegangan, merasakan, islam itu dari doktrin Hanafi ke ?

cuba renung2kan di setiap2 zarah dlm badan, segala yg hidup menghidupkan dan memberi tenaga kehidupan kpd jasad

bertasbih memuji2 tuhan…

tidak kah itu yg di jabarkan dlm kitab yg para lebai2 & taliban bacakan diberi nama Quran

“..ape sj di langit & dibumi dan diantara kedua2 nya, sentiasa bertasbih & memuji2 aku…”

zunnun
zunnun
13 September 2021 2:47 pm

#sideris kini menteri kuda agana…

apekah derus akan perkudakan agama seuring dgn Taliban di Afghan..

zunnun
zunnun
13 September 2021 2:46 pm

yg jelas dari CSA yg pH acukan kpd #sibera, lebai2 pAs akan merasakan bahawa mAt sabu kini akan mengancam kedudukan pAs utk mengantikan slogan

isle-suku politik-suku kapir hadi

ape lagi yg kapir dari ajaran hadi

tolak pAs, kapir
tak pangkah pAs, kapir
tak baiah hadi, kapir
tak tunggang tuak #melayu2isle, kapir

zunnun minta kepAstian, betul ke kesemua ini

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 2:42 pm

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Bila Bg Non ‘lup’ kita faham Budin pnya perasaan
Nak tala PM & PN, mcm² lah Budin punya rekaan
“No Anwar no DAP” itu, dlm membentuk kerajaan
Urusan mentadbir negara, lain lah pulak keadaan
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 2:51 pm
Reply to  Anonymous

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Budin ini macam tk mahir dengan bahasa & nahu
Benda yg semudah itu pun dia buat-buat tak tahu
“Anwar dan DAP” tu dlm kabinet..Umno tak mahu
Tapi utk negara nk pelawa depa berganding bahu
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 3:11 pm
Reply to  Anonymous

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Ada2 sja lah Budin reka utk Umno/PM nk dikutuk
“No Anwar No DAP” itu, dlm kerajaan yg dibentuk
Tapi..peluang mentadbir negara, depa diperuntuk
Sekadar nak bagi bantal buat orng yg mengantuk
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH.

NADIA
NADIA
13 September 2021 7:47 pm
Reply to  Anonymous

Kejora pula buta kayu dalam hubungan sosial
Sebab itu dalam blog ini dia ini sangat crusial
Apa kejadah k`jaan PN Mail Sabri tak berakal
Cuma tau nak bkuasa tapi buat keja tekial kial

NADIA
NADIA
13 September 2021 8:00 pm
Reply to  Anonymous

“No Anwar no DAP” itu, dlm membentuk kerajaan
Urusan mentadbir negara, lain lah pulak keadaan
Inilah contoh perangai dan perlaku SYAIIITAAAN
Umno PAS pnungang ugama Kejora pnya pujaan

Anonymous
Anonymous
13 September 2021 8:41 pm
Reply to  NADIA

KAH KAH KAH

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Bg Nadia ni otak hanya lah setaraf sekor keluang
Kepada pembangkang, kerajaan membuka ruang
Bgi depa saksikan yg kerajaan tk seleweng wang
Lgi pula kesian juga, MP² pmbangkang terawang²
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH.

zunnun
zunnun
13 September 2021 2:38 pm

sebelum #siMoo dimayatkan oleh omNo dari rintisan rakyat jelata bangkit mempersoalkan kegagalan & bibit2 bingai #melayu2isle mengunakan darurat sebagai cara penyelesaian covids & ekonomi semasa….

#silembu Moo cuba mendapatkan pertolongan pH dgn rentas kepartian tapi di tolak oleh pH kerana tawaran sedemikian diberi hanya bila sudah tersepit baru pandang siape kawan

kini mail nera melakukan nya, tapi bikan waktu mail tersepit tapi waktu mail sdg nak menyepit…

lagi pun, mail tidak mengkianati pH jika dibandingkan ape yg dilakukan oleh #silembu Moo + #siAss