Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MB SELANGOR SETUJU TANGGUH NYAHWARTA HUTAN SIMPAN, TAPI MEMADAIKAH TANGGUH SAJA?

Biro Politik KEADILAN malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor dan YB Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor malam ini berhubung isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Biro Politik telah menegaskan bahawa keputusan perlu berpegang kepada beberapa prinsip asas termasuk kepentingan penjagaan alam sekitar; urustadbir proses perolehan serta penilaian yang telus, terbuka dan baik; serta kesan penyahwartaan HSKLU terhadap masyarakat amnya yang perlu diminimakan.

Ini termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor dan badan-badan bukan kerajaan.

Biro Politik berpuas hati setelah mendapat jaminan dari YAB Menteri Besar bahawa beliau akan menangguhkan proses berhubung penyahwartaan HSKLU sehingga Kerajaan Negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu yang telah dibangkitkan.

Mesyuarat malam ini juga telah membangkitkan isu cadangan pembinaan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link). YAB Menteri Besar telah menjelaskan bahawa PJD Link merupakan cadangan semula pihak swasta bagi menggantikan projek yang sebelum ini dikenali sebagai Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX), iaitu sebuah projek Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya terlibat dalam isu-isu berkaitan kelulusan tanah.

YAB Menteri Besar juga telah menjelaskan bahawa pihak PJD Link harus melaksanakan perundingan awam bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkaitan isu-isu teknikal serta kesan-kesan sosial yang mungkin timbul daripada projek ini.

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri belum memberi apa-apa kelulusan berhubung PJD Link, dan pihak PJD Link wajib melalui proses pendengaran awam semula dengan semua pemegang taruh dan harus kembali kepada Kerajaan Negeri untuk proses-proses seterusnya.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

1 September 2021.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

70 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
70
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x