MAHIADDIN LETAK JAWATAN BUKAN SEBAB UMNO TARIK SOKONGAN, TAPI KERANA DIKECEWAKAN DAP

Mahiaddin Md Yasin kini sudah sah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dilakukan tengahari ini selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan surat perletakan jawatannya.

Tetapi, kenapa tiba-tiba saja Mahiaddin mengambil keputusan meletakkan jawatan?

Apakah yang menyebabkannya berbuat demikian?

Adakah ia disebabkan UMNO menarik sokongan terhadapnya yang disertai pula dengan kritikan tanpa henti beberapa pemimpin parti itu seperti Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Khaled Nordin, Najib Razak dan lain-lainnya?

Ataukah ia didorong kerana parti-parti pembangkang menolak tujuh tawaran yang dibuatnya baru-baru ini?

Jika kita perhatikan, MT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN pada 3 Ogos lalu yang kemudian disusuli dengan surat akuan berkenaan beberapa Ahli Parlimennya yang setuju menarik sokongan itu yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Dua menteri UMNO, Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad selepas itu turut menghantar surat perletakan jawatan masing-masing.

Begitu pun, jika kita masih ingat juga, Mahiaddin ketika itu langsung tidak tergugat, malah ketika dimaklumkan oleh Agong berkenaan penarikan sokongan sejumlah Ahli Parlimen UMNO, beliau tanpa ragu-ragu setuju untuk keabsahannya yang dipertikaikan itu diuji melalui undi percaya dalam sidang Parlimen, September depan.

Pada 13 Ogos pula beliau membuat tujuh tawaran kepada blok pembangkang yang antaranya peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen, rundingan belanjawan sebelum dibentangkan, membenarkan undi 18 tahun, tempoh Perdana Menteri hanya dua penggal, undang-undang anti lompat dan lain-lainnya yang ternampak mampu memberi harapan untuknya memenangi undian usul percaya di Parlimen nanti.

Hanya beberapa jam selepas itu, semua parti blok pembangkang, termasuk UMNO dengan tegas menolak tawaran Mahiaddin itu.

Seterusnya pada 14 Ogos, Mahiaddin mengadakan pertemuan mengejut dengan pemimpin-pemimpin PN dan memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan.

Jadi, apakah yang sebenarnya mendorong Mahiaddin tiba-tiba mahu meletak jawatan setelah sebelum itu begitu yakin mampu mempertahankan jawatannya – kerana tawarannya itu ditolak mentah-mentah oleh blok pembangkang atau kerana penarikan sokongan daripada UMNO yang angka terakhir berbuat demikian adalah 15 Ahli Parlimen semuanya?

Daripada maklumat yang diterima daripada mereka yang dekat dengan Bersatu memberitahu, Mahiaddin tidak rasa tergugat dengan penarikan sokongan UMNO terhadapnya, tetapi yang benar-benar mengecewakannya ialah apabila tujuh tawarannya itu ditolak mentah-mentah, khususnya oleh DAP.

Dikatakan sebelum membuat tawaran itu, beberapa rundingan antara pemimpin PN dengan pemimpin DAP telah pun diadakan dan pada asasnya, sejumlah mereka telah setuju untuk menerima tawaran tersebut dan sedia membalasnya dengan menyokong usul undi percaya di Parlimen.

Terdapat laporan media yang menyebut, mereka yang terlibat dalam rundingan itu ialah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi pihak PN dan Tony Pua serta Ong Kian Ming bagi pihak DAP.

Asas ada pemimpin DAP setuju menerima tawaran itu yang bererti mengekalkan lagi Mahiaddin adalah kerana mereka tidak mahu melihat kluster mahkamah dalam UMNO berkuasa semula melalui kemungkinan wujudnya kerjasama dengan PH.

Dengan andaian hampir separuh daripada 42 Ahli Parlimen DAP bersetuju menyokong usul undi percaya, bermakna ia sudah lebih daripada cukup untuk menampung kehilangan majoriti yang disebabkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO itu.

Dengan keyakinan memperolehi sokongan DAP itulah yang menyebabkan Mahiaddin sanggup bertemu Presiden Pas, Hadi Awang di Marang Terengganu untuk memberi penjelasan serta memohon restu daripada pemimpin tersebut.

Tetapi penolakan DAP secara total terhadap tawaran itu dikatakan benar-benar membuatkan Mahiaddin kecewa dan harapannya untuk memiliki majoriti yang cukup dengan sendirinya telah musnah.

Keputusan Mahiaddin meletakkan jawatan kemudiannya adalah disebabkan beliau tidak sedia menghadiri sidang Parlimen September nanti dalam keadaan dirinya pasti tiada lagi sokongan majoriti.

Dalam hal ini, seorang pemimpin Bersatu menyalahkan Mahiaddin sendiri atas kegagalan misi mendapat sokongan daripada DAP itu.

Katanya, silap Mahiaddin ialah kerana tidak berterus-terang dengan menyatakan perkara itu telah dibincangkan dengan DAP terlebih dahulu.

Mahiaddin dikatakan cuba bermain politik dengan melontarkan tawaran itu dan berharap DAP akan segera menyambutnya dengan positif bagi menampakkan beliau seorang yang berjiwa besar dan ingin berdamai tanpa mengambil kira DAP juga ada perkiraan politiknya yang perlu dijaga.

Kata pemimpin Bersatu itu lagi, jika Mahiaddin berterus-terang menyebut tawaran-tawaran itu telah dibincangkan dengan DAP terlebih dahulu, ia pasti membuatkan DAP terperangkap dan tidak mampu berdalih lagi.

Silap Mahiaddin juga, kata pemimpin Bersatu itu lagi ialah kerana perkara itu tidak dibincangkan dengan teliti oleh Perdana Menteri dengan mereka yang arif tentang strategi politik dalam parti, tetapi hanya dengan beberapa kerat yang rapat dengannya saja.

Padahnya hilanglah jawatan Perdana Menteri, tambah pemimpin itu setesrusnya. (ShahbudinHusin 16/08/2021)

3.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 16 August 2021 — 1:10 pm
Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
aku yang memerhati
aku yang memerhati
16 August 2021 10:17 pm

dia dah letak jawatan pun masih tak puas hati lagi ka tuan admin…nak suruh dia buat apa lagi? sudah2 lah tu…sentiasa tak puas hati punya orang.

Wau bule
Wau bule
16 August 2021 8:09 pm

Currently PH maintains Anwar as the coalition’s candidate but Anwar just does not have the numbers! This is a bare fact and the truth but Anwar does not believe in reality. As usual he continues to be Boy Who Cried Wolf. DAP appears to suggest that Anwar works with Shafiee but Anwar boys said Shafiee is a state not national player. Without Shafie in Anwar’s equation, the latter is still short of majority. Now Mat Sabu is appealing to all MPs who once won on PH’s ticket to return to their fold to ensure Anwar could win PM seat. It… Read more »

khatijah.nuno
khatijah.nuno
17 August 2021 3:47 am
Reply to  Wau bule

YOu and your comments can go to hell ! Hallo sedar lah parti pujaan kau PN, Pas , Umno dah masok laut … lagi nak sembang rancak..poddaahhh kelante sial

Selumbar
Selumbar
16 August 2021 7:57 pm

Pertanyaan demi pertanyaan tanda provokasi dari pencacai penjilat dan pengkhianat pada pihak awam…. apa akan jadi jika perdana menteri meletakkan jawatan yang membawa maksud tanpa Mahiaddin negara akan kiamat. Namun pertanyaan seumpama itu dijawab oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata, “perkhidmatan awam akan terus menjalankan khidmat kepada rakyat. Petugas barisan depan,kekal komited dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas” Penjawat awam di Malaysia berfikiran matang…. mereka mendukung konsep neutrality dan government of the day berdasarkan rule of law. Makna nya kehidupan rakyat seharian tidak terganggu walau pun kerajaan sekarang ini kerajaan tanpa Perikatan Nasional… Dalam tinjaun rawak, pemerhati melihat ramai rakyat mengucap syukur… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 August 2021 9:42 pm
Reply to  Selumbar

Jom,dah boleh relek

sementara menunggu TUN M angkat sumpah PM9 dan mencatat sejarah PM sebanyak 3 kali

Sejarah unik !!!tercatat dengan tinta emas dunia

TQ…JOM RELEX DULU

khatijah.nuno
khatijah.nuno
17 August 2021 3:49 am
Reply to  Selumbar

Komen yg mantap, fakta dan berisi.

Wau bule
Wau bule
16 August 2021 7:12 pm

MY whiined…….

After resignation, Muhyiddin insists he wouldn’t be accomplice to kleptocrats.

Muhyiddin says failed to save Perikatan govt due to those who are power-hungry

So, TDM was right. He advised MY but the latter refused to heed….

Rasakah ketulahan…..no?

zunnun
zunnun
16 August 2021 5:10 pm

kini omNO telah mencadangkan 2 nama, Ku Li & mAt hasaan utk menjawat Perdana Menteri….

tapi, kluster 23 mP2 omNo dlm pN tidak setuju selain ismail sabri..

khatijah.nuno
khatijah.nuno
17 August 2021 3:51 am
Reply to  zunnun

Huhu biar mereka sesama mereka bercakaran dan berebut tulang babi. Dasar dubuk..semua nak dipelahap

zunnun
zunnun
16 August 2021 5:03 pm

mahiadin dlm perutusan sempena perletakan jawatan perdana menteri nya berkata…

“saya telah melakukan yg terbaik utk menyelesaikan penyularan covids & ekonomi…”

..zunnun bertanya, terbaik ape yg kao telah lakuakan, hingga meminta di adakan darurat, tapi penyularan bertambah sana sini…

kao gunakan angka covids, utk memanjangkan kuasa, dan kealpaan ini yg membuat penularan covids betul2 menjadi suatu “run-away-train”…

bingai cibai dan serba sial yg kao lakukan dgn penuntukan belanjawaan stimulus RM 250 Bilion pd bula March 2020 dan Budget Oct 2020, RM 320 Billion selain tambahan2 yg kao dan kerajaan bingai kao ambil tapi tidak di bahas dlm parlimen…

zunnun
zunnun
16 August 2021 4:53 pm

mahiadin dlm perutusan sempena perletakan jawatan nya berkata…

“bahawa saya telah melakukan yg terbaik utk tidak mencampuri perihal mahkamah dlm utk membebaskan klepetokrat …”

… zunnun ingin bertanya, yg kao “bebaskan” musa aman hanya utk mengambil kerajaan dari shafie, ape kah itu bukan mencampuri hal2 mahkamah…?

khatijah.nuno
khatijah.nuno
17 August 2021 3:56 am
Reply to  zunnun

Bukan si Aman Musang sajaa, malah AbahCirit campuri kes Ku Nan, bekas MB Perlis bibir sumbing tu-Shahidah Kassim, Si azeez Baling Tabong Haji pun bebas, bayar denda aje! Baru ni kes Najib, dapat balik duit umno 114 juta foreign currency cash dipulangkan pd Najib. Agong signed the appeal case to released money seized by pdrm and prosecution team back to Najib. aduhai…

zunnun
zunnun
16 August 2021 2:17 pm

dlm desperado #melayu2isle diam2 menghulurkan 7 cadangan “reforms” agar pembangkang dapat di pancing….

lalu tony & kia meng ‘menyambut nya dgn minat’….

lalu satu perbincangan di susuli, dan angka 20 Mp2 dAp akan menyokong pN telah meredakan kegawatan utk menghadapi undi percaya di dewan…

lebai2 yg serba cacat agama, bingai dlm pengurusan dan cibai dlm ketrampilan diri, kesukaan dapat meneruskan kerajaan serba bingai, sial & cibai mereka….

tapi, tidak di sedari, babi2 berserban berjubah di perangkap oleh pH…

slogan no dAp & no anwar, akhir nya memakan diri semdiri..

amat kesian no

Last edited 2 years ago by zunnun
khatijah.nuno
khatijah.nuno
17 August 2021 3:58 am
Reply to  zunnun

Good one. Maka terpalit la ludahkahak lenjan, dan tahik kencing balik setepek ke muka Hadi dan Lebai2 Pas. Ularmak dan Lebai2 tak bermaruah !