Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

INSAFLAH, NASIHAT ZAHID HAMIDI KEPADA MP UMNO YANG SOKONG MAHIADDIN

Kepada Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong kerajaan PN pimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPPBM), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin.

Nasihat saya insafilah kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat yang bermaksud wakil kepada rakyat. Bukan wakil kepada mereka yang gagal menjaga rakyat.

Ingatilah juga kewajipan kita sebagai wakil rakyat dari UMNO iaitu sentiasa memihak kepada rakyat, mengutamakan rakyat dan mementingkan rakyat.

Bukan memihak kepada mereka yang mahu mengekalkan penguasaan ke atas rakyat dan negara walau jelas telah gagal, membelakangi keluhuran Perlembagaan serta Institusi Diraja.

Saya percaya kini adalah masanya untuk kita membuktikan kepada rakyat bahawa kita sebagai wakil rakyat dari UMNO sanggup berpayah demi berdiri bersama rakyat.

Bukan berdiri bersama kegagalan yang menyaksikan lebih 10,000 rakyat telah kehilangan nyawa dan lebih 19,000 kes jangkitan wabak dilaporkan saban hari.

Sehingga menyebabkan Malaysia dianggap antara negara yang gagal membendung penularan pandemik dalam dunia.

Fahamilah juga pesanan Timbalan Presiden UMNO hubungan di antara Ahli MKT UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen UMNO mestilah diharmonikan demi kepentingan parti dan negara.

Sebagai Ahli Parlimen UMNO kita sewajarnya lebih terkesan dengan kegagalan itu kerana rakyat yang menderita termasuk ahli-ahli UMNO sendiri.

Juga pengundi-pengundi UMNO di kawasan kita. Kita tahu begitu ramai rakyat termasuk ahli dan pengundi UMNO tidak mampu bekerja, menjadi miskin dan muflis.

Maka sudah tiba masa kita sebagai Ahli Parlimen UMNO menunjukkan dan membuktikan kepada rakyat bahawa kita berjuang untuk mereka.

Membuktikan perkara itu adalah mudah iaitu meninggalkan kerajaan PN yang gagal dan kembali kepada landasan perjuangan UMNO yang sebenar.

Saya mendoakan semua yang berkenaan melepasi ujian jawatan, kedudukan dan pesona yang sedang mereka lalui ketika ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

84 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
84
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x