SELAIN PERTINGKAT SUNTIKAN VAKSIN, PH ULANGI TUNTUTAN PERLUNYA SUNTIKAN FISKAL RM45 BILION UNTUK RAKYAT

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum respon rakyat termasuk pakar pelbagai bidang terhadap pengumuman Kerajaan bahawa beberapa kelonggaran akan diberi kepada mereka yang telah menerima dua dos vaksin di negeri-negeri mengikut fasa tertentu Pelan Pemulihan Negara.

Kelonggaran ini adalah pengakuan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang membunuh lebih 11,162 rakyat Malaysia dengan 1.3 juta jangkitan sehingga 10 Ogos 2021.

Walaupun ramai yang mungkin berasa lega adanya kelonggaran-kelonggaran ini, namun peringatan dari pakar kesihatan awam berkenaan sistem kesihatan awam di negeri-negeri tersebut wajib dipandang serius.

Ini termasuklah menambah peruntukan bagi rawatan COVID-19 khususnya meningkatkan jumlah katil ICU, pemekat oksigen (oxygen concentrator), menjalankan saringan ujian secara awam mengikut syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu “Find, Test, Trace, Isolate and Support plus vaccination” (FTTIS+V) serta lain-lain keperluan di negeri-negeri Fasa 2 sebagai langkah bersiap sedia sekiranya berlaku gelombang COVID-19 yang baharu.

Majlis Presiden juga menekankan bahawa jumlah vaksin dos pertama di negeri-negeri wajib dipertingkat segera sebelum Hari Merdeka pada 31 Ogos, terutama di Sabah yang merupakan negeri-negeri berisiko tinggi dalam jangkitan dan mempunyai peratus jumlah dos pertama paling rendah dalam negara.

Memandangkan penerima dua dos vaksin masih berisiko menjadi pembawa virus COVID-19, tidak boleh diketepikan kemungkinan gelombang baharu di negeri-negeri Fasa 2.

Memandangkan virus COVID-19 boleh tersebar sebagai titisan (droplet) atau aerosol, kami berpandangan SOP pengudaraan tempat-tempat kerja termasuk hotel dan restoran mesti dikemaskini dan dikuatkuasa dengan lebih tegas.

Insentif seperti geran, subsidi upah, utiliti dan sewa serta rebat cukai perlu diberi kepada syarikat-syarikat tersebut untuk menambah baik atau memperoleh peralatan seperti penapis udara berefisiensi tinggi (HEPA filter).

Kerajaan juga harus membantu premis-premis termasuk hotel, inap desa (homestay), dan restoran yang akan menerima pelanggan yang sudah menerima dua dos vaksin juga perlu memastikan kesemua pekerja mereka telah menerima sekurang-kurangnya vaksin dos pertama.

Pakatan Harapan mengulangi pendirian bahawa Kerajaan perlu memberi suntikan fiskal tambahan secara langsung yang lebih besar, iaitu sekurang-kurangnya RM45 bilion untuk pekerja, perniagaan dan kesihatan demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, serta membantu pemulihan sektor-sektor yang telah sangat terkesan akibat PKP atau ‘total lockdown’ sejak 1 Jun 2021.

Tanpa suntikan tambahan RM45 bilion ini, jemputan untuk hanya seorang wakil Pakatan Harapan ke dalam Majlis Pemulihan Negara adalah tidak bermakna dan ditolak kerana ia bagai “melepaskan batuk di tangga” (“window-dressing”) untuk mengesahkan dasar ekonomi dan pandemik COVID-19 oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang telah gagal.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 11 August 2021 — 8:49 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
12 August 2021 11:07 am

Source: Agong told PM to bring forward Dewan Rakyat sitting]
comment image=s200

Agong has executive powers?

Mengarut.

zunnun
zunnun
12 August 2021 2:05 am

….religion is ‘nothingness’ abt be A Being, its everything abt Manifesting An Unbeing… then again, upon be A Being, knowing & understanding, at any point of time, is abt trying to be in tandem… setiap langkah, setiap nafas sentiada dlm Ilmu Nya….. Al-la-h = the-nothingnes-of one’s breathen…. eveythingness of A Being = An Unbeing your name, is God’s Name, your breath, is the breath of God, your acquired intellect, is God Intelligence….. Tuhan Yg Maha Esa next time around, should anyone in utter state of dismay, call one’s name…. call for it, with ‘softness’ God is no other, than your… Read more »

Last edited 2 years ago by zunnun
zunnun
zunnun
12 August 2021 1:36 am

there is this saying among medical scienve… when the body begins to shut down, after facing systemic failures, the best course of action is, to let go…. try not to resist….. then there is another saying among gnostics, .. let go, follow the breathing, and between ‘Tanafas’ locked within the Penal Gland, and ‘Nufus’, Rhythmic Cyclic of One’s Heart, lies A Communique Protocal, and sobetween them, opens The Secret of Life, The Life of A Divinity, we called God…. this analogy best served mahiadin, kerajaan bingai nya perlu dilepaskan, lepaskan, lepaskan, jgn lagi melawan, meronta2 …. kerana dgn melakukan sedemikian,… Read more »

zunnun
zunnun
12 August 2021 1:14 am

dgn perkhabaran di mana 18 hb Ogos dan bukan 5 hb Sept, Parlimen akan mengadakan persidangan khas, dari tarikh 6hb Sept yg di rancang oleh kerajaan mahiadin…. ape kah, akan ada perkara yg luar jangkaan, yg mana mahiadin akan bubarkan parlimen sebelum tarikh utk mengadakan persidangan khas…. perlu di ingat, jika parlimen di bubarkan, maka dgn sendiri nya, semua MP hilang status MP mereka… dan YDPA akan mengambil kuasa, samada membentuk kerajaan “Interim/Caretaker” yg sesuai utk memerintah hingga masa yg sesuai melakukan pilihan raya umum, termasuk prn sarawak….. di sini, wau bule merasakan, idola atuk saka tua nya yg paling… Read more »

zunnun
zunnun
12 August 2021 1:00 am

di mana negara akan mencari satu suntikan modal sebanyak RM 45. BB… dari simpanan $110 BB yg berkemungkinan telah di tarah oleh kerajaan mahiadin.. dari pegangan GLC/Instituisi Dana Pelaburan Negara dari bentuk fiscal, pendapatan cukai seiring dgn pembukaan ekonomi dari Dana Pelaburan Asing, berbentuk IP/IP, DTC, GPI mau pun MT 103… ini perlu di beri keutamaan oleh Perbendaharaan Negara, dan perlu terbuka utk memberi peluang kpd idea2 yg luar kitak pemikiran biasa…. kerana, memulakan sesuatu pertumbuhan, ‘to engine growth’ seperti memberi ‘torque’ berbentuk ransangan, dan membiarkan ‘market force’ utk meneruskan ‘growth’….. pihat Regulatir perlu bersifat inovatif dlm mengembangkan ekonomi.. kecairan… Read more »

zunnun
zunnun
12 August 2021 12:09 am

fiscal injection & vaccination current net reserve $110 BB Money Credit Supply #540 BB YoY 21 bacvine injection against Delta Variant = 0 no booster is given yet, and Ivermectin seemed the best long term antidote to prevention now that, Government allows Ivermectin into the country, after 3 months incubation test period, and pursuing 2 Doses Vaccination to achieve 70% Herd Immunity…. the country is going in the right direction to declare Covuds as Endemic rather as Pandemic… with 2 Doses of Vaccination give some level of immunity allowing some degrees of freedom & movement.. this will have an impact… Read more »