Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TIADA JUSTIFIKASI, MAHIADDIN HANYA BAZIR WANG NEGARA LANTIK PEJA PENASIHAT KHASNYA – ZAHID HAMIDI

Rakyat tertanya-tanya apakah justifikasi Perdana Menteri melantik Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai Penasihat Khas beliau yang bertaraf Menteri?

Dalam keadaan rakyat sedang sengsara lagi menderita manakala ekonomi merundum, beliau beri jawatan Menteri kepada Timbalan Presiden parti politiknya pula.

Bukan sedikit wang negara perlu digunakan untuk membayarnya.

Lebih menghairankan pelantikan Penasihat Khas bertaraf Menteri itu tidak diumumkan di Facebook Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti kebiasaan.

Hanya diedarkan kenyataan media empat perenggan kepada pihak media.

Apakah muslihatnya?

Satu-satunya alasan pelantikan itu adalah bekas Menteri Besar Perak itu diperlukan untuk menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio ekonomi.

Ini satu lagi alasan retorik Pejabat Perdana Menteri sedangkan rakyat tahu kesemua fungsi yang disebut itu telah ada dalam portfolio Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada.

Ironi Perdana Menteri telah mempunyai berpuluh Menteri, Timbalan Menteri dan begitu ramai lantikan politik lain untuk menasihati beliau.

Adakah ini bermaksud Perdana Menteri tidak lagi mempercayai Menteri dan Timbalan Menteri malah Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantiknya?

Walau apa pun dalam keadaan sekarang hentikanlah membazir wang negara.

Gunakanlah wang yang ada sebaik-baiknya untuk membantu rakyat.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

131 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
131
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x