LETAK JAWATAN SEBAIK-BAIK PILIHAN BUAT MAHIADDIN, USAH CUBA LAGI MENDATANGKAN MASALAH KEPADA AGONG

Dari segi perlembagaan dan prinsip moral, kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini.

Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO, dipercayai seramai 14 orang jumlahnya, pada peringkat awal ini sudah menandatangani surat akuan menarik sokongan terhadap kerajaan dan senarainya telah pun disembah maklum kepada Yang Dipertuan Agong, hakikatnya tiada apa lagi yang dapat mempertahankan jatuhnya Mahiaddin.

Dipercayai juga, beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyusul dengan perakuan yang sama dan nama-nama tersebut akan turut dipersembahkan kepada Istana Negara kemudiannya.

Bersama perletakan jawatan Shamsul Anuar Nasarah sebagai menteri kabinet petang semalam, bermakna ketiadaan sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin sekarang ini semakin terang lagi nyata.

Sekaligus, kejatuhannya semakin sukar untuk dielakkan, waima jika ada tongkat sakti atau bomoh hebat sekali pun datang ingin membantunya.

Hanya yang tersangkut sekarang ialah soal teknikal undang-undang saja.

Tetapi, apa guna berselindung di sebalik tafsiran undang-undang kalau moral sudah tiada?

Dengan demikian, Mahiaddin seharusnya tidak melengah-lengahkan lagi keperluannya untuk berundur secara terhormat.

Tidak perlu lagi beliau cuba bertahan dengan terus melanggar SOP memanggil menteri-menteri dan Peguam Negara datang ke rumahnya untuk berbincang bagi mempertahankan kerusinya yang sudah rapuh itu.

Sedar dan insaflah, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang pernah menonjolkan imej pandai membaca doa dan berjubah, disertai dengan kedudukannya sebagai anak ulama terkenal di Muar, Mahiaddin sebenarnya tidak perlu mencipta lebih banyak alasan untuk tidak melepaskan jawatannya.

Kebetulan hari ini, Rabu di mana ada mesyuarat kabinet dan beliau sepatutnya menghadap Agong sebelum mesyuarat berkenaan diadakan, adalah terpuji kiranya turut dibawa bersama surat perletakan jawatannya ketika menghadap nanti.

Tentulah lebih buruk dan terkutuk jika sampai dinasihatkan oleh Agong agar beliau perlu meletakkan jawatan berikutan ketidaan lagi majoriti yang dimilikinya, beliau nantinya masih lagi cuba berhujah mempertahankan kedudukannya.

Cukup-cukuplah dengan derhaka yang sedia ada dan janganlah ditambah lagi siri penderhakaan kepada Agong yang ia pasti membuatkan rakyat tambah meluat dan benci kepadanya.

Lagi pun, begitulah hukum kehidupan di mana jika kita pernah menjatuhkan orang, biasanya balasan Tuhan dalam bentuk yang sama juga akhirnya akan menimpa kita.

Sebagaimana Mahiaddin pernah menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton kira-kira 17 bulan sebelum ini, hakikatnya penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan PN ini adalah balasan yang harus diterimanya dengan penuh redha.

Sebaik-baiknya peristiwa ini menjadikan Mahiddin dan sesiapa juga insaf bahawa jangan sesekali bersikap khianat dalam mengejar kerakusan nafsu dunia dalam kehidupan ini.

Juga jangan sesekali derhaka kepada Raja dalam memenuhi kebuasan nafsu ingin kekal berkuasa.

Sampai masa harus berhenti, berlapang dadalah menerimanya.

Berikutan Zahid Hamidi telah pun mempersembahkan nama-nama Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap PN kepada Agong, jika disertai dengan kesediaan Mahiadin berundur, ia pasti akan lebih memudahkan baginda menentukan pilihan yang sewajarnya bagi menamatkan kemelut ini.

Mahiaddin, dengan pelbagai kekalutan dan caca marba yang dicetuskannya selama ini, kini bertanggungjawab penuh untuk tidak memandangkan lagi kemelut yang ada dalam negara ini.

Demi negara dan demi rakyat yang sedang sengsara, berundur dan meletak jawatan adalah sebaik-baik pilihan baginya.

Jika Mahiaddin terus degil enggan berundur dengan berdalih melalui pelbagai tafsiran undang-undang oleh Peguam Negara yang sebenarnya lebih dihantui ketakutan hilang jawatan kiranya Perdana Menteri bertukar tangan, beliau pasti akhirnya akan menerima kutukan dan penghinaan yang berpanjangan dalam hidupnya selepas ini.

Itukah yang mahu dicarinya dalam hidup ini? (ShahbudinHusin 04/08/2021)

5 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 4 August 2021 — 8:21 am
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zarilan
zarilan
4 August 2021 12:12 pm

pasai apa dia nak letak jawatan? ce habaq mai? dia ada sokongan 123 mp! hang faham tak, majoriti tu! hang mungkin matematik fail kot masa spm?

Wau bule
Wau bule
4 August 2021 10:05 am

Those who volunteer to reset the country is thinking about national service

Power and position they do not seek as the country needs to get out from the pandemic and uncertainties

Any distrust and jealousy must be cast aside if we have rakyat’s lives and welfare as prority

This is apolitical, not political infighting, and the benefits will go to the rakyat and the country

Politic is no.2…..period

zunnun
zunnun
4 August 2021 9:46 am

then again putting the counyry in the hand of an Old Man with unstable political
agenda & many previoys misadventures is fatal to the country

Anonymous
Anonymous
4 August 2021 10:02 am
Reply to  zunnun

Bro zunnun, mano poyi auntie? Tak do nampak layi kolibat si botino tuo tu mari momokak kek sini? Agaknyo diyo kek dopan coghomin bosar yang baru dibolinyo tu, bosolek mekap…

Kik ki kik..

Anonymous
Anonymous
4 August 2021 10:52 am
Reply to  Anonymous

Budak kecik.

Wau bule
Wau bule
4 August 2021 9:31 am

The king now has the great opportunity to put the country back on keel.

The way to get out and move forward is not and never a political solution

Put aside consitutional provisions in the interim as we cannot wait till September as PM suggested.

Procrastinating interim solutions will trigger more deaths and further compound uncertainties.

Give TDM, Rafidah and Dr Musa and the gang the opportunity to reset the ravaged country

May Allah gives us back this beloved country with peace and harmony…..

Aamiin

Tawil Godang
Tawil Godang
4 August 2021 9:22 am

Daulat Tuanku.

Sejarah Melayu ada mengisahkan nangka yang milik Raja di makan oleh isteri se orang Pahlawan. Lalu isteri itu yang mengandung si hukum dengan kejap.

Ini kan pulak mereka yang sengaja dan benar-benar derhaka… Daulat Tuanku.

Pemimpin yang derhaka bukan sahaja hilang kuasa dan pangkat … tetapi akan terkena Daulat jika terus berdegil.

Wallahuaklam

zunnun
zunnun
4 August 2021 8:16 am

ape akan terjadi kpd bingai2 yg mengunakan ‘apparatus’ kerajaan utk menekan pembangkang ketika mahiadin berkuasa…

perlu ada siasatan menyeluruh bingai2 yg menyalah guna kuasa mereka…

Anonymous
Anonymous
4 August 2021 10:57 am
Reply to  zunnun

Bodoh bangang tak tahu bahawa memang fungsi Pegawai Kerajaan menekan pembangkang dalam kerja2 nya mempromosikan dasar2 Kerajaan.

zunnun
zunnun
4 August 2021 8:07 am

ini bukan setakat mahiadin letak jawatan sj, kerana dgn meletakan jawatan, semua menteri2 serba bingai nya akan hilang kuasa selain di siasat jika ada melakukan penyalahan kuasa