MAHIADDIN ADALAH BALA SEBENAR BAGI MALAYSIA

Ketika Najib Razak jadi Perdana Menteri, ramai di antara kita ketika itu berasa malu menjadi warganegara Malaysia.

Skandal 1MDB dan pelbagai karenah Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang terpapar dalam hampir semua media adalah antara dua isu yang menyumbang kepada perkara itu.

Ke mana-mana saja kita pergi, isu berkaitan 1MDB dan Rosmah tidak pernah lekang menjadi pokok perbualan serta perbincangan yang tidak berkesudahan di kalangan orang ramai.

Setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan pasti ada saja isu-isu baru yang timbul berkaitan 1MDB dan Rosmah yang bukan saja disiarkan di media nasional, bahkan menjangkau ke peringkat internasional.

Skandal 1MDB dan Rosmah boleh dikata mencetus nama yang buruk bagi negara sehingga ada di antara mereka yang ke luar negara tidak mahu mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mereka sebaliknya lebih selesa mengaku datang daripada Brunei atau Singapura.

Namun demikian, itulah yang kemudiannya mendorong rakyat berazam kuat untuk menjatuhkan BN dan menamatkan era pentadbiran Najib.

Alhamdulillah, berkat penyatuan rakyat, BN akhirnya berjaya ditumbangkan pada PRU 2018.

Walaupun PH yang menjadi kerajaan selepas itu tidak lama tempohnya iaitu hanya selama 22 bulan dan banyak masalah yang timbul sepanjang tempoh tersebut lebih disebabkan ketidakjujuran Tun Mahathir Mohamad yang mempunyai agenda peribadi terlalu tinggi, selain tidak berpegang pada janji, tetapi kejayaan mengakhiri penguasaan BN tetap suatu sejarah manis yang banyak baiknya untuk rakyat serta negara.

Jika BN tidak ditumbangkan dan Najib masih Perdana Menteri lagi, kita mungkin sukar membayangkan bagaimana tambah bergayanya Jho Low dan Rosmah sehingga ke hari ini.

Itu belum termasuk lagi puluhan pegawai-pegawai Najib yang kerana kalahnya BN itu, maka bekas Perdana Menteri itu sendiri pada hari ini kenal siapa di antara mereka yang benar-benar setia serta mengenang budi dan siapa yang hanya menempek untuk mencari kekayaan semata-mata, lalu sanggup menikamnya semula.

Apabila kuasa PH berakhir yang kemudian digantikan oleh PN melalui pengkhianatan dan pintu belakang, Mahiaddin Md Yasin akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Selama 15 bulan PN berkuasa sehingga ini, meskipun Mahiaddin tidak terlibat dengan skandal mega seperti 1MDB misalnya dan isteri beliau juga tidak seperti Rosmah, tetapi pemerintahannya terlalu banyak kecerlaruan dan caca marba sehingga membuatkan rakyat meluat serta menyampah dengannya.

Tidak cukup dengan sentiasa berselindung di sebalik Covid19 untuk mengekalkan kuasanya, yang terbaru pula sanggup menangguhkan Parlimen pada Isnin depan pun melalui alasan yang sama.

Sudahlah tiada keabsahan dan mendatangkan banyak kesusahan, Mahiaddin juga terlihat sanggup derhaka beberapa kali terhadap titah Yang Dipertuan Agong dek kerana bimbang kuasa dalam genggamannya terlepas daripada tangan.

Bagi rakyat, tindakan derhaka berkali-kali sehingga Agong berasa amat dukacita lantaran diketepikan dalam keputusan kerajaan membatalkan darurat, seterusnya disertai warkah peribadi baginda untuk menjawab kenyataan media PMO, semua itu adalah gambaran kerajaan yang tidak layak untuk mentadbir negara.

Kerajaan tidak seharusnya berbalah dengan Agong selaku Ketua Negara, bahkan sehingga baginda menggunakan ganti nama Beta dalam warkah peribadinya menjawab kenyataan media PMO, ia ialah langkah yang menunjukkan Agong ingin memberitahu Perdana Menteri bahawa baginda adalah Raja dan Ketua Negara bagi Malaysia.

Berbalah dengan istana sehingga menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan, disertai dengan tindakan menafikan peranan Parlimen melalui darurat dan kemudian menangguhkan sidang Isnin depan lantaran bimbang asakan blok pembangkang, Mahiaddin sebenarnya telah mempertaruhkan nasib rakyat demi kepentingan peribadi dan jawatan semata-mata.

Sepatutnya, dalam amalan demokrasi, beliau harus sentiasa terbuka dan berlapang dada untuk diuji keabsahan dan sokongan yang dimilikinya di mana kalau lulus ujian, kekallah menjadi Perdana Menteri dan jika gagal, harusnya sedia untuk berundur.

Demokrasi bukan laluan untuk Perdana Menteri berdalih kerana takut dan bacul berdepan realiti dijatuhkan.

Lantaran sudah berkali-kali berdalih dan dan mengelak untuk kedudukannya diuji, tahap meluat dan menyampah rakyat kini sedang memuncak terhadapnya.

Kalau dengan mengelak dan berdalih itu kerana beliau seorang Perdana Menteri yang hebat, mampu membuatkan rakyat gembira dan negara sentiasa sejahtera, tidak mengapalah juga.

Ini tidak, sementara bermati-matian mempertahankan jawatannya itu, rakyat sebaliknya makin sengsara dengan kes bunuh diri dan kematian terus mencatat angka yang tinggi setiap hari.

Lalu, di mana logiknya Mahiaddin mahu terus bertahan lagi?

Di dalam negara, kelakuan Mahiaddin sekarang ini tidak kurang membuatkan rakyat mula rasa malu dan meluat dengan perangainya.

Kalau di era Najib, ramai yang malu mengaku sebagai warganegara Malaysia berikutan isu dalam negara telah membusuk hingga ke merata dunia, di era Mahiaddin pula lebih ramai yang mahu berpindah ke luar negara.

Ramai yang kini malu berperdana-menterikan Mahiaddin yang langsung tiada perasaan malu untuk terus kekal berkuasa, walau tiada keabsahan, mengguna pelbagai helah untuk menutup Parlimen, menjadikan Covid19 sebagai alasan dan sehingga sanggup derhaka kepada Raja.

Celaru dan huru-haranya negara ini tidak lain adalah disebabkan ketidakmampuan dan kegagalannya, ditambah-buruk lagi kerana beliau punya muka tak malu yang enggan menyedari bahawa dianya adalah seburuk-buruk Perdana Menteri berbanding semua pendahulunya.

Negara di bawah kepimpinannya sedang bergerak ke belakang dengan langsung tiada kemajuan dan rekod baik sejak 15 bulan lalu.

Berbanding Covid19, bala sebenar bagi kita sebenarnya ialah Mahiaddin itu sendiri. (ShahbudinHusin 01/08/2021)

4.3 7 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 1 August 2021 — 3:00 pm
Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
2 August 2021 7:58 am

BELUM KELUAR LAGI BERUK TUA WAK GONTOL KEJORA KOJOLLA.

NAK BERTIKAM LIDAH DENGAN NYA.

Anonymous
Anonymous
2 August 2021 7:51 am

sanggup menikamnya semula.”

Najib layak di tikam – semula atau kali pertama.

Tak guna punya manusia, merosakkan nama bapak dia Tun Razak, memalukan kaum Melayu, meng songlap RM4.5 biliun wang rakyat di 1MDB.

Pigi jahnam lah Najib, takda guna nya langsung di negara ini.

Siapa yang nak tikam dia berkali kali pun, lantak lah.

Anonymous
Anonymous
2 August 2021 7:41 am

DAP DIRTY OLD MAN ZUNNUN THE LANUN PANGKAT NAIK KE PUKIMAK BILA MENCARUT ATAU MENGARUT.

HAMPIR SEMUA KOMEN DI SINI MALAM TADI DIA SAJA YANG TULIS. TAK DI RESPON – DI BOIKOT NAMPAK NYA.

MENGATA “asyik menunggang beer #melayu2isle selain menunggang agama & perlembagaan” TANPA BUKTI, FATA ATAU PENERANGAN PUN, MAKA PUKIMAK LAH DIA.

Anonymous
Anonymous
2 August 2021 7:55 am
Reply to  Anonymous

KOMEN DI SINI PETANG SEMALAM

Anonymous
Anonymous
2 August 2021 7:56 am
Reply to  Anonymous

DAN MALAM PUKUL 8:30 pm

zunnun
zunnun
1 August 2021 8:30 pm

ape yg buat golongan yg asyik menunggang beer #melayu2isle selain menunggang agama & perlembagaan merasakan takut saat parlimen perlu bersidang hingga bermacam cara mereka cuba mencari helah utk mengagalkan persidangan…

yg amat jelas, dlm meteka mengaku ada sokongan 114 MP2, mereka dlm ketakutan utk memastikan dan menujukan nya di parlimen…

ape kah pengertian dari persembahan ini

ape kah golongan ini sama bersandiwara ketika menyampaikan. persembahan kpd Tuhan juga

Last edited 1 month ago by zunnun
zunnun
zunnun
1 August 2021 5:42 pm

berkata si atuk saka aka #sinyanyuktua97….

tidak bijak menbiarkan yg gagal utk membaiki kegagalan…

zunnun ingun bertanya, ketika menerajui pH terdahulu, yg teramat gagal dgn membawa pemimpin2 omNo ke dlm bersatu hingga membawa mudarat kpd pemimpin2 pH yg ada selain asyik merancang dgn hadi membelakangi pemimpin2 pH ngape….?

Last edited 1 month ago by zunnun
zunnun
zunnun
1 August 2021 5:08 pm

negara akan kembali pulih tapi dgn membiarkan hadi awang dgn lebai2 yg dlm kemabukan menunggang beer chap #_melayu2isle hadi, maka ramai yg mengikuti jejak sedemikian

contoh yg amat nyata, dgn sombong dan biadAp, lebai taki, dlm kemabukan setelah tegar menunggang beer chap #melayu2isle bangkit utk melakukan perbohongan yg bercangah dgn nilai moral prinsip moral & perundangan perlembagaan ….

maka, bilamana kerajaan bingai ini dinyahkan, perlu ada usaha utk nyahkan golongan yg asyik kemabukan menunggang beer chap #melayu2isle
.

zunnun
zunnun
1 August 2021 5:00 pm

ape kah jenis Bala yg di bawa oleh hadiawang hingga negara di kancah kehinaan di mata pemimpin2 asing …. kerana membiarkan hadiawang sewewang2 nya memabukan rakyat dgn beer jenamaan #melayu2isle nya yg bertemakan #isle memerintah bukan diperintah…. amat bahaya, tapi termakan oleh #sinyanyuktua97 & mahiadin serta sebilangan pemimpin2 #melayu2omNo beer jenama #melayu2isle tak ubah beer yg dimasak oleh baghdadi kesinambungan dari pemikiran2 yg di pelopori oleh kuam kawarij’s Muljam covids & permasaalahan ekonomi blh ditangani tapi bila pemimpin dlm keadaan mabuk menunggang fahaman #isle sambil dihidangkan dgn beer chap #melayu2isle, maka segala bentuk bingai, dan kemabukan sudah menjadi tegar kpd… Read more »

Last edited 1 month ago by zunnun
zunnun
zunnun
1 August 2021 4:25 pm

negara di timpa bala sejak hadi awang mula mengawah recipe masakan seketul daging babi hingga ramai yg tergolek2 mati di memali lalu hadi awang mengawah beer yg kemudian nya di beri nama #melayu2isle utk menarah duit najib/rosmah, tapi najib/rosmah bijak, memberi hadi dgn berhemah dlm masa yg sama sentiasa memastikan hadi khadam kpd keperluan mereka …. hadi merasakan beer penjenamaan nya tidak berkesan kpd najib/rosmah memandangkan rosmah di kelilingi oleh bomoh2 yg hebat melebihi nya… maka hadi mengalih perhatian kpd atuk saka aka #sinyanyuktua97, dan di sini berjaya memikat nya dan mendekati mahiadin dan assmin bersama… bala yg di hadapi… Read more »

MAHATHIRVSANWARp IP
MAHATHIRVSANWARp IP
1 August 2021 4:12 pm

RAKYAT MELUAT DENGAN TOK MUDIM TAPI BENCI DENGAN ALBONTO…… Polis Terima Laporan Himpunan Baju Hitam Berjuang Demi Anwar………. (Agenda Daily) – Lebih 20 laporan polis diterima seluruh negara berhubung himpunan haram baju hitam yang berjuang untuk mengangkat bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka. Laporan dibuat oleh orang ramai yang membantah tindakan penganjur mengadakan perhimpunan itu di ibu negara semalam. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan seramai 29 individu yang terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu sudah dikenal pasti. Jelasnya kesemua individu itu akan dipanggil untuk memberi keterangan. “Setakat… Read more »

anonymous
anonymous
1 August 2021 3:30 pm

Bala sebenar adalah aTok. Mahiadin boneka dia je.