MENGELIRUKAN PEMBATALAN DARURAT, MAHIADDIN MESTI LETAK JAWATAN

Beberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat pada hari ini Isnin 26 Julai 2021 untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker.

Saya ingin berucap ringkas sahaja iaitu tentang perkara Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, saya mengambil ruang melalui media untuk menzahirkan pendirian saya supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota kabinetnya meletakkan jawtan dengan serta merta. Alasan saya seperti berikut.

Isu pokok yang ingin saya bangkitkan ialah perkara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri Takiyuddin Hassan menyatakan di Dewan Rakyat pagi semalam 26 Julai 2021, bahawa semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa Proklamasi Darurat bermula pada 12 Januari 2021 telah dibatalkan oleh Kabinet pada 21 Julai 2021.

Ini satu pengumuman besar oleh de facto Menteri Undang-Undang di dalam Dewan Rakyat di mana Perdana Menteri hadir sama mendengarnya. Saya juga hadir di Dewan Rakyat ketika itu dan mendengar pengumuman Menteri Takiyuddin Hassan itu.

Apakah Kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu benar? Ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri.

Pembatalan Ordinan Darurat terletak dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Permasyhuran segala Proklamasi Darurat dan semua Ordinan Darurat dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong. Persoalannya kenapakah tidak ada permasyhuran pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong?

Saya berharap pada sesi petang semalam, Perdana Menteri selaku Ketua Jemaah Menteri atau Kabinet akan menjawab dan memberi penjelasan tentang kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu.

Tetapi Perdana Menteri tidak muncul di Dewan Rakyat pada sesi petang. Mengapa pengumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang penting itu tidak dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri?

Jika tiada penafian daripada Perdana Menteri, ia membawa makna kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu adalah benar.

Soalan selanjutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri akan hasrat Kabinet untuk membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Adakah Perdana Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Kalau jawpannya Ya, persoalan berikutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani sebarang dokumen atau surat memberi perkenan Baginda terhadap pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Rakyat seluruh negara yang ditangkap, dilokap, di hantar ke penjara, disaman, dikompaun, dikurantin, dan segala macam sekatan, larangan di bawah PKP dan Ordinan Darurat inginkan penjelasan dari Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya.

Jika sejak 21 Julai 2021 segala Ordinan Darurat itu telah dibatalkan tetapi dirahsiakan pembatalannya sehingga hari ini baru didedahkan di Parlimen, apakah punca kuasa yang ada pada Kerajaan Perikatan Nasional untuk menjalankan pentadbirannya dari tempoh 21 Julai 2021 sehingga 1 Ogos 2021 (apabila Proklamasi Darurat itu tamat)?

Apakah implikasi undang-undang terhadap tindakan, perlakuan, keputusan yang kerajaan atau pegawai-pegawainya, kakitangan awam, atau agensi-agensi kerajaan yang telah ambil di bawah Ordinan-Ordinan Darurat sejak 21 Julai itu hingga hari ini tetapi hakikat sebenarnya Ordinaan itu telah dibatalkan?

Adakah tindakan kerajaan itu sah? Adakah menurut undang-undang? Ini semua menutut jawapan daripada Perdana Menteri.

Kalau sesungguhnya benar apa yang diumumkan oleh Menteri Takiuddin Hassan itu bahawa semua Ordinan Darurat itu telah dibatalkan sejak 21 Julai 2021, maka saya ingin bertanya kenapa tidak ada dokumen pembatalan ordinan-ordinan darurat itu dibentangkan di Parlimen?

Kalau sungguh apa yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu benar bahawa semua Ordinan Darurat itu telah dibatalkan, bolehkah Menteri yang berkenaan nyatakan bilakah Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan? Jika ada, bila tarikh Warta Kerajaan tersebut?

Ini perkara besar, perkara perundangan berkenaan Darurat yang menyentuh kehidupan jutaan rakyat, yang tiga kali mengalamai lockdown atau PKP Penuh. Ramai yang hilang pekerjaan dan keruntuhan perniagaan akibat perintah PKP di bawah pelbagai Ordinan Darurat.

Hal ini juga bersangkut paut dengan Perlembagaan Persekutuan.Setiap Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan semua Ahli Parlimen dikehendaki mengangkat sumpah berikrar mempertahankan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang Tubuh bagi Malaysia.

Sistem demokrasi berparlimen serta Raja Berperlembagaan di Malaysia meletakkan Perlembagaan Persekutuan itu di kedudukan yang tinggi.

Jika Menteri Takiyuddin Hassan didapati mengelirukan Parlimen, maka beliau perlulah mengambil tindakan terhormat dan bermaruah dengan meletakkan jawatan.

Jika enggan maka, paling tidak de facto Menteri Undang-Undang itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan.

Sebaliknya jika apa yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu benar, maka ia adalah satu kesilapan besar Jemaah Menteri dan Perdana Menteri di bawah undang-undang Perlembagaan.

Dan sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak dimaklumkan, tidak dirundingi, tidak diminta perkenan baginda untuk pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut, maka ini suatu perbuatan pelanggaran Perlembagaan oleh Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri.

Jika itu yang sebenanya berlaku, maka di bawah prinsip tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, maka jalan terhormat dan bermaruah yang perlu diambil oleh Jemaah Menteri dan Perdana Menteri tidak lain dan tidak bukan,hanya satu, iaitu meletakkan jawatan.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Selasa 27 Julai 2021.

Updated: 27 July 2021 — 12:53 pm

17 Comments

Add a Comment
  1. Mana pergi si mulot longkang MahathirVSAnwar tu..sejak2 Parlimen bersidang, penoh kekecohan dan berserabut tatacara di dewan…apatah lagi PM Cirit, SpeakerPekak, kjaan PNipu dihentam kiri kanan..siaran langusng di TV ditonton berjuta rakyat. SI pelaq MahathirVSAnwar pun sudah terkelu, lost his tongue?… ke penyokong taqsuban Pas tu sedang dirawat akibat positif Covid. Bagus aman sikit kat sini. Klu tidak yg mula2 terjengul di sini dialah MVSA..dgn makian, cerca hina pd DSAI, PH, DAP…

  2. Midin cirit dah bela seekor ANJING LAPDOG yang bernama AZHAR HARUN untuk jaga parlimen dan lagi seekor ANJING BULLDOG yang bernama IDRIS HARUN untuk jadi peguam negara.
    Hanya YDPA saja yang boleh menyelesaikan kemelut ini atau takdir tuhan saja melalui kematian yidin cirit yang boleh selesaikan masalah ini

    1. rasa2 nya skrng ni mungkin Duli2 Sultan2 pun tergerak berbincang sesama sendiri apa giler Parlimen bersidang penuh huru hara, kekeliruan yg teramat sgnt Si TakiP*ki baru2 ni terus war2kan bahawa Darurat telah ditarik balik..tanpa diketahui YDPA.

      rasa2 ya tak lama lagi mungkin lepas 1hb Ogos YDPA akan memanggil sekali lagi PM dan semua MP2 Parlimen atau ada kejutan pula dari YDPA dan Jemaah Duli2 Sultan, suatu pengumuman mungkin membuat PM Terciirit lagiteruli ..tetapi kali ini cirit darah keluar belakang dan mulot..insyaallah dokan semoga PM disuroh merambus bersama angakatan2 kabinet kasot dari Putrajaya. Cukop lah hangpa punya putar2 cerita dan undeng2 ikot nafsu selama ni. Plse FACE OFF lah PMCirit dan PN kjaan Bangkai !

  3. Reopening parliament proved it is not best option
    Those in power are crossing sword with opposition
    Politics cannot address the current complication
    Suggest YDPA gives NOC due consideration

    1. Yes, atuk saka tua the best option, assuming Interim PM again….

      what it be to Malaysia, replacing #melayu2isle brand with an epilepsy red tone branding… ?

  4. Sume masih berjalan spt dirancang.
    Jika tak dicantas secepat mungkin, hancus negara.
    Sama la dgn bil c19 yg mencanak naik.
    Agaknya dia dapat ide dari
    https://greatgameindia.com/india-largest-covid-19-test-scam/

  5. RAKYAT MALAYSIA KINI SEDANG MENDUKUNG KERAJAAN /KABINET BIAWAK HIDUP!!!

    BIAWAK BERSATU @ PAS TETAP BIAWAK YG LIDAH BERCABANG… TU SEBAB NEGARA NI MAKIN HURU HARA SEPANJANG TEMPOH DITADBIR SPESIS BIAWAK2 HIDUP INI!

    1. PM tu dah jadi Bangkai…busok mencucok hidong kemana pun dia berada. Sbb aku kata bangkai sbb badan dia saja berada di Parlimen, tetapi membisu, terkebil2 dihentam pembagkang bertalu2 ..sampai soal jawab pun diserah pd Menteri Kewangan..ptg pula PM cabut lari apabila MP2 terutama pihak Pembagkang ada byk kemusykilan yg belom terjawab oleh PM. Bangkai bernyawa la PM ni sbb tak buat apa2 pun…baik jgn masok parliment langsung. Lantek saja si Zafrool tu di PM utk jawab semua soalan2 pembangkang

  6. RAKAN2 PESERTA BLOG YG DIKASIHI SEKALIAN,

    πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
    Rakan2 silalah tampil, utk membuat coretan tinta
    Tapi sentiasa lah jaga, adab sopan dan tutur kata
    Jgn le asyik dipamir kebodohan, serupa dgn unta
    Hal bontot berak & tahi..tak usahlah dibuat cerita
    Kebodohan spt pak Kadok usah le dibuat senjata
    Usah le tampil, nak jadi hero taik kucing semata2
    Bkn ler apa, kot kwn marah, depa luku kepala kita
    Nanti..kita terpaksa lari dek tk tahan seksa derita
    πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

    1. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
      Yg kat atas & bawah itu..adalah pantun2 nasihat!
      Kalau ada yg mari terjah, mmg lah orang itu jahat
      Sewajarnya kepala org itu kena dipaku dan pahat
      Siapa penyangak yg nak terjah kita tunggu & lihat
      πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
      Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
      🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

      1. P/S:

        PANTUN2 DI ATAS DAN BAWAH ITU ADALAH PANTUN NASIHAT UMUM, TAK ADA SEBUT NAMA SESIAPA.

        KLAU ADA YG TERASA, NASIB LAH..

        BAGI YG TAK BERKENAAN, ABAIKAN SAJA.

        KAH KAH KAH.

  7. RAKAN2 BLOG YG DIHORMATI SEKALIAN,

    1. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
      Assalamu’alaikum kpd kwn2 muslimin muslimah
      Salam, Kejora hulurkan, sebgai pembuka kalimah
      Izinkan, serangkap pantun, menjadi muqaddimah
      Ianya sekadar peringatan, bkn le nak berceramah
      Sila le berkomen dgn beradab sopan & berhemah
      Tak kesah le, kita dari PN atau PH punya khemah
      Tapi klau takda idea, lebih baik diam je kat rumah
      Bkn apa, kot kwn taji, debu lantai kita kena jamah
      πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
      Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
      🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

      1. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
        Dimulakan dgn lemah lembut..nasihat didendang
        Tapi, org yg memberi nasihat pun, bleh meradang
        Tengok juga le, bagaimana komen balas dihidang
        Bergantung juga kpd keadaan musuh bertandang
        Bak kata org rancak tarian tu ikut rentak gendang
        Kejora amik pakai apa yg seorang pernah cadang
        Kata org itu..pisau lwn pisau, pedang lwn pedang!
        Klau penyepak dtg, balik nya mungkin penendang
        πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

        πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
        Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
        🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

  8. ape kah segala MP2 kerajaan di hidangkan minuman jenama #melayu2isle hingga kesemua nya hilang kewarasan dan pertimbangan…

  9. pihak singgahsana akan terperangkap dlm kemelut pembatalan darurat serta ordinance2 yg berkaitan dgn nya tanpa dibahas dan diundi di dewan parlimen

    yg pelik nya, tiada pengumuman yg di beri sebaik pembatalan oleh singgahsana pd 21hb Julai 2021.

    dgn ketiadaan pengumuman serta tiada pengesahan dari pihak istana, maka pembatalan yg di lakukan telah melanggar perlembagaan negara, dan ini satu perbuatan yg amat serious yg boleh membawa kpd pendawaan…

    1. THE oppositions better take these peculiar unexpected annoucement of Emergency Annulment case to court

Leave a Reply

Your email address will not be published.