DAPUR RAKYAT TIDAK PENUH DENGAN HANYA BAKUL MAKANAN RM50, NAJIB KRITIK MAHIADDIN

Saya tak setuju dengan kenyataan PM8 bahawa dapur rakyat sudah penuh dengan bantuan kerajaan.

Sebab saya tak percaya dapur siapa akan penuh dengan bakul prihatin yang hanya mengandungi:

– Beras (5 Kg)

– Gula (1 Kg)

– Tepung (2 Kg)

– Bihun (400 Gm)

– Kicap (650 Ml)

– Sardin (230 Gm)

– Biskut

– Kopi

Bajet RM21 juta yang diumumkan kerajaan bagi program ini untuk menyediakan 420,000 bakul bermaksud kos setiap bakul adalah RM50.

Saya difahamkan kos makanan dalam bakul adalah RM40 manakala kos bungkusan (termasuk sticker politik) dan penghantaran adalah RM10.

Pada saya, keadaan hari ini amat berbeza dengan bantuan-bantuan bagi bencana lain seperti banjir besar yang merupakan keadaan sementara.

Krisis pandemik kali ini berbeza sebab ramai penerima sudah tidak dibenarkan mencari rezeki sejak berbulan-bulan lamanya akibat kegagalan kerajaan membuat lockdown yang betul bagi membendung Covid.

Maka, keperluan bantuan makanan bagi mereka bagi keadaan ini adalah jauh lebih besar.

Walaupun parti-parti politik PN beria-ria melekat sticker dan menghantar bakul prihatin ini, peruntukan sebenar kerajaan bagi program ini cuma RM5 juta.

Biarpun RM600 bilion sudah dibelanjakan kerajaan PN dan sebanyak RM210 bilion dipinjam tahun ini, cuma RM5 juta diperuntukkan kerajaan bagi keluarga yang sudah tiada makanan.

Baki RM16 juta daripada bajet RM21 juta program bakul prihatin ini sebenarnya disumbang Yayasan Petronas (RM5 juta), AEON Big (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta), Tenaga Nasional Berhad (RM2 juta) dan Telekom Malaysia (RM2 juta).

Sebelum ini, kerajaan PN kata mereka akan korek RM5 bilion dari dana KWAN yang dibina kerajaan BN masa saya PN untuk membiayai sepenuhnya program vaksinasi negara.

Namun selepas itu, Malaysia telah diderma 2.5 juta dos vaksin – 1 juta dari Amerika Syarikat, 1 juta dari Jepun dan 500 ribu dari China.

Dengan anggaran kos RM60 satu dos, kerajaan sudah jimat RM150 juta.

Wang yang dijimat ini boleh dan patut digunakan untuk menambah baik program bakul makanan dengan menambah jumlah penerima dan menambah kandungan bakul makanan.

Dengan menambah kandungan bakul, kerajaan juga akan memanfaatkan kos bungkusan dan penghantaran serta masa dan tenaga kerja yang digunakan bagi pengurusan program ini.

Sebab kos sticker, kos bungkusan dan kos penghantaran bakul makanan tak beza besar sekiranya nak hantar bakul yang mengandungi barangan bernilai RM140 berbanding barangan bernilai RM40.

Dan jika tak mahu tambah kandungan bakul, berilah duit tunai RM50 atau RM100 bagi setiap penerima supaya mereka boleh beli sedikit lauk.

Jika niat ialah untuk membantu mereka yang benar-benar sudah susah sehingga tiada wang untuk membeli makanan maka bantulah dengan betul dan ikhlas.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Mentrri.

3 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 24 July 2021 — 12:18 pm
Subscribe
Notify of
guest
11 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp IP
MAHATHIRVSANWARp IP
27 July 2021 12:06 pm

PHDAPIG DULU BELUM DATANG COVID SURUH RAKYAT IKAT PERUT………DASAR KOMUNIS LTTE REGIME KEPARAT….. PHDAPIG DULUPUN LAGI KUAT MENDERA…. KESIAN PHD4PIG DARURAT DAH BATAL RUPANYA… DORAEMON DAH RESTU TOK MUDIM JADI PM TAK PERLU TUKAR ALJUBON…….. UMNO TARIK BALIK SEBAB DARURAT TAK JADI SAMBUNG……. Has Najib Now Been Reduced To Spreading Fake News?……… Instead of spreading fake news, Najib should be spending his time advising Malaysians to obey the rules. If people obey the rules, many more lives could be saved. Today, Malaysia is number 85 out of 155 countries. Malaysia can do even better if Malaysians become less bodoh-sombong. (FMT)… Read more »

zunnun
zunnun
24 July 2021 3:09 pm

mana yg lebih besar dapur antara mereka

rosmah & hasmah….?

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 2:16 pm

isyh isyh isyh abah cow………….
kite anak buah abah nih tu ari order je nasi ganja dari Ipoh,,,,,,,,,
dorang hantar pakai helikopter………rm40 ribu sewa heli tu bah……..

kat rakyat abah kasi rm40 je sebakul bah,,,,,,,,,,,,

ciannyerrr rakyat kan bah……………..

KerajaanPNkhianay abah ni memang SIALLLLLLLLL,,,,,,,,,,……kannnnnnnnnnnnn…………,,,,,,,,,,

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 12:39 pm

RAKAN2 PESERTA BLOG SEKALIAN,

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Rakan2 silalah tampil, utk membuat coretan tinta
Tapi sentiasa lah jaga, adab sopan dan tutur kata
Jgn le asyik dipamir kebodohan, serupa dgn unta
Hal bontot berak & tahi..tak usahlah dibuat cerita
Kebodohan spt pak Kadok usah le dibuat senjata
Usah le tampil, nak jadi hero taik kucing semata2
Bkn ler apa, kot kwn marah, depa luku kepala kita
Nanti..kita terpaksa lari dek tk tahan seksa derita
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 12:39 pm
Reply to  Anonymous

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Yg kat atas & bawah itu..adalah pantun2 nasihat!
Kalau ada yg mari terjah, mmg lah orang itu jahat
Sewajarnya kepala org itu kena dipaku dan pahat
Siapa penyangak yg nak terjah kita tunggu & lihat
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 12:40 pm
Reply to  Anonymous

P/S:

PANTUN2 DI ATAS DAN BAWAH ITU ADALAH PANTUN NASIHAT UMUM, TAK ADA SEBUT NAMA SESIAPA.

KLAU ADA YG TERASA, NASIB LAH..

BAGI YG TAK BERKENAAN, ABAIKAN SAJA.

KAH KAH KAH.

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 3:10 pm
Reply to  Anonymous

DIAMLAH BEROK!!!!!
ASYIK BERGAYUT!!!!!!!
MEMEKAK BEROK TUA NIH!!!!

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 4:36 pm
Reply to  Anonymous

DIAMLAH BABIπŸ–!!!!!
ASYIK MENYONDOL!!!!!!!
MEMEKAK BABIπŸ– TUA NIH!!!!

KAH KAHKAH.

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 12:37 pm

RAKAN2 BLOG YG DIHORMATI SEKALIAN,

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 12:38 pm
Reply to  Anonymous

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Assalamu’alaikum kpd kwn2 muslimin muslimah
Salam, Kejora hulurkan, sebgai pembuka kalimah
Izinkan, serangkap pantun, menjadi muqaddimah
Ianya sekadar peringatan, bkn le nak berceramah
Sila le berkomen dgn beradab sopan & berhemah
Tak kesah le, kita dari PN atau PH punya khemah
Tapi klau takda idea, lebih baik diam je kat rumah
Bkn apa, kot kwn taji, debu lantai kita kena jamah
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Anonymous
Anonymous
24 July 2021 12:38 pm
Reply to  Anonymous

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Dimulakan dgn lemah lembut..nasihat didendang
Tapi, org yg memberi nasihat pun, bleh meradang
Tengok juga le, bagaimana komen balas dihidang
Bergantung juga kpd keadaan musuh bertandang
Bak kata org rancak tarian tu ikut rentak gendang
Kejora amik pakai apa yg seorang pernah cadang
Kata org itu..pisau lwn pisau, pedang lwn pedang!
Klau penyepak dtg, balik nya mungkin penendang
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣