Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APAKAH KESUSAHAN RAKYAT HANYA BAHAN JENAKA BUAT MAHIADDIN?

Saya telah melihat satu rakaman yang tular mengaitkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang mempersenda inisiatif #BenderaPutih rakyat pada majlis Pelancaran Bakul Makanan Prihatin Negara.

Dalam rakaman tersebut jelas beliau berkata “Tak payah naik bendera putih ke, bendera hitam ke. Nak naik bendera biru takpe.” diiringi gelak ketawa.

Bendera putih yang dimaksudkan beliau adalah kempen rakyat dalam membantu sesama rakyat yang terdesak memerlukan bantuan selepas kerajaan gagal membela kebajikan rakyat. Bendera putih merupakan simbolik gerakan berkenaan.

Dalam kempen ini bukan sahaja bakul makanan, malah ada yang memerlukan susu kanak-kanak, lampin pakai buang dan sebagainya. Inisiatif ini digerakkan berikutan peningkatan kes bunuh diri akibat tekanan kerana kehilangan punca pendapatan.

Mereka yang memerlukan bantuan diminta untuk mrngibarkan bendera putih agar jiran tetangga dapat bantu.

Bendera hitam yang dimaksudkan beliau juga adalah gerakan rakyat sebagai simbol protes rakyat terhadap kegagalan kerajaan menangani wabak Covid-19 dan kegagalan menjaga kebajikan rakyat. Manakala bendera biru yang beliau maksudkan adalah bendera Perikatan Nasional.

Adakah kesusahan rakyat hari ini hanya bahan jenaka buat Perdana Menteri? Adakah inisiatif rakyat yang prihatin terhadap rakyat ini hanya bahan jenaka buat beliau?

Di peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK) sehingga hari ini kami masih menerima banyak permohonan bantuan dalam #KempenBenderaPutih AMK. Bantuan yang dimohon tidak hanya bakul makanan malah keperluan lain.

Jika rakyat tidak mengibarkan bendera putih kerana terdesak memerlukan bantuan, adakah kerajaan akan bantu?

AMK juga turut bersolidariti dengan kempen ini dan menggerakkan jentera di seluruh negara membantu mereka yang memerlukan.

Kerajaan hari ini dilihat tidak peka terhadap bebanan yang rakyat hadapi sehingga ada yang mengambil jalan pintas dengan ‘membunuh diri’.

Pemimpin negara bukan hanya tidak menyokong inisiatif rakyat ini malah mempersenda gerakan ini sedangkan punca gerakan ini tercetus adapah kegagalan kerajaan itu sendiri.

Adakah ini kerajaan yang rakyat ingin beri amanah menjaga rakyat untuk 10 atau 20 tahun akan datang?

AKMAL NASIR

Ketua AMK/Ahli Parlimen Johor Bahru.

4.9 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

65 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
65
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x