Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BELI KONTENA SIMPAN MAYAT SATU2NYA PENCAPAIAN TERBAIK KERAJAAN PN – PRESIDEN UMNO

Apa yang dikhuatiri akhirnya telah jadi kenyataan.

Apa yang telah mereka ramalkan telah pun berlaku.

Kes jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sudah pun mencapai lima angka iaitu lebih 11,000.

Hujah peningkatan itu disebabkan proses saringan dipertingkat “not applicable”.

Faktanya sebanyak 870 kluster aktif telah direkodkan dengan ebih 96,000 kes jangkitan aktif.

Hampir 7,000 nyawa sudah terkorban akibat kegagalan mengawal pandemik.

Kadar R-naught iaitu kadar kebolehjangkitan kini mencapai 1.14.

Lebih tinggi berbanding R-naught 1.07 yang menyebabkan PKP dilaksanakan bermula 1 Jun.

Satu-satunya pencapaian terbaik kerajaan PN berjaya beli kontena untuk menyimpan mayat.

Sebenarnya kita tidak pasti pun sama ada itu wajar dianggap sebagai pencapaian.

Tetapi seperti biasa pendukung bunga dan jentera siber mereka berusaha memanipulasi fakta.

Jentera siber kata kes Covid-19 makin tinggi maka sebab itu Parlimen tidak boleh bersidang.

Faktanya sejak Parlimen tidak bersidang maka kes Covid-19 semakin tinggi dan tidak terkawal.

Pendukung bunga kata kes Covid-19 makin teruk maka sebab itu Perdana Menteri perlu dipertahan.

Walhal kes Covid-19 makin teruk cerminan kegagalan ketua kerajaan PN mengurus pandemik.

Pendukung bunga dan jentera siber upahan kata jangan main politik pada waktu pandemik.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x