HANYA SETELAH 5 BULAN BARU NAK DIKAJI BUKA PARLIMEN, JUJURKAH ATAU SEKADAR ‘LIP-SERVICE’?

Menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) tidak sekata dalam isu bilakah Parlimen akan dibuka semula.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin tidak bersetuju Parlimen dibuka semula sekarang, sehinggalah dicapai imuniti kelompok vaksin Covid-19.

Maksudnya, lama lagi baru Parlimen akan bersidang kembali. Ini pandangan Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung Parti Bersatu.

Kita tahu, Parti Bersatu amat takut jika Parlimen bersidang semula.

Menteri PN yang lain yang menjaga hal-ehwal parlimen dan undang-undang, Takiyuddin Hassan menyatakan pada hari semalam, Jumaat bahawa Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah perlaksanaan sidang Dewan Parlimen secara hibrid.

Maknanya ada kemungkinan sidang Parlimen akan dibuka. Tetapi entah bila?

Sebagai seorang ahli parlimen yang ada kepentingan dalam soal asas demokrasi berparlimen di negara ini, saya terpanggil untuk memberi ulasan.

Pertama saya nampak, Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin bercelaru dalam soal bilakah parlimen akan dibuka semula.

Untuk tutup dan gantung Parlimen begitu mudah sekali, tetapi mengapa bila hendak membukanya semula amat susah sangat?

Kepada pandangan Hamzah Zainudin, saya tidak berminat untuk mengulas. Hal parlimen bukan urusannya. Kita tak galakkan wujud menteri busy-body yang campur urusan menteri lain.

Hal Parlimen adalah bidang kuasa Takiyuddin Hassan sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Takiyuddin Hassan, bukan dari Parti Bersatu. Dia seorang yang dilatih sebagai peguam. Beliau faham dan mengerti konsep-konsep serta prinsip asas demokrasi berparlimen, peranan parlimen, soal pengasingan kuasa, sistem semak dan imbang, dan pelbagai konvensyen perundangan keperlembagaan yang mudah difaham termasuk yang sukar dan abstrak tetapi fundamental.

Kepada Menteri Takiyuddin Hassan serta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Negara, dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua yang bermesyuarat pada hari Jumaat 4hb Jun yang lalu, saya berasa amat musykil dan ingin bertanya beberapa soalan di sini, kerana ruang ahli parlimen menyoal di dalam Parlimen kini ditutup rapat.

Soalan Pertama:Sudah 5 bulan Parlimen digantung, hanya baru sekarang bermesyuarat untuk bincang kemungkinan parlimen akan dibuka secara hibrid, bermaksud gabungan secara kehadiran fizikal dan juga secara maya?

Kenapa tidak bincang sebelum parlimen digantung? Kenapa tidak bincang sebaik sahaja parlimen digantung. Masa lima bulan telah berlalu sia-sia.

Soalan Kedua: Adakah Menteri Takiyuddin Hassan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun, Yang di-Pertua Dewan Negara Dr Rais Yatim, Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dan Rashid Hasnon, yang hampir kesemuanya mempunyai latarbelakang undang-undang menyedari bahawa dalam keadaan biasa (bukan Darurat) adalah satu kesalahan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan barang siapa mengganggu perjalanan urusan parlimen dan gangguan terhadap sistem demokrasi Parlimen di negara ini?

Sangat mengecewakan setelah 5 bulan berlalu,baru sekarang pihak-pihak yang disebut di atas berbincang aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan sekiranya sidang parlimen secara hibrid itu akan diadakan?

Soalan Ketiga: Mengapa lembam dan perlahan sangat? Anda semua adalah pemegang amanah menjaga institusi parlimen, tunggak asas sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Kami ahli parlimen yang lain dan rakyat Malaysia meletakkan amanah ke atas bahu anda untuk mempertahankan institusi parlimen.

Tahukah bahawa anda telah gagal melaksanakan tanggangjawab secara fidusiari? Jika bukan kerana Darurat, ia adalah satu kegagalan yang bersifat kesalahan jenayah.

Soalan Keempat: Kepada nama-nama besar yang disebut di atas, yang membawa gelaran Tan Sri dan Datuk kurniaan negara dan negeri, adakah anda benar-benar jujur untuk membuka semula Parlimen?

Atau adakah mesyuarat yang anda lakukan pada Jumaat lepas dan kenyataan media oleh Menteri Takiyuddin Hassan sekadar “public relation” atau “lip-service” sahaja, seperti melepaskan batuk ditangga?

Kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian (5 Jun 2021) seperti berikut: “Mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan jemaah menteri,”

Soalan Kelima: Sudah 5 bulan Parlimen digantung dan dinafikan hak bersidang, sekarang masih perlu dibuat kajian lebih terperinci lagi? Selama ini tidak dikaji? Terperinci yang macam mana lagi?

Dengan rendah diri, saya mohon menyatakan bahawa isu yang sebesar gajah di dalam bilik yang menghalang anda semua membuka Parlimen ialah kerana wujudnya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) yang Kabinet Darurat Kerajaan PN gubal dan dijadikan undang-undang darurat dibawah dekri Yang di-Pertuan Agong.

Itu isu sebenarnya. Kalau nak buka Parlimen, maka batalkan dahulu Undang-Undang Darurat tersebut. Anda semua yang menjadi pemegang taruh atau stake-holder Parlimen yang bijaksana semua, tidak perlulah berlari mengelilingi belukar kecil, macam tak nampak isu yang sebenar.

Kalau tak faham, tanyalah Peguam Negara, penasihat undang-undang kepada Kerajaan.

Soalan Keenam: Kalau kertas lengkap yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu siap dan diangkat ke mesyuarat kabinet untuk kelulusan, adakah pasti Kabinet Kerajaan PN akan bersetuju dengan cadangan untuk membuka semula parlimen waktu sekarang ini?

Rasa-rasanya Menteri seperti Hamzah Zainuddin tentu sudah bersedia untuk menolak cadangan dari Menteri de-facto Undang-Undang, Takiyuddin Hassan itu.

Takiyuddin Hassan sebenarnya secara “subconscious” seperti tidak yakin dengan cadangannya sendiri apabila menyatakan beliau dan lain-lain yang bermesyuarat 4hb Jun lalu “pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid ini,”.

Maksudnya mereka baru bersetuju pada dasarnya sahaja. Itulah hasil mesyuarat orang-orang besar Parlimen Malaysia. Sekadar bersetuju pada dasarnya sahaja.

Soalan Ketujuh dan terakhir: Apakah Takiyuddin Hassan, Azhar Harun, Rais Yatim, Azalina Othman Said dan Rashid Hasnon yang menjadi pemegang taruh institusi Parlimen mempunyai keazaman politik yang kuat untuk mendesak sehingga berjaya menuntut Kabinet Darurat Kerajaan PN membuka semula Parlimen Malaysia secara hibrid?

Sama-samalah kita perhatikan.

Hassan Abdul Karim

05 hb Jun 2021 (Sabtu).

Updated: 5 June 2021 — 2:00 pm

16 Comments

Add a Comment
  1. MAHATHIRVSANWARp IP

    JUNDULLAH COVID AKAN BUNUH MEREKA YANG UNDI PHD4PIG PRU14 JIKA TIDAK SEGERA BERTAUBAT………..

    TOK KADOK BIJAK MANIPULASI COVID SEBAGAI SENJATA POLITIK TANPA DISEDARI RAKAN2 PHD4PIG YANG LAIN……..

    KALAULAH PHD4PIG TAHU COVID DAPAT UNTUNGKAN MEREKA TENTU MEREKA AWAL2 LAGI ISTIHAR NEGARA LOCKDOWN………

    Hampir 600 Doktor Meninggal Akibat COVID-19 Di India………

    (PN BBC) – Seramai 594 doktor meninggal dunia di India pada gelombang kedua pandemik COVID-19 melanda negara itu.

    Hindustan Times melaporkan kelmarin kebanyakan doktor meninggal dunia di ibu negara yang banyak kes COVID-19.

    Wilayah lain yang catat kematian tertinggi ialah Bihar, Uttar Pradesh, Rajasthan, dan Jharkhand.

    CNN, semalam melaporkan, India mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi di dunia setiap hari.

    Keadaan itu menyebabkan menyukarkan petugas-petugas kesihatan merawat mereka. Lebih teruk, angka kematian akibat COVID-19 juga sangat tinggi di India.

    Dalam pada itu, data dikongsikan oleh Persatuan Perubatan India (IMA) menunjukkan seramai 107 doktor meninggal dunia di New Delhi, semasa gelombang kedua.

    Ini diikuti 96 kematian di Bihar, Uttar Pradesh (6), Rajasthan (43) dan Jharkhand (39).

    IMA sebagai pertubuhan doktor sukarela di India memaklumkan mungkin jumlah kematian sebenarnya melebihi statistik itu.

    Ini memandangkan persatuan hanya mempunyai rekod 350,000 daripada 1.2 juta doktor di seluruh India.

  2. HAHAHA HOHOHO HIHIHI

    Merasa lega selepas membalun menibai dan membantai Wak Gontol Kejora Kojolla di bawah itu kaw2.

    Dah dapat my morning fun and entertainment on and out of the bugger, sekarang sampai masa nya untuk melihat dia tunggang langgang mencoba membuat response.

    Aku tunggu. Got good time to whack, wallop and bamboo the bloke this morning.

    Instead of commenting on the blog post, the bastard looked for trouble. There’s a whole load of trouble waiting to be unloaded on his stupid head.

    The moment he switches the button, all hell will break loose on him.

    1. Wak Gontol Kejora Kojolla ini, kalaupun dia ada pelajaran tinggi, dia tidak ada campuran yang baik.

      Mesti lepasan SJK yang kudut social behaviour nya, maka tak diterima masyarakat bahagian atasan.

      Maka merapong lah dia disini sana, asyik di tendang terajang sebab biadab dan kurang ajar nya.

    2. Wak Gontol Kejora Kojolla ini is a misfit in society. A square peg in a round hole. .

      Yang fit dengan dia hanya lah Bang Ali.

  3. Lip service?

    Korang masksudkan boleh di diamkan saja?

    Wat the ….

    1. Negara2 saperti US tentu tidak mendiamkan saja.

      Tentu sudah ada Note Verbal atau Aide Memoire etahapekehama ltngo dtplomatik di hantar kpd China, membantah pencerobohan ruang udara negara2 kecil.

      US tentu mahu lihat the balance of power is preserved dimana2 saja didalam dunia. Depa di anggap Leader of the Free World.

      Nasib lah, dapat lah kita bernafas.

  4. Kalau betul “ceroboh”, mau bincang saja ka? Ada jati diri lah sikit. Sekel kepala depa sikit. In words, that is. Rakyat mahu dengaq tuh.

    Tak kisah lah depa negara besaq. The international community will support us. Depa ceroboh our “territorial integrity and national sovereignty.”

    Malaysia-China dijangka bincang insiden pencerobohan ruang udara. Hishammuddin akan bertemu rakan sejawatnya dari China, Wang Yi di Chongqing pada 7 Jun depan.

    https://icf.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/04/8ac3801c0edf824ea39c7d0d7da95641.jpg=s200

  5. Bakal Menantu Abah

    ABAH,

    BUKAN LA HARTA ABAH TU, KAMI NAK WAGHEH
    MEMANG NIAT IKHLAS TERINGIN NAK MENIKAH
    CEK NI SANGGUP BUAT PANTUN SAMA BAGHEH
    DGN PAK MENTUA, INGIN IKUT JEJAK LANGKAH

    1. Bakal Menantu Abah

      Ni ha abah, cek buat lagi pantun sama bagheh macam abah.

      Abah teghima cek no? Bulih na abah?

      Abah nii…

  6. Bakal Menantu Abah

    ABAH,

    ANAK-ANAK ABAH ITU TERINGIN NAK BERSUAMI
    CEK DGN ABG TN PULA DAH LAMA MEMBUJANG
    SUDILAH YER ABAH, MENERIMA LAMARAN KAMI
    KAMI SUKA BETOI, DEKAT ANAK DARA TUNJANG

    1. Bakal Menantu Abah

      Tengok la abah,
      Panton cek sama bageh macam abah!
      Tak kan la tak layak lagi jadi menantu abah?

      Bulih la abah no, abaaahh…

      Abah nii…

  7. Sesiapa pun tak boleh gerenti bila Covid boleh terbang.

    Selagi ada Covid, susah lah nak buka Parlimen semula.

    Buka Parlimen makna rakyat sudah boleh berurusan seperti biasa.

    Bahaya nak benarkan begitu sebab Covid penyakit bahaya. Ubat khas untuk nya pun belum ada.

    1. Bangang TN haramjadah ini nak bagi pendapat tadika Pak Pacak bahalol dia menyanggah Atok Saka yg dia jilat tegar.

      Pakai logik bangang dia bermakna sekolah, masjid besar, kilang besar, pejabat kerajaan, kolej, universiti, shopping mall, pasar malam, pasar basah semua yg boleh lebih 222 orang berhimpun tak boleh bukak.

      Bukan sekolah rendah darjah satu yang kalau ada 7 kelas dah lebih 210 pelajar umur 7 tahun dibukak spt biasa masa darurat?

      Lagi masak, bukankah Atok Saka baru je tulis surat kpd YDPA minggu lepas mohon batal darurat, bukak Parlimen dan tubuh Unity Government Atok jadi PM ganti PN yg ikut Atok Saka kerana tiada majoriti terpaksa instihar darurat.

      1. Pagi2 ini aku nak tenyeh muka Beruk Tua Wak Gontol Kejora Kojolla. Nak seletkan tahi ke muka dia sepenuh nya.

        Pukimak haram jadah ini biadab dan kurang ajar. Tak reti berbincang secara civil.

        Dia jenis uncivilized. Lepasan SJK, takda kelulusan tinggi, tak bercampur dengan yang civilized dan berkelulusan tinggi. Maka cara bercakap nya pun unciivilized lah.

  8. Jenis bodoh sombong perasan cerdik jadi macam ni laa bila dapat kuasa. Depa ni hanya pelahap gaji elaun besaq saja. Yg lain hancus, agama pun sewenangnya dilacurkan. Ni lah dia namanya politikus sundal….rakyat khususnya Melayu Islam dibodohkan. Apa nak buat, mmg byk jenis walaun baghal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.