Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BIRO POLITIK PKR PERNAH BERI AMARAN KERAS PADA ISWARDY

Pimpinan KEADILAN mengambil maklum sebuah video YouTube yang dimuatnaik seorang individu bernama Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

KEADILAN mengesahkan Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hiraki pimpinan KEADILAN Sarawak mahupun Pusat.

Kenyataan-kenyataan beliau tidak sama sekali mewakili pendirian parti KEADILAN, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.

Ucapan beliau di dalam video-video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik KEADILAN, dan keputusan telah diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepada beliau.

Parti juga telah memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk memecat beliau sekiranya beliau mengulangi perbuatan yang sama.

Namun, oleh kerana isu video Iswardy kini telah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia, KEADILAN akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

30 Mei 2021.

168 responses to “BIRO POLITIK PKR PERNAH BERI AMARAN KERAS PADA ISWARDY”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *