MUSUH SEBENAR UMNO IALAH KLUSTER MENTERI, BUKANNYA BERSATU

Selaku Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kini memikul beban serta tanggungjawab paling besar dalam sejarah parti itu.

Dibahunya terpikul tugas untuk memastikan UMNO kembali berkuasa setelah ia ditewaskan buat pertama kali pada PRU14 lalu.

Berbanding Presiden UMNO sebelum ini yang hanya bertanggungjawab mengekalkan kemenangan dan mempertahankan kuasa, inilah kali pertama seorang peneraju parti itu perlu memikul beban menebus kembali kuasa yang telah hilang.

Lebih-lebih lagi, berikutan akar umbi telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, walaupun UMNO kini berada dalam kerajaan PN, ia juga harus menghadapi PRU15 akan datang dengan kedudukan sebagai pembangkang.

Maka, tugas dan tanggungjawab beliau adalah paling berat berbanding semua Presiden UMNO sebelum ini yang juga pada waktu yang sama turut memegang jawatan Perdana Menteri.

Zahid Hamidi pula sudahlah tugasnya paling berat, beliau juga tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Untuk itu, mampukah tugas tersebut dipikul Zahid Hamidi dan bolehkah UMNO kembali berkuasa semula di bawah kepimpinannya?

Realitinya, bukanlah mustahil untuk UMNO mampu merebut kembali kuasanya yang hilang itu, tetapi yang pertama sekali, ia harus lebih dulu memastikan dirinya benar-benar bersih daripada segi dalamannya sebelum berhadapan musuh yang sebenar.

Walaupun musuh yang bakal dihadapinya dalam PRU15 ialah Bersatu bersama PN serta PH, tetapi musuh sebenar dan lebih besar adalah kluster menteri yang ada dalam UMNO sendiri sekarang ini.

Sejak PAU2020 memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan wakil UMNO diputuskan akan keluar daripada kerajaan pada suatu masa yang belum ditetapkan, sebahagian pemimpin kluster menteri kemudiannya didapati jadi macam cacing kepanasan dibuatnya.

Kelemahan UMNO yang paling ketara di sini ialah di sebalik ketetapan putus hubungan dengan Bersatu telah dipersetujui, tetapi tiada tarikh khusus keluar daripada kerajaan diputuskan bersekali dengannya.

Itulah yang mendorong sebahagian pemimpin kluster menteri tampil menggesa agar pemilihan UMNO disegerakan dengan andaian kepimpinan Zahid Hamidi menerajui UMNO kononnya tidak stabil serta sedang dipertikaikan.

Jika dalam PAU lalu, bersama dengan ketetapan putus hubungan yang telah dipersetujui akar umbi, ia turut disertakan dengan penetapan keluar kerajaan dengan segera, pasti kluster menteri tiada alasan lagi untuk bercakap tentang keperluan pemilihan UMNO perlu disegerakan.

Ternampak bahawa desakan agar pemilihan UMNO disegerakan itu lebih bertujuan untuk mengubah ketetapan PAU2020 dengan berselindung di sebalik alasan kepimpinan Zahid Hamidi tidak stabil dan sedang dipertikaikan.

Tidakkah Zahid Hamidi sebenarnya telah diberi sokongan dan mandat penuh pada PAU baru-baru ini?

Yang nyata, yang menyebabkan UMNO kelihatan tidak stabil dan mereka mempertikai kepimpinan Zahid Hamidi adalah daripada kluster menteri atau kalangan yang diketahui dekat dengan mereka saja.

Selagi kluster menteri ini tidak dibersihkan, selagi itulah UMNO akan berhadapan masalah besar untuk menang pada PRU15 akan datang.

Ini kerana sebahagian kluster menteri itunbukan mahukan UMNO kembali berkuasa sebagaimana dimahukan akar umbi atau pemimpin yang setia kepada parti, sebaliknya mereka lebih mahukan Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin kekal menerajui kuasa, sambil harapan lebih utama ialah mengekalkan kedudukan mereka sebagai menteri.

Dengan mandat akar umbi di belakangnya, Zahid Hamidi tidak harus bertangguh lagi daripada membawa UMNO keluar meninggalkan kerajaan dengan segera.

Tidak ada kompromi lagi bagi beliau berbuat demikian dalam mesyuarat MT petang ini jika hasrat akar umbi mahu UMNO kembali berkuasa benar-benar ingin direalisasikan.

Melalui keputusan tersebut, selain kedudukan kluster menteri dapat dikenalpasti sama ada sebahagian atau semuanya atau pengikut mereka masih setia kepada UMNO atau ada yang mahu bersama Bersatu, UMNO dengan sendirinya selepas itu tiada lagi kluster musuh dalam selimut di dalamnya.

Kluster mahkamah dalam UMNO adalah musuh bagi Bersatu, tetapi musuh yang perlu dibersihkan dalam UMNO ialah sebahagian kluster menteri yang berjiwa Bersatu.

Dengan itu, bersama semangat akar umbi yang tentunya akan membuak-buak untuk kembali berkuasa, UMNO akan lebih mudah menghadapi musuh di luar selimutnya dalam PRU15 nanti.. (ShahbudinHusin 25/04/2021)

3.6 9 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 25 April 2021 — 2:13 pm
Subscribe
Notify of
guest

22 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
26 April 2021 2:31 pm

KLUSTER MAHKAMAH UMNO YANG TERDESAK DIPANCING OLEH PAK SHEIKH UNTUK AMBIL JALAN MUDAH JADI PM……… Fahmi Reza Should NOT Be Arrested………. So, we need the Malays and Muslims to become outraged about Pakatan Harapan’s attacks on the Malays, Prophet Muhammad, Islam, the Sharia, the Raja-Raja Melayu, the police, the military, the civil servants, the government, and much more. Hence people like Fahmi Reza should NOT be arrested. Instead, these people should be allowed to go on with their insults and attacks. That will help Perikatan Nasional tremendously. The Perikatan Nasional government should stop arresting people perceived as insulting the Malays,… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 April 2021 12:04 pm

Bolehkah UMNO pulang kpd keadaan dulu dimana depa parti ulung, tegap teguh, tiada siapa berani perli depa.

Anonymous
Anonymous
26 April 2021 11:15 am

Mana dia Wak Gontol Kejora Kojolla?

Dah mampuih ke dia?

Anonymous
Anonymous
26 April 2021 9:01 am

MUSUH SEBENAR UMNO IALAH  mereka yang kalah bertanding jawatan2 dalam parti. Dan penyokong2 mereka.
Tak mahu terima perinsip demokrasi, yang kalah bertanding mesti mengaku lah dan terima keadaan.

Anonymous
Anonymous
26 April 2021 9:05 am
Reply to  Anonymous

Sepatutnya, bila bertanding, fight like hell. Bila kalah, sokong yang menang like loyal party stalwarts.

Anonymous
Anonymous
26 April 2021 8:54 am

Wak Gontol Kejora Kojolla iak boleh dibanding dengan TN.

TN setinggi gunung, wak Gontol di kaki bukit.

Anonymous
Anonymous
26 April 2021 8:57 am
Reply to  Anonymous

Wak Gontol di paya, bergelumang dengan lumpur licak.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
26 April 2021 8:37 am

THE PROBLEM STARTED WHEN DAJJAL ILLUMINITY AND DAJJAL FREEMASON UNITED TO DEVALUATE RINGGIT TERRIBLY. IN 1988…IT WAS ONLY THE TIP OF HUGE CORRUPTIONS ICEBERG ……..THE TRAITOR WAS MAHA BOROS UNDERLYING THE SCANDAL……. CAI PHD4PIG PALING BODOH….MASA KAU PERINTAH NEGARA BANGKRAP HARGA SAWIT JATUH MERUDUM ASSET2 NEGARA DILELONG MURAH2 BERMUSUH DENGAN PENJAWAT AWAM DAN RAKYAT DIPAKSA IKAT PERUT……… PN JUGA KERAJAAN PHD4PIG SEBELAH KAKI DI KAWAL DARI JAUH OLEH DORAEMON………. Pakatan Harapan’s “War Against Corruption”………. Alwyn Lau’s article on corruption published in the Malay Mail Online today makes interesting reading (READ BELOW). “That was when we finally broke free of Umno… Read more »

Wau bule
Wau bule
26 April 2021 8:03 am

The fact that Zahid dares not call for Umno’s election speaks for itself.

The absence of Tok Mat at Supreme Council points to another negative vibes for Zahid

The replacement of Shahidan by Zahid as Perlis Chief clearly portrays disunity

It is crystal clear, Umno would eventually split before or after Raya with more seeking to rid Umno of Zahid and or Cash is King Najib whom they consider as liabilities to the survival of Umno.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
26 April 2021 7:57 am

PARTI MATA SATU DAJJAL HANYA SUKA MELAGA2 KAN UMNO SUPAYA PECAH BELAH AKHIRNYA PAK SHEIKH AMBIL KESEMPATAN…… POLITIK MAIN BELAKANG TUU……. Why Anwar For PM9? Takde Orang Lain Ke?……… The article “Anwar Yang Tidak Jujur” by Dr Nazmi Airil Osidea and published in Kelab Che Det’s Facebook page more or less sums up Anwar Ibrahim perfectly (READ HERE). But the question is: why does DAP or Pakatan Harapan still want Anwar Ibrahim as their candidate for prime minister or PM9? Anwar is seriously damaged. Can’t they find someone else from amongst 32 million Malaysians as a suitable candidate for prime… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
26 April 2021 5:53 am

Azmin Semburit menyemburit PPBM setiap hari. Ajaran Madey si Kitol keturunan Kerala. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
26 April 2021 12:27 am

Penjilat saka tua Madey si Kitol jangan gunda gulana macam babi berak kapur. Chill. Teruskan berlakon minta TamatDarurat. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
26 April 2021 12:23 am

Tumpang lalu semua anjing Jkom 15000 Lebai Kelantan nak potong Q. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
25 April 2021 10:06 pm

musuh sebenar Kojolla alias bapok bukan TN, tetapi tulah kerana mempersenda orang Tua yang berjasa,

2 dah dua hari Kojolla tak masok.Balik kampong,berak kat sungai belakang rumah.

Anonymous
Anonymous
25 April 2021 10:07 pm
Reply to  Anonymous

lari litang pukang,bila aku masok..pengecut tahik kambing

ka ka ka

najib bini rosmah
najib bini rosmah
25 April 2021 9:23 pm

Parti PNkhianat kerja nak bubar Umno jika gagal cucuk belakang macam Azmin Semburit. Khianat dan tikam belakang kerja keturunan Madey si Kitol sejak zaman Kejatuhan Melaka. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
25 April 2021 10:04 pm

nbr meracau-racau temberang,bila negro tak kasi batang nyerrrr

kah kah kah

Tawil Godang
Tawil Godang
25 April 2021 5:06 pm

Ia nya se begitu mudah se hingga Najib yang di dapati bersalah tidak dapat memahami kenapa UMNO masih berada dalam PN.

Apabila Annuar begitu lantang bersuara tidak lah ketika itu Annuar sudah cuba menarik kluster menteri?

Mereka bukan nya kekal bersama PN sebab tolak Anwar. Mereka kekal dan minta PAU di ada kan selepas tersiar nya perbualan Zahid dengan Anwar.

Kerana kuasa dan jawatan mereka membinasakan UMNO walaupun parti telah buat ketetapan untuk tinggalkan BERSATU.

Akar umbi kena berani dan bijak …

Wau bule
Wau bule
25 April 2021 5:20 pm
Reply to  Tawil Godang

Maaf, akar umbi menikus dek telah termakan dan terkenyang dengan dedak sehingga tak tahu antara realiti dan fantasi, fakta dan auta, kebenaran dan kepalsuan. Mereka terus bersuperficiality langsjng berhipokrisi.

Syetan
Syetan
25 April 2021 2:30 pm

Umno sebenarnya punya presiden yg tak “berbatu”….tu je aku mau ckp…byk klux klex

Wau bule
Wau bule
25 April 2021 1:43 pm

1. Umno has no external enemy. 2. It is a simple fact and truth which Umno as a party failed to recognize in reality. 3. Neither Bersatu nor Pas are worthy enemies 4. There is an infighting between the President who does not hold integrity and credibility and the dissatisfied and demanding member 5. There is disunity, unavoidable factions emerging out of (4) above. 6. And a clear existence of a Court cluster heightened the dissatisfaction of members who have been trying to stay away from the cluster’s negative vibes and shed kleptocracy’s image. 7. Perhaps this is the best… Read more »

Wau bule
Wau bule
25 April 2021 1:55 pm
Reply to  Wau bule

KUALA LUMPUR, April 25 — Datuk Zahidi Zainul Abidin has slammed Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi for removing Datuk Seri Shahidan Kassim as Perlis Umno state liason chairman.

This is a good example as explained above. Expect more discontent leaders/members who would have no qualms in washing linen of dirty linen in public…just wait.