JUDI – KENAPA SUARA PAS BERBEZA BILA SUDAH JADI KERAJAAN?

Selama ini, Pas selalu menampakkan mereka adalah parti yang paling kuat menentang judi.

Semua judi, tidak setakat haram, bahkan mahu diharamkan terus operasinya oleh Pas.

Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, perkara itu memang sesuatu yang wajar, malah cukup mulia.

Ketika berada sebagai pembangkang, Pas bukan saja bercakap dan membangkitkan penentangan terhadap judi di Parlimen dan Dun serta di pentas-pentas ceramah, malah sehingga ke mimbar khutbah di masjid-masjid di mana saja mereka ada peluang berbuat demikian.

Seolah-olah gambarannya, apabila Pas ditakdirkan ada kuasa, maka bersihlah negara ini daripada segala bentuk perjudian.

Tetapi, sejak berada di dalam kerajaan bersama PN, suara Pas berkaitan judi nampaknya kian tenggelam dan menghilang.

Di mana sekarang suara-suara Pas mahu mengharamkan semua bentuk judi, kasino genting dan segala macam judi berlesen dan tidak berlesen yang sering mereka ucapkan di ceramah-ceramah sebelum ini?

Bukankah ketika sudah berada dalam kerajaan ketika ini ia merupakan masa paling sesuai untuk Pas, selain terus bersuara, bahkan menggesa kerajaan yang mereka sendiri adalah sebahagiannya agar judi diharamkan sama sekali?

Yang lebih buruk, di samping suara mengharamkan judi tidak lagi kedengaran, jumlah cabutan khas judi yang bertambah daripada 8 kepada 22 setahun di era PN ini pun ternampak Pas tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

Apakah Pas dan para pemimpinnya tidak takut lagi kepada Tuhan sebagaimana mereka menjunjung tinggi perintah Tuhan sewaktu jadi pembangkang dulu?

Ketika baru-baru ini heboh mengenai isu promosi judi dalam iklan Hari Raya, yang digesa dan dibantah pun hanyalah tentang mengiklankan judi dalam talian yang dianggap tidak wajar dan menghina umat Islam saja.

Kenapa tiada desakan daripada Pas agar judi dalam talian itu sendiri diharamkan terus atau disekat oleh kerajaan sebagaimana sekatan dilakukan terhadap laman-laman lucah?

Kalau berkaitan SugarBook, bukan main lagi Pas menentang agar iklan promosi dan laman web itu diharamkan, tetapi kenapa dalam isu judi dalam talian, tiada gesaan lantang agar kerajaan menyekatnya sama?

Apa sudah jadi dengan Pas?

Apakah sebagaimana manusia biasanya jadi malas dan asyik nak tertidur bila kekenyangan, Pas juga jadi sedemikian setelah kenyang dengan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan PN sekarang? (Shahbudindotcom 21/04/2021)

4.9 7 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 April 2021 — 3:06 pm
Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
26 April 2021 8:30 am

CAI PHD4PIG PALING BODOH….MASA KAU PERINTAH NEGARA BANGKRAP HARGA SAWIT JATUH MERUDUM ASSET2 NEGARA DILELONG MURAH2 BERMUSUH DENGAN PENJAWAT AWAM DAN RAKYAT DIPAKSA IKAT PERUT……… PN JUGA KERAJAAN PHD4PIG SEBELAH KAKI DI KAWAL DARI JAUH OLEH DORAEMON………. Pakatan Harapan’s “War Against Corruption”………. Alwyn Lau’s article on corruption published in the Malay Mail Online today makes interesting reading (READ BELOW). “That was when we finally broke free of Umno and Barisan Nasional. I’m also reliably informed that numerous Malaysians based overseas even sent money home to support Pakatan Harapan in the heart-felt hope that, finally, some change would occur,” said Alwyn.… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
22 April 2021 7:34 am

MANA2 PARTI PALING KE DEPAN PERJUANG UNDANG2 LANGIT AKAN DIJUNJUNG RAKYAT……… UMNO TAK BOLEH TUNGGU LAGI UNTUK DESAK YDPA BUBAR PARLIAMEN…… MASALAH UMNO ADA PEMIMPIN2 YANG GILA KUASA NAK JADI PM TANPA PRU15…….. Kini, RM920=1 tan, berbanding setahun lalu RM300 Masa PH.. Al-hamdulillah……… Peneroka lega hasil sawit melonjak tinggi GUA MUSANG: Sebelum ini bertahun-tahun peneroka terpaksa mengharungi pengalaman perit apabila harga sawit jatuh merudum sehingga menjejaskan pendapatan mereka. Malah ramai yang meninggalkan kebun sawit dan getah bagi mencari rezeki di tempat lain untuk menampung keperluan keluarga. Namun pengalaman itu sudah berlalu apabila harga Buah Tandan Segar (BTS) meningkat sehingga paras… Read more »

kamal hassan
kamal hassan
23 April 2021 6:41 am

Tu lah kau bodoh harga sawit bukan ditentukan kerajaan mana2 negara pengeluar ia ditentukan pasaran masa BN perintah pun pernah harga sawit tinggi melangit dan pernah jatuh meleset
Klau nak baking pun agak2 la bagi fakta yg tepat bodoh!

trackback
JUDI - Kenapa suara PAS berbeza bila sudah jadi Kerajaan?
21 April 2021 8:59 pm

[…] Apakah sebagaimana manusia biasanya jadi malas dan asyik nak tertidur bila kekenyangan, Pas juga jadi sedemikian setelah kenyang dengan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan PN sekarang? | SDC […]

ucop
ucop
21 April 2021 7:42 pm

Penonggeng agama.

kamal hassan
kamal hassan
23 April 2021 6:43 am
Reply to  ucop

Penengek agama juga😂

najib bini rosmah
najib bini rosmah
21 April 2021 5:37 pm

Tok Peti Maza dan anjing Jkom upah 15000 sekor jangan malas. Kerja bekap demi pertahan Kerajaan PNkhianat Pembela Tauke Judi 22 kali. Jangan sampai Melayu Islam diancam Tauke Umrah. Kahkahkah!

Taro
Taro
21 April 2021 5:00 pm

Bukan pemimpin pas pis pus tak tau, yang banyak beratur tu kebanyakan penganut isle pus. Kalau diharamkan takut nanti hilang undi dari walaun

najib bini rosmah
najib bini rosmah
21 April 2021 4:34 pm

Nomboq naik 3 kali 355 333 003. Takziah Pas PNkhianat dan Tok Peti Maza sokong judi 22 kali. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
21 April 2021 4:26 pm

Menteri Liverpool gembira bergelek dalam jet tajaan tokey umrah dengar lagu raya iklan judi. Bet bet bet 003 333 Bet bet bet Menteri Liverpool bet Tok Peti Maza bet PNkhianat. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
21 April 2021 4:19 pm

Pas 18 kerusi sudah nyata sokong judi ditambah 22 kali demi ekonomi negara bawah PNkhianat. Iklan judi raya, iklan judi haji mabrur, iklan judi zakat akan menyusul. Takdir undi Islam dapat jirat. Kahkahkah!

senja merah
senja merah
21 April 2021 3:25 pm

bukan takat suara je laen…mogok pun lupa dh camna…dolu2 siap mogok depan kedai judi..skang senyap sunyi