ANTARA MANDAT PAU DAN TAKTIKAL ZAHID HAMIDI, YANG TAK DIFAHAMI, NAK TUNGGU APA LAGI?

Dua hari lalu Najib Razak meluahkan rasa tidak fahamnya mengapa BN masih lagi menyokong kerajaan PN, meskipun telah ditanggapi sebagai kerajaan yang gagal.

Kata Najib, beliau sebenarnya segan untuk memberi sebarang komen tentang tanda pagar #KerajaanGagal yang menjadi trending di laman sosial Twitter kerana BN sendiri masih lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan PN yang dianggap gagal itu.

“Saya tidak faham mengapa UMNO dan BN masih mahu terkait dengan kerajaan yang gagal ini melainkan ada yang lebih mementingkan jawatan berbanding rakyat, negara dah parti,” tambah bekas Perdana Menteri itu melalui catatan di laman Facebooknya.

Apa yang boleh difahami, kenyataan Najib ini selain ditujukan kepada kluster menteri yang semua orang tahu masih mahu kekal menikmati habuan kedudukan, jawatan dan gaji lumayan sebagai anggota kabinet, meskipun UMNO kalah pada PRU14, ia juga terlihat disasarkan kepada Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan juga Pengerusi BN.

Kalau pun kluster menteri dilihat bersungguh mempertahankan Mahiaddin Md Yassin yang tentunya bersekali dengan tujuan mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai menteri, tetapi mengapa Zahid Hamidi harus terikut arus yang sama?

Tidakkah beliau sedar, makin lama UMNO terkait dengan PN yang disepakati oleh majoriti rakyat sebagai kerajaan yang gagal, maka UMNO dan BN juga akan terbeban sama dengannya?

Bagaimana UMNO dan BN mahu meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka, jika ketika rakyat sedang sengsara dan ingin keluar daripada kesengsaraan itu, namun UMNO yang boleh berbuat sesuatu untuk merubahnya, tetapi tidak ada naluri untuk melakukannya?

Apa yang Zahid Hamidi ingin tunggu lagi sebelum mahu membuat keputusan muktamad membawa UMNO keluar daripada kerajaan?

Bukankah mandat telah diperolehinya dalam PAU2020 baru-baru ini?

Dalam hal ini, jika benar audio yang bocor sebelum ini adalah rakaman tulen perbualan Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, diharapkan beliau benar-benar membuktikan kata-katanya bahawa beliau ada strategi taktikal selepas mandat akar umbi diperolehi melalui PAU2020 itu.

Sudah tentu strategi taktikal yang hanya dirinya saja yang tahu itu akan jadi betul-betul bermakna jika ia benar-benar dilaksanakan akhirnya, sebaliknya ia tidak akan memberi apa-apa makna kiranya kekal dalam simpanan fikirannya saja.

Cuma, yang semua orang faham, jika mahu melaksanakan apa-apa tindakan atau taktikal yang matlamat akhirnya adalah untuk memastikan UMNO dan BN kembali berkuasa, ia seharusnya dilakukan sekarang, bukan dua bulan lagi atau menunggu sehingga 1 Ogos baru berbuat demikian.

Dalam situasi ini, bukan saja Najib yang susah nak faham mengapa UMNO masih lagi mahu menyokong kerajaan yang gagal ini, majoriti rakyat yang mengharapkan perubahan juga turut tidak faham.

Ini kerana sekarang adalah waktu Mahiaddin tengah lemah, sangat dibenci, paling ditolak, kepimpinannya sedang berselirat dengan banyak masalah dan gabungan PN yang ditunjanginya belum begitu kukuh untuk berdepan pengundi dalam pilihanraya.

Sekaranglah masa paling sesuai untuk UMNO mengumumkan keluar daripada kerajaan PN, sama ada ke arah pembentukan kerajaan baharu atau bagi memaksa Mahiaddin mengadakan PRU15 dengan seberapa segera.

Selain itu, dengan membuat ketetapan rasmi meninggalkan kerajaan dengan segera juga, UMNO dengan sendirinya dapat membersihkan dirinya daripada anasir pemimpin dua kolam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

Mana-mana pemimpin yang enggan akur kepada ketetapan parti sudah boleh diambil tindakan disiplin atau akhirnya mereka sendiri memilih untuk bersama Mahiaddin dan Bersatu.

Khusus untuk pemimpin kluster menteri yang terzahir sebahagian mereka sekarang ini lebih sayang Bersatu daripada UMNO, inilah masanya untuk melihat ke mana hala tuju pilihan mereka.

Dengan demikian, tugas UMNO akan menjadi lebih mudah untuk menghadapi PRU15 dan mencipta kemenangan dengan menumbangkan Mahiaddin dan PN.

Lagi lama masa dibiarkan berlalu, ruang akan lebih tersedia untuk Mahiaddin meminimakan masalahnya atau dengan kuasa yang dimiliknya, beliau turut mampu menjadikan UMNO jadi lebih huru-hara.

Untuk itu, sementara diharapkan Zahid Hamidi benar-benar ada strategi taktikal dalam percaturannya sebagaimana disebutnya dalam perbualan telefon dengan Anwar itu, janganlah akhirnya ia kekal selama-lamanya dalam simpanan kotak fikirannya dan tidak berani dilaksanakan sampai ke sudah.

Jika itu yang berlaku dan Mahiaddin kemudian berjaya menyeret tarikh PRU sehingga ke tahun depan atau 2023, kelewatan Zahid Hamidi bertindak bukan saja bermakna beliau sengaja menempah laluan untuk disingkirkan daripada jawatan Presiden UMNO, malah pintu penjara juga lebih terbuka untuknya. (Shahbudindotcom 20/04/2021)

5 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 20 April 2021 — 1:52 pm
Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
21 April 2021 7:37 am

UMNO TIADA JALAN LAIN MELAINKAN DESAK YDPA BUBAR PARLIAMEN SEGERA……… SAKI BAKI PHD4PIG SEPERTI TOK KADOK TAK BOLEH DIBIARKAN LAGI DALAM KERAJAAN………. Runtuh lagi, 300 PKR keluar parti sertai GERAKAN -Datuk See Tean Seng……. IPOH: Kecewa dengan perebutan dalaman kepimpinan dan mengabaikan kepentingan rakyat, seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat bertindak keluar dari parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN). Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng berkata, ahli tersebut telah keluar dari PKR setahun lepas dan kini secara rasmi menyertai mereka selepas pihaknya menerima borang permohonan keahlian. “Setakat ini seramai 300 bekas ahli PKR… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 April 2021 7:49 pm

April 20, 2021
MAHATHIR MINCES NO WORDS AS HE SEEKS AUDIENCE WITH AGONG – ‘MANY MALAYS NOW ANGRY WITH THE RULERS. THEY ARE NOW COMING FORWARD TO CRITICIZE THEIR RULERS BECAUSE THEY ARE SUFFERING DUE TO THE STATE OF EMERGENCY’

https://www.malaysia-chronicle.com/?p=203939

Anonymous
Anonymous
20 April 2021 10:27 pm
Reply to  Anonymous

((LIVE)) Penyerahanan warkah menghadap YDPA untuk MEMORANDUM #TAMAT DARURAT

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/live-penyerahanan-warkah-menghadap-ydpa.html

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
20 April 2021 3:32 pm

DAPIG PENUNGGANG AGAMA KRISTIAN BILA NAK JADIKAN TANAH MELAYU NEGARA KRISTIAN SEBAGAI MANIFESTO JESUS KINGDOM OF GOD……… TAK ugut, hanya peringatan. ‘seghiau jugak nu…’…….. Muhammad Sanusi pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, hari ini.- NSTP/ Luqman Hakim Zubir Kedah nafi ugut Pulau Pinang guna air selut ALOR SETAR: Kerajaan negeri tidak pernah mengugut Kerajaan Pulau Pinang yang mungkin terpaksa menggunakan ‘air selut’ sebaliknya ia hanya satu peringatan berikutan Kedah dijangka melaksanakan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) pada tahun ini. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata terdapat 14 TAPS akan dibina untuk menakung air… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
20 April 2021 2:04 pm

UMNO TAK BOLEH SEMATA2 KELUAR PN LEPAS TU NAK JADI BAHAN BULI PAK DAJJAL PULAK KE….. . . UMNO PATUT SIGN SD DESAK YDPA BUBAR PARLIAMEN…..TAK GUNA TUNGGU COVID SELESAI KERANA TOK KADOK HANYA PUPPET DORAEMON YANG AKAN LENGAH2KAN PRU15…….. PEMIMPIN BERMASALAH SEPERTI PAK SHEIKH TENTU TAK DIBERKATI TUHAN……… PARTI KADOK PN PUN SEBAHAGIAN PHD4PIG JUGAK TENTULAH BERMASALAH…….. SETAKAT INI TIADA NEGARA MENGAKU BERJAYA KEKANG COVID ……… DAH TERBUKTI TOK KADOK HANYA PUPPET DORAEMON………… RAKYAT PILIH PARTI DAN PARTI BERTANGGUNG JAWAB TENTU ARAH TUJU………. PHD4PIG 22 BULAN TAK BUAT APA2 PUN SEBAB MEREKA SUKA BERJUDI…….PN BARU 12 BULAN SIBUK DENGAN… Read more »

sibedoh
sibedoh
20 April 2021 12:52 pm

Strategi taktikal? Wak Jahid tdk berkemampuan berfikiran strategik. Entah2 gelaran Dr. yg mendahului namanya pun amat diragukan keabsahannya. Jgn2 dia membayar org ataupun agensi perkhidmatan yg tumbuh seperti cendawan di alam maya meyedia & menyiapkan Disertasi kedoktorannya. Wak Jahid, pls show me ur dissertation yg tulen. Prove to us that u r a real deal. Pd hari awak mengambil d leadership baton frm Najib, dUMdNO, it was doomsday for dUMdNO. Sbg yg dinyatakan oleh Nazri, u r a LIALIBILITY without leadership quality!

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
20 April 2021 11:18 am

UMNO PATUT SIGN SD DESAK YDPA BUBAR PARLIAMEN…..TAK GUNA TUNGGU COVID SELESAI KERANA TOK KADOK HANYA PUPPET DORAEMON YANG AKAN LENGAH2KAN PRU15…….. PEMIMPIN BERMASALAH SEPERTI PAK SHEIKH TENTU TAK DIBERKATI TUHAN……… PARTI KADOK PN PUN SEBAHAGIAN PHD4PIG JUGAK TENTULAH BERMASALAH…….. SETAKAT INI TIADA NEGARA MENGAKU BERJAYA KEKANG COVID ……… DAH TERBUKTI TOK KADOK HANYA PUPPET DORAEMON………… RAKYAT PILIH PARTI DAN PARTI BERTANGGUNG JAWAB TENTU ARAH TUJU………. PHD4PIG 22 BULAN TAK BUAT APA2 PUN SEBAB MEREKA SUKA BERJUDI…….PN BARU 12 BULAN SIBUK DENGAN COVID…….. MANA CAI2 PHD4PIG YANG ANGGAP PN TAK BERTANGGUNG JAWAB………. Isu selesai, Illi Najwa masih Islam – Mufti… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 April 2021 6:17 pm

Dari laporan ini tidak jelas tetapi boleh di rumus pasangan lelaki rakyat Sikh India ya itu Captain pasukan Hoki Negara India telah masuk agama Islam utk mengahwini perempuan rakyat Malaysia Melayu Islam. Details masuk Islam tidak dijelaskan.

Jugak tidak dilaporkan reaksi diIndia kerana fakta dibawah kerajaan ultrakonservatif hindu Modi, terdapat undang2 keras larang rakyatnya menukar agama dari Hindu/Sikh utk kahwin dgn orang Islam.

Utk faham selesai tak isu ini perlu tahu apakah kontext undang2 ini kerana tidak mahu tekanan kpd pasangan Islam ini diIndia.