KENAPA KERAJAAN TAK SEKAT JUDI DALAM TALIAN SEPERTI WEB LUCAH DISEKAT – PRESIDEN UMNO

Syarikat judi online sekarang ini nampaknya semakin galak mempromosikan aktiviti judi atas talian. Wah, siap undang pelakon dan penyanyi Melayu bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Tak ada wang untuk berhari raya boleh cuba di company mereka. GDBET333. Mana tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam. Bak kata netizen masuk RM10 cuci RM30. Begitulah gamaknya.

Sebenarnya konsep itu salah. Yang sebenar-benarnya beri taukeh RM2,000 mereka beri balik RM20. Habis semua harta Ismeth Ulam Raja di luar negara jika terjebak judi atas talian.

Judi online ini bukanlah baharu tetapi sudah lama bertapak di negara ini. Jika dahulu mereka beroperasi di premis tetapi ketika saya menjawat Menteri Dalam Negeri pada 2016, aktiviti itu berjaya dilumpuhkan.

Sejak daripada itu taukeh judi mengubah operasi dengan menggunakan telefon bimbit. Kaki judi tidak lagi perlu pergi ke premis sebaliknya hanya memuatnaik aplikasi di telefon pintar. Mereka akan memasukkan wang ke akaun syarikat sebelum diberikan kredit untuk bertaruh. Bahkan ada pelajar sekolah turut terjebak. Katanya ketagih dengan game Great Blue.

Sebelum ini syarikat mempromosikan aktiviti itu dengan mengiklankan di media sosial selain menghantar mesej kepada pengguna telefon pintar. Terbaharu siap buat iklan lagu hari raya. Nampaknya Petronas dan TNB yang selalu buat iklan raya pun boleh kalah.

https://www.facebook.com/100059392257037/posts/167390028584071/?sfnsn=wa

Apa yang saya mahu tekankan kepada orang ramai jangan terpengaruh. Jika menurut video raya itu, adakah anda mahu menggunakan wang judi untuk persiapan hari raya ataupun memberi wang hasil judi kepada ibu bapa?

Cukup-cukuplah. Ini bulan Ramadan sepatutnya tingkatkan amal ibadah untuk bertemu Allah SWT. Judi ini tiada kesudahan. Andai kata hari ini menang esok lusa pasti akan kalah lebih teruk. Bahkan doa orang yang memakan hasil judi tidak dimakbulkan Allah SWT.

Saya membaca kenyataan bahawa Bukit Aman sudahpun menyiasat pelakon dan penerbit video lagu hari raya yang mempromosikan aktiviti judi berkenaan. Dan saya harap pihak polis mengekang habis habisan aktiviti tidak bermoral itu.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2021/04/695487/polis-siasat-penerbit-pelakon-iklan-judi-raya

Judi menghancurkan negara, masyarakat, institusi sosial, keluarga malah menjeratkan individu terbabit dengan pinjaman ah long. Hasilnya sudah kita lihat.

Saya juga membaca kenyataan SKMM bahawa pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap iklan judi terbabit.

https://www.tuncarlos.com/2021/04/iklan-judi-raya-pengguna-media-sosial.html

Itu bukan jawapan yang tegas daripada SKMM. Selama ini SKMM bersama pasukan cybertroopers begitu tegas dengan komen-komen panas. Sepatutnya cybertroopers yang diupah membentuk masyrakat jangan berjudi. Ini masalah rakyat dan negara.

Jawapan yang tegas adalah SKMM perlu berkata bahawa mereka akan membasmi sepenuhnya aktiviti judi atas talian. Kita seringkali mendengar alasan kedegilan syarikat judi meneruskan aktiviti biarpun pelbagai operasi sudah dijalankan. Ada juga alasan syarikat menggunakan cip yang berpangkalan di luar negara.

Tetapi kita lupa bahawa rangkaian Internet dikawal oleh kerajaan. Maka SKMM boleh menyekat semua link atau laman web judi atas talian sebagaimana mereka menyekat ribuan laman web lucah.

Bukankah begitu? Masalah ini boleh diselesaikan dengan cepat.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.

Updated: 19 April 2021 — 2:57 pm

9 Comments

Add a Comment
  1. MEME LAAR PHD4PIG KUAT BERJUDI , MINUM ARAK DAN MENYUNDAL……..

    UMNO TIADA JALAN LAIN MELAINKAN DESAK YDPA BUBAR PARLIAMEN SEGERA………

    SAKI BAKI PHD4PIG SEPERTI TOK KADOK TAK BOLEH DIBIARKAN LAGI DALAM KERAJAAN……….

    Runtuh lagi, 300 PKR keluar parti sertai GERAKAN -Datuk See Tean Seng…….

    IPOH: Kecewa dengan perebutan dalaman kepimpinan dan mengabaikan kepentingan rakyat, seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat bertindak keluar dari parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

    Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng berkata, ahli tersebut telah keluar dari PKR setahun lepas dan kini secara rasmi menyertai mereka selepas pihaknya menerima borang permohonan keahlian.
    “Setakat ini seramai 300 bekas ahli PKR dari Ipoh barat telah menyatakan hasrat menyertai kami. Daripada jumlah itu, kira-kira 50 borang keahlian telah lengkap diisi dan diserahkan. Ada juga borang yang yang masih dalam proses penelitian pihak kami.

    “Kami terima penyertaan mereka dan akan memberikan penerangan mengenai perjuangan kami,” katanya dalam sidang media di Wisma Gerakan Ipoh hari ini.

    Sementara itu, seorang wakil dari kumpulan bekas ahli PKR Ipoh Barat tersebut, Alfaizal Shahul Hamid, 44, berkata, keputusan yang dibuat mereka itu adalah disebabkan perebutan kuasa yang sering berlaku dalam kepimpinan PKR, selain tidak mengendahkan masalah rakyat sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    “Perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk rakyat. Oleh itu, saya sertai ahli-ahli yang lain mengambil keputusan untuk keluar parti,” katanya dalam sidang media yang sama. – BERNAMA

    Ib

  2. Ini judi online baru ada sekarang ke Budin? Cuba tanya bekas menteri KDN itu…. dulu masa jadi menteri dia buat apa?

  3. PHD4PIG 22 BULAN TAK BUAT APA2 PUN SEBAB MEREKA SUKA BERJUDI…….PN BARU 12 BULAN SIBUK DENGAN COVID……..

    MANA CAI2 PHD4PIG YANG ANGGAP PN TAK BERTANGGUNG JAWAB……….

    Isu selesai, Illi Najwa masih Islam – Mufti Johor………..

    SULTAN Ibrahim berkenan menerima mengadap Illi Najwa di Pejabat Mados, Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini. FOTO IHSAN ROYAL PRESS JOHOR

    JOHOR BAHRU: Siasatan secara menyeluruh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar, tahun lepas, masih beragama Islam.

    Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata pihaknya telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain untuk diambil keterangan.

    Beliau berkata pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

    “Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk menghadap baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    “Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

    -Kenyataan itu dikeluarkan selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Illi Najwa di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini yang turut disertai Yahya dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin.

    Pada pertemuan itu, Yahya mempersembahkan hasil siasatan JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan pasangan tersebut.

    Ia susulan Sultan Johor telah menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor pada Disember lalu untuk menyiasat status terkini agama wanita berkenaan bersama pasangannya.

    Sultan Ibrahim bertitah sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia, selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

    Disember lalu, pasangan itu melangsungkan perkawinan mereka di kampung halaman Manpreet di Punjab, India. – BERNAMA

  4. KAH KAH KAH

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Abis macai2 tua Peju-wang, Kejora dah kasi lebur
    FuckTun bingai lari smpai taik cirit dia berterabur
    John Doe tukar karier, jadi tok nujum tilik nombor
    Wak Suman & Nek TN pula, bersemadi dlm kubor
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    1. Nasib malang Mourinho sbg the Special One hancur lebur bila dipecat Spurs. Minggu lepas cakap angkuh same coach, differerent players. Minggu ini dimalukan, tak diperlukan.

      Samalah Atok Saka, dipuja sbg Wily Old Fox oleh penjilat2. Bala dan musibah dibebani rakyat dan negara sekarang gara2 Atok Saka menipu dua orang cucu dalam promo PH sebelum PRU14, Atok dah tadak masa.

      Mourinho mungkin boleh mencari kerja lagi, tapi Atok in no-mans land bila membawa reputasi kaki kencing ditolak PH dan PN walaupun diumur 95 maseh bercita2 PM9.

  5. Bukan ke PN tambahkan izin lesen kekerapan cabutan perjudian walhal sebaliknya dilakukan era PH. Agaknya ni lah caranya PN nak kutip duit kerana bangang nak cari duit cara lain. Pelabur pun dah melebur, lari jauh. Elok sangat lah tambah lesen judi. Adi Wang kan cekap bab2 dalil dan nas utk halalkan yg haram dan haram kan halal. Kan darurat sekarang.. boleh halal lah agaknya. Janji PN boleh penuhkan balik tabung negara. Tak gitu Bang Ji Adi Wang???

  6. (BERKAITAN KANDUNGAN TAJUK POS)

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Dlm hal ni Kejora sgt bersetuju dgn Zahid Hamidi
    Mmg kerajaan kena tegas dlm membanteras judi
    Tapi ke mana dia dh hilang, nenek betina tua kedi
    Apakah betul dah berhenti dia punya denyut nadi?
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

  7. RAKAN2 BLOG YANG DIHORMATI SEKALIAN:

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Beramal lah kita mengikut sunnah & amalan nabi
    Tak kesah klu kita dicop sbg Hanapi atau Wahabi
    Berpada-padalah klu nak berkempen atau melobi
    Usah terus dgn maki caci, yg selama ini jadi hobi
    Berubahlah diri klau kita asyik kena basuh & dobi
    Jgn terus tk reti malu..muka tebal mcm kulit babi
    Bkn apa kot tak tertepis kwn taji tibai bertubi-tubi
    Nanti kita jadi takut,mengintai sja di tepi serambi
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

  8. RAKAN2 BLOG YANG DIHORMATI SEKALIAN:

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Salam sejahtera buat rakan2, muslimin muslimah
    Kejora mulakan dgn berpantun..sbg muqaddimah
    Mari le, kita berkomen, dgn cara penuh berhemah
    Sama2 kita saling menyeru, dngn cara berhikmah
    Jaga le sama kesopanan, dlm kita punya kalimah
    Jgn lah nak lagak hebat, klu bahasa kita tu lemah
    Dpd mencari sakit lebih baik le diam je kat rumah
    Bkn apa..kot kwn taji, debu lantai kita kena jamah
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Leave a Reply

Your email address will not be published.