KENAPA SUSPEK MASIH DALAM REMAN DIURUSKAN POLIS BUAT PERMOHONAN MAAF? – SOAL AHLI DEWAN NEGARA KEPADA IGP

Saya terpanggil untuk mengulas laporan media mengenai majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa, yang tiba-tiba diberi layanan cukup istimewa oleh polis sehingga boleh tampil membuat ‘sidang media’ khas memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong.

Pada saya ini mesej yang salah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau membenarkan layanan istimewa diberikan kepada suspek ini, sementalah lagi namanya sendiri selaku Ketua Polis Negara ada disebut dan terkait dalam laporan polis oleh mangsa, yang telah pun tular di media sosial.

Abdul Hamid tidak boleh membisu kerana ketika reman masih belum selesai dan siasatan sedang berjalan, dua anggota polis ditugaskan khas untuk mengiringi suspek bertemu pihak media, sedangkan apa yang sepatutnya dibuat adalah melengkapkan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan.

Justeru, saya menuntut Abdul Hamid sendiri perlu tampil memberi penjelasan dalam isu ini bagi membuktikan kesungguhan beliau dalam memerangi sebarang salah laku dalam pasukan polis.

Ini kes jenayah. Perlu apa minta maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong?

Apakah dengan penyataan maaf ini, maka kes jenayah kekerasan yang dilakukan akan ditutup dan suspek berkenaan akan bebas dan lepas begitu sahaja?

Apakah emas 100 kg dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM28.54 juta berserta pistol yang dirampas bakal dipulangkan dan suspek akan kembali dengan bergaya menjalankan aktivitinya haram selepas ini?

Jika itu mesej yang cuba disampaikan pihak polis, maka layanan serupa juga perlu diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana sehingga kini barangan rampasan milik bekas Perdana Menteri tersebut terkait siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dikembalikan oleh polis.

Kepada Abdul Hamid, saya menegaskan bahawa apa yang rakyat dan umat Islam hendak tengok dalam kes ini ialah suspek segera didakwa, umat Islam tidak dahagakan permohonan maaf dari suspek yang bangsat ini.

YB Senator Muhammad Zahid Md Arip Ahli Dewan Negara

18 April 2021.

4.9 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 18 April 2021 — 7:56 am
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
20 April 2021 9:49 am

PARTI KADOK PN PUN SEBAHAGIAN PHD4PIG JUGAK TENTULAH BERMASALAH…….. SETAKAT INI TIADA NEGARA MENGAKU BERJAYA KEKANG COVID ……… DAH TERBUKTI TOK KADOK HANYA PUPPET DORAEMON………… RAKYAT PILIH PARTI DAN PARTI BERTANGGUNG JAWAB TENTU ARAH TUJU………. PHD4PIG 22 BULAN TAK BUAT APA2 PUN SEBAB MEREKA SUKA BERJUDI…….PN BARU 12 BULAN SIBUK DENGAN COVID…….. MANA CAI2 PHD4PIG YANG ANGGAP PN TAK BERTANGGUNG JAWAB………. Isu selesai, Illi Najwa masih Islam – Mufti Johor……….. SULTAN Ibrahim berkenan menerima mengadap Illi Najwa di Pejabat Mados, Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini. FOTO IHSAN ROYAL PRESS JOHOR JOHOR BAHRU: Siasatan secara menyeluruh Jabatan Agama Islam… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 April 2021 1:25 pm

KAH KAH KAH

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Tak ada lagi badut pelawak utk bikin hati kita geli
Tak ada lagi mangsa utk Kejora dera, siksa & buli
Ke rahmatullah si betina tua renta tu dah kembali
Diucap takziah, kpd keluarganya & jugak Bang Ali
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Tawil Godang
Tawil Godang
18 April 2021 10:23 am

Dan mana salah nya kalau KPN yang aturkan. Siasat tetap siasat. Hukuman tetap menanti.

Yang perlu di risaukan apa kah orang Islam memaafkannya ? Dan jika di maafkan pun mustahil dia di lepaskan atau hukuman dia di ringankan. Lagi lah orang Islam marah.

Permohonan maaf tersebut sebanyak sedikit meredakan keadaan dan merupakan satu pengakuan bersalah.

Apa cerita kalau orang kena tuduh buat cerita yang kes merupakan kes gangster ? Kedua-dua mangsa juga terlibat dengan hal-hal gangsters bukan hanya sebagai bodyguard?

Lebih jadikan isu iklan judi yang boleh merosakan masyarakat..

trackback
Kenapa suspek masih dalam reman diurus oleh polis buat permohonan maaf? - soal Ahli Dewan Negara pada IGP
18 April 2021 9:15 am

[…] YB Senator Muhammad Zahid Md Arip Ahli Dewan Negara | SDC […]

Anonymous
Anonymous
18 April 2021 8:15 am

Apa kah gazet darurat satu langkah keparat? Realitinya Covid makin melarat. Hidup kerajaan musibat, kabinet Melayu lebai munafik terhebat!!!.

https://www.sinarharian.com.my/article/134063/BERITA/Nasional/Kerajaan-masih-gagal-tangani-Covid-19-selepas-3-bulan-darurat