Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BOLEH RENTAS NEGERI ATAU TIDAK DI HARI RAYA, KERAJAAN DISARAN BUAT KETETAPAN AWAL

Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangguhkan perjalanan rentas negeri menjelang Aidilfitri ternyata menggusarkan orang ramai.

Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan dengan jelas kerana bimbang boleh menimbulkan kemarahan orang awam.

Bagi umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa ketika ini mereka mengharapkan perjalanan rentas negeri dibolehkan bagi meraikan Lebaran di kampung halaman. Apatah lagi sudah terlalu lama mereka tidak dibenarkan pulang untuk menjenguk orang tua di desa.

Namun peningkatan kes harian Covid-19 di awal Ramadan ini amat dikhuatiri. Bukan apa, ia akan dijadikan alasan perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan.

Saya bimbang apabila kemarahan orang awam memuncak, kerajaan pada saat-saat akhir akan membenarkan perjalanan rentas negeri bagi merayakan Aidilfitri.

Dan hasilnya selepas itu, kita akan menyaksikan kes Covid-19 akan mencanak tinggi.

Dan mungkin ketika itu laporan harian pandemik akan dijadikan alasan untuk memanjangkan tempah darurat. Sedangkan ia sepatutnya berakhir pada 1 Ogos 2021.

Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, seelok-eloknya kerajaan menerusi KKM membuat ketetapan bermula sekarang. Boleh atau tidak perjalanan rentas negeri.

Apa yang penting jangan flip flop atau menyusahkan orang ramai seperti pelaksanaan pembelajaran di rumah (PDPR). Komputer riba sudah dibeli tetapi sekolah dibuka semula selepas itu.

Lebih penting pemberitahuan awal mengenai rentas negeri adalah untuk memudahkan kakitangan awam dan swasta menyusun jadual dan memohon cuti untuk meraikan Aidilfitri.

Pada masa itu mungkin ada yang sudah membeli tiket bas dan tiket kapal terbang. Jika sekejap boleh sekejap tak boleh seperti iklan biskut Chipsmore ia pasti menyusahkan.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x