Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

EHH…JANGANLAH MENGAKU SUDAH TUA TUN, SIAPA PULA NAK JADI PM DARIPADA PEJUANG NANTI?

Kata Tun Mahathir Mohamad, beliau kini tidak lagi mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga kerana berasakan dirinya sudah terlalu tua.

“Sekiranya saya masih muda, saya boleh menjadi Perdana Menteri lagi, tetapi saya sekarang berusia 95 tahun.

“Saya rasa saya tidak seharusnya lagi menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga,” katanya kepada Bernama.

Begitu pun, tambah bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu, beliau lebih berminat untuk memberi nasihat atas hal-hal tertentu saja selepas ini.

Ehhh…apa ni Tun?

Janganlah macam ni?

Kalau Tun Mahathir berasa dirinya sudah tua dan tidak mahu lagi menjadi Perdana Menteri, ia sepatutnya dilakukan pada Februari 2020 lalu iaitu sebaik saja meletakkan jawatannya pada waktu itu.

Tetapi, kenapa ketika itu setelah meletakkan jawatan, masih lagi beria-ia mahu menjadi Perdana Menteri semula?

Nanti betullah kata orang, tujuan Tun hanya mahu menghalang Anwar Ibrahim mendapat jawatan tersebut.

Bahkan, dengan menolak rayuan Agong agar tidak meletakkan jawatannya, tidakkah ia bermakna ketika itu Tun Mahathir tidak berminat lagi mahu menjadi Perdana Menteri?

Namun, mengapa masih bersungguh-sungguh lagi mahu merebut jawatan Perdana Menteri pada waktu itu?

Apa bezanya usia 94 tahun ketika tahun 2020 dengan usia 95 tahun pada 2021?

Siapa kata Tun sudah tua?

Jika di usia 94 tahun masih ghairah nak jadi Perdana Menteri lagi, apa bezanya mengekalkan keghairahan yang sama pada usia 95 tahun sekarang ini?

Lagi pun, bukankah dalam negara ini hanya Tun seorang saja yang layak jadi Perdana Menteri?

Selain itu, berbanding pada 2020 dahulu dengan sekarang di mana Parti Pejuang yang Tun tubuhkan masih belum diluluskan serta memerlukan sentuhan Tun untuk menarik sokongan rakyat, keberadaan Tun untuk terus menjadi Perdana Menteri tentu saja jauh lebih penting lagi.

Takkanlah untuk menghadapi PRU15 akan datang, Pejuang hendak menamakan Mukhriz Mahathir atau Marzuki Yahya sebagai calon Perdana Menteri?

Siapa nanti nak sokong mereka berdua itu?

Jika bukan Tun sebagai calon Perdana Menteri, bimbang nanti Pejuang lebih dulu berkubur sebelum pun pendaftarannya diluluskan oleh RoS dan menyertai PRU.

Oleh itu, mahu tidak mahu, Tun mesti jadi Perdana Menteri sekali lagi, bahkan kali ini Tun juga mesti meyakinkan rakyat yang Tun mampu memegang jawatan itu sekurang-kurangnya satu atau dua penggal lagi.

Dengan demikian, diharap Tun tarik baliklah pendirian terbarunya ini.

Untuk entah kali yang ke berapa, buatlah U-Turn sekali lagi Tun!!

Tambahan pula, tak bimbangkah Tun jika selepas PRU15 nanti, Anwar benar-benar berpeluang jadi Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 15/04/2021)

5 5 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

130 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
130
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x