HAMZAH ZAINUDDIN DIKECAM CAMPURTANGAN PERTUKARAN PEGAWAI2 KANAN POLIS

Saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang memandang serius percubaan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang cuba campur tangan dalam urusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dalam soal pertukaran jawatan dan tugas pegawai-pegawai kanan polis Malaysia dalam PDRM.

Saya mendapat maklum bahawa Ketua Polis Negara telah membuat keputusan menukarkan jawatan dan tugas pegawai-pegawai tinggi PDRM menurut kuasa Undang-Undang yang memperuntukkan “ Control and Command” PDRM adalah terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apa tah lagi untuk menggagalkan keputusan yang telah diambil oleh Ketua Polis Negara.

Saya memandang perkara yang cuba dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri adalah serius. Walaupun sekarang negara berada di dalam keadaan Darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Satu perkara yang perlu diingat bahawa baru-baru ini, Ketua Polis Negara telah mendedahkan wujudnya gejala yang dipanggil Kartel di dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.

Pada hari ini pula, Sabtu 10 April 2021 melalui telivesyen (Astro Awani jam 3 petang), Ketua Polis Negara telah mendedahkan bahawa Dadah telah menjadi ancaman nombor satu negara.

Menurut beliau jumlah rampasan dadah oleh Polis seperti syabu dan lain-lain dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion.

Manakala ada akhbar pada hari ini, (Sinar Harian 10 April 2021) di muka depan mendedahkan Malaysia telah menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.

Akhirnya, sebagai Ahli Parlimen, saya menasihatkan supaya Menteri Dalam Negeri menarik balik arahannya yang meminta Ketua Polis Negara menangguhkan keputusan pertukaran pegawai-pegawai kanan Polis.

Ketua Polis Negara mesti diberi ruang dan sokongan semua pihak untuk membasmi jenayah di negara ini dan menjadikan PDRM sebuah agensi yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dapat berfungsi secara profesional, cekap dan amanah.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Merangkap

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi Dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan, Dewan Rakyat

Bertarikh 10 hb April 2021.

3.9 10 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 10 April 2021 — 5:31 pm
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
12 April 2021 8:55 am

MP2 UMNO PATUT BUAT SD DESAK SEGERAKAN BUBAR PARLIAMEN KERANA NEGARA SUDAH TAK KERUAN……… YANG KAFIRKAN UMNO SEMUA DAH LARI MASUK PARTI AGAMA SYIAH TELINGA KUALI………. UMNO DALAM PHD4PIG TAHAN 2 BULAN JEEE…….JIBENG JADI PM LAGILAH……. Anwar Ibrahim Is Damaged Goods… Anwar Ibrahim is damaged goods. Zahid Hamidi is now also damaged goods as well. Anwar is a liability to PKR and Pakatan Harapan as is Zahid to Umno and Barisan Nasional. The reason Pakatan Harapan won the general election inkhhg Anwar Ibrahim has been conning Malaysians far too many times that whatever he says can no longer be believed.… Read more »

Rohaizad
Rohaizad
10 April 2021 10:37 pm

Samseng Bela hantu

Anonymous
Anonymous
10 April 2021 6:02 pm

Dia ada projek ternak penyangak & lanun kot?

Anonymous
Anonymous
10 April 2021 6:00 pm

Sopa jadah..