Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DUA MENTERI INI PASTI TIADA MASALAH MENGECAM SIAPA PELAKU ‘VIDEO HAZIQ’?

Kata Annuar Musa, beliau 100 peratus yakin rakaman audio yang tular yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim adalah tulen.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau telah mendengar audio perbualan itu lebih 10 kali dan bukanlah sukar untuk mengenal pasti identiti kedua-dua individu berkenaan.

“Suara orang lain berlakon dengan suara sebenar, saya boleh cam.

“Saya dengar lebih 10 kali malam tadi dan saya yakin 100 peratus itu suara tulen, bukan dibuat-buat.

“Lagi pula, saya juga agak rapat dengan kedua-dua mereka,” tambah bekas Setiausaha Agung BN itu lagi.

Seorang lagi menteri, Zuraida Kamaruddin turut melahirkan keyakinan audio tersebut juga tulen.

Ini kerana, ujarnya, beliau sangat mengenali suara Anwar berikutan telah berada dalam PKR selama 20 tahun lamanya.

“Saya dengar (rakaman audio itu) dan selepas berada dalam PKR selama 20 tahun, saya percaya itu suara Anwar,” kata bekas Naib Presiden PKR itu lagi.

Maknanya, kedua-dua menteri ini memang hebat, malah mereka juga layak jadi pakar forensik untuk negara.

Hanya dengan mendengar suara saja pun mereka sudah yakin rakaman audio yang tular di media sosial adalah 100 peratus tulen.

Jika dengan hanya mendengar suara sudah boleh mengecam ia suara siapa, tentulah jika melihat video lebih mudah lagi mengenal pasti pelaku di dalamnya.

Bolehkah sekarang Annuar dan Zuraida mengesahkan siapa pelaku dalam “video Haziq” yang juga tular sebelum ini?

Jika Anwar sudah dikenalinya selama 20 tahun, tentunya Azmin Ali yang diperkatakan ramai adalah salah seorang pelaku dalam “video Haziq” itu juga telah dikenali oleh Zuraida selama 20 tahun lamanya.

Jadi kepada Zuraida, tolong beritahu kepada rakyat Malaysia siapakah salah seorang pelaku dalam “video Haziq” itu kerana membuat pengecaman dalam video tentu lebih mudah berbanding audio?

Kepada Annuar pula, sila tonton video Haziq 10 atau 20 kali selepas ini, kemudian beritahulah siapa salah seorang pelakunya?

Tiap Rabu berjumpa dalam mesyuarat kabinet, mustahil susah nak kenal?

Dan jangan pula Annuar dan Zuraida terus senyap saja selepas ini? (Shahbudindotcom 09/04/2021)

4.7 10 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

141 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
141
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x