Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

NASIHATI MENTERI2 UMNO JANGAN LETAK JAWATAN, MUHYIDDIN SAH PENAKUT!!

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akhirnya mengesahkan menteri-menteri UMNO telah datang menemuinya pada Isnin lalu susulan ketetapan PAU2020 yang memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, seterusnya memberi mandat kepada Presiden dan MT UMNO menetapkan tarikh yang sesuai untuk meninggalkan kerajaan.

Kata Muhyiddin, menteri-menteri UMNO datang untuk meminta nasihatnya berkenaan kedudukan mereka dalam kabinet.

Lanjutan itu, tegas Perdana Menteri, “Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

“Justeru, saya tidak mahu perletakan jawatan mereka dari kabinet menjejaskan segala perancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri UMNO akan terus kekal berada dalam kabinet”.

Di atas adalah sebahagian petikan kenyataan media yang dikeluarkan Muhyiddin berhubung perjumpaannya dengan menteri-menteri UMNO itu.

Apa yang paling mudah difahami daripada kenyataan media tersebut?

Jelas dan terbukti bahawa daripada kenyataan media itu Muhyiddin yang sebenarnya telah menasihati menteri-menteri UMNO agar tidak meletakkan jawatan.

Meskipun ketetapan PAU adalah putus hubungan dengan Bersatu dan menteri-menteri UMNO akan meninggalkan kerajaan setelah ditetapkan oleh MT atau menjelang 1 Ogos iaitu sebaik tempoh darurat berakhir, tidak mustahil ada di kalangan menteri-menteri UMNO yang menyatakan kesediaan meletakkan jawatan mereka lebih awal lagi, sesuai dengan tujuan kedatangan mereka berjumpa itu adalah untuk meminta nasihat berkenaan kedudukan mereka dalam kerajaan.

Tetapi, oleh kerana Muhyiddin takut kerajaannya jatuh dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berakhir, maka beliau telah menasihati mereka agar tidak berbuat demikian.

Tidak mustahil juga, dalam menasihati itu Muhyiddin turut merayu mereka agar jangan letak jawatan.

Kalau bukan kerana takut kedudukannya berakhir, untuk apa Muhyiddin menasihati atau mungkin merayu mereka agar jangan letak jawatan?

Bukankah beliau boleh berpendirian, “Terserahlah kepada anda semua sama ada nak letak jawatan atau tidak kerana UMNO sudah membuat ketetapan sedemikian”.

Lebih gentleman lagi, oleh kerana MT UMNO akhirnya pasti akan membuat keputusan meninggalkan kerajaan pada masa yang sesuai atau menjelang 1 Ogos depan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang tidak boleh dilihat lekeh, seharusnya berkata, “Eloklah anda semua undur diri sekarang sebelum saya ambil tindakan memecat dan menggantikan dengan orang lain”.

Namun, kenapa Muhyiddin tidak berani berbuat demikian?

Tidakkah dengan orang yang sudah membuat ketetapan untuk putus hubungan, seseorang itu seharusnya berani “menghalau” mereka tanpa gentar atau berlengah lagi?

Apa barang jadi Perdana Menteri tapi masih tiada keberanian seperti pahlawan? (Shahbudindotcom 31/03/2021)

4.5 6 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

26 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
26
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x