PKP ATAU LARANGAN RENTAS NEGERI, SEMUANYA RAKYAT SUDAH TIDAK PEDULI, TAPI…..

Semalam diumumkan PKPB dan PKPP di seluruh negara bersambung lagi sehingga 14 April depan.

Sekaligus dengan itu, larangan rentas negeri terus dikuatkuasakan lagi.

Tetapi, jika kita perhati, inilah pengumuman PKP oleh Ismail Sabri Yaakob yang paling tidak dipedulikan sekali.

Selepas pengumuman semalam, hampir tiada yang bercakap mengenainya di warung kopi atau menulis untuk mengeluh serta merungut di media sosial.

Tiada yang peduli lagi.

Rakyat sebenarnya sudah tidak peduli, baik PKP, PKPB, PKPP atau apa jadah ungkapan sekali pun yang digunakan, semuanya bagi mereka sama saja.

Berbanding cerita PAU dua hari sebelumnya, ia lebih banyak diperbual, diperkata dan ditulis oleh rakyat jelata.

Rakyat lebih peduli cerita PAU berbanding cerita PKP dan Covid19.

Kenapa rakyat makin tidak peduli?

Rakyat sebenarnya makin benci, lalu lebih baik mereka ambil sikap tidak peduli.

Mereka benci kerana di sebalik PKP, PKPB, PKPP dan entah-entah apa lagi, makin banyak perkara lain seperti tiada larangan apa-apa buat golongan terpilih.

Menteri-menteri masih bebas ke sana sini tanpa pelitup muka dan tanpa menjaga penjarakan diri.

Ada yang pergi majlis kahwin di negeri lain, menikahkan selebriti macam sudah jadi menteri nikah kahwin dalam cerita Musang Berjanggut, menghadiri program dan macam-macam lagi dengan bebas saja sesuka hati.

Di waktu yang sama, rakyat ditakutkan dengan denda langgar SOP sehingga RM10 ribu tingginya.

Orang lain balik daripada luar negara kena kuarantin di tempat yang disediakan kerajaan, tetapi timbalan menteri balik bercuti 55 hari hanya perlu kuarantin di rumah sendiri.

Menteri dan orang kayangan di waktu PKP ini seolah-olah tiada larangan, malah ada keistimewaan, walhal rakyat nak merentas negeri menjenguk ibu bapa di kampung sebeum ketibaan Ramadan yang dijangka pada 13 April pun tiada kesempatan.

Ketidakadilan ini menjadikan rakyat tambah benci, benci dan kekal benci.

Selepas 14 April nanti, kalau merentas negeri masih tidak dibenarkan pun rakyat tetap tidak peduli.

Bahkan, kalau tidak dibenarkan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya kali ini juga rakyat tidak peduli.

Benar, memang rakyat sudah tidak peduli.

Benar, memang rakyat jadi semakin benci.

Tapi, siap kau bila tiba masa mengundi nanti!! (Shahbudindotcon 31/03/2021)

4.6 10 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 31 March 2021 — 8:12 pm
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
1 April 2021 4:32 pm

ALJUBON WAL BONTO TAK BOLEH KE DEPAN KERANA ADA MASALAH MORAL……. UMNO DALAM MOOD MENURUN ….KENALAH BERHATI2…… UMNO TAK BANYAK PILIHAN KECUALI TERUS DAMBAKAN CINTA PAS……… PAS PANDAI MAIN POLITIK UNTUNG MACAM CINA…….TAPI CINA LAGI PANDAI….. MAJORITY CINA DAP PULUN…… MAJORITY MELAYU MCA SAPU…….. PAS Has Chosen BOTH Umno And PPBM……. PAS wants to continue with both Umno and PPBM. PAS will not break from Umno and PPBM. But if Umno wants to break from PAS, then PAS can do nothing about it — just like what happened in 2001 and 2015 when DAP broke from PAS. Umno wants PAS… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
31 March 2021 7:27 pm

Penyokong Kerajaan Melayu Islam 355 pintu belakang jackpot 22 ramai share lagu Raya awal. Stress sangat gamaknya. Nelopa dan lakinya boleh berancuk dengan lagu Dendang Perantau. Kahkahkah!