PENDIRIAN UMNO TOLAK PN ADALAH PENDIRIAN AKAR UMBI – NAIB PRESIDEN

Kebelakangan ini terlalu banyak sekali gesaan untuk UMNO memikirkan semula pendiriannya untuk tidak mendukung Perikatan Nasional pada PRU ke 15.

Pelbagai alasan di gunakan terutama sekali retorik perpaduan ummah bahawa seolah-olah UMNO mengabaikannya.

UMNO tidak pernah mengabaikan kepentingan ummah barang seketika pun. UMNO lah yang merintis jalan perpaduan Melayu memerdekakan negara. UMNO lah yang menerima kembali Semangat 46 demi perpaduan Melayu . Dan UMNO juga lah yang mengajak PAS untuk bersama menubuhkan Muafakat Nasional.

Tidak menyertai PN bukan mengenepikan kepentingan Melayu. Ia adalah kerana UMNO ada perhitungan politiknya tersendiri.

UMNO bukan parti dengan ‘ herd mentality’. UMNO adalah parti dengan pendirian bahawa survival UMNO itu lebih utama dari survival PN.

Dan nampaknya ramai orang lupa pendirian UMNO ini berakar dari pendirian penyokong akar umbinya.

UMNO parti orang kebanyakan. Kami bukan parti yang terbentuk dengan percaturan golongan elit yang khianat pada mandat rakyatnya.

Kerana mendengar hasrat akar umbilah UMNO memutuskan sedemikian bahawa ia akan bertanding sebagai Barisan Nasional.

Tetapi yang lebih penting diingat ialah, masa depan UMNO ditentukan oleh rakyat, bukan kerjasamanya dengan PN.

Rakyat lah yang akan menentukan jika UMNO ini akan mara atau ditumpaskan.

Rakyat lah yang akan menentukan segala-galanya dan kepada rakyatlah kita mesti memberi segala tumpuan waktu ini. Bukannya rundingan berterusan peringkat atasan yang tidak akan mepengaruhi pemikiran rakyat pun.

Akhirnya saya menyeru kepada seluruh penyokong UMNO, kita mesti segera bekerja dengan rakyat untuk rakyat bagi memenangkan UMNO pada PRU akan datang.

Jangan buang masa dengan polemik politik di peringkat atasan. Kerana masa depan UMNO adalah pada undi mereka yang biasa-biasa.

KHALED NORDIN

Naib Presiden UMNO

10 Mac 2021.

3.8 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 10 March 2021 — 9:00 pm
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
11 March 2021 7:29 am

KE MANA PUN MELAYU LARI MASUK PERANGKAP DAJJAL……. DAJJAL ILLUMINITY…. DAJJAL FREEMASON…..TOK MUDIM PUN DAJJAL…… DAJJAL MUDIM HANYA PENERUS AGENDA ILLUMINITY BAWA AGENDA PHD4PIG LIBERALISM PLURALISM……….. Prime Ministers Are Not Normally Popular…….. So, what is going to happen in GE15? Is Muhyiddin and his party going to get wiped out? In 1999, Mahathir was hated so much that very few people thought he was going to win the November 1999 general election. Yet Barisan Nasional won 77% of the seats even though Umno’s share dropped to 37% from 46% previously. It is a natural phenomenon that prime ministers in office… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 March 2021 10:59 pm

Jangan marah pada PAS yg menentang UMNO dulu kerana amalkan “politik suku, agama suku”. Sekarang PAS dah menyundal dengan UMNO kerana PAS dah tiga suku dan dah hampir gila babi. Jangan marah PAS ya. Tiga suku dan gila babi boleh terlepas hukuman. Paling teruk masuk wad gila jer.

* Rujuk Amanat Adi Wang Tiga Suku

Anonymous
Anonymous
10 March 2021 9:40 pm

HAHAHIHIHOHO Rasanya cukuplah hentakan aku malam ni Dia pon dah lari tercirit tahik lintang pukang Kalu pasal berpantun aku jaguh kat blok ni Stakat panton Kojolla,orang toleh belakang kah kah kah   HAHAHIHIHOHO Agaknya masa kecik kojolla makan tahik kucing Bila tua bangka,hidup memaki pantun mencarot Sekali aku terajang balik cirit terkentut kencing Jenis ini memang kaki sumbat bntot ngan carot kah kah kah   HAHAHIHIHOHO Bila lagi si Kojolla nak sengat orang mcm lipan Hari-hari si haprak main jolok bntot pakai periya Sempena Israq dan Mikraj kena bina keinsafan Kojolla kena kluar dari Kuster Syaiton tahik ya kah kah… Read more »

Taro
Taro
10 March 2021 9:54 pm
Reply to  Anonymous

Yang kau ulas ni ada kena mengena tak dengan topik?