ANNUAR MUSA SENGAJA CARI SENSASI ISU LAMA, LEBIH BAIK SAJA MASUK BERSATU SEGERA

Sekali lagi Annuar Musa cuba mencari sensasi dengan mendedahkan isu kandungan surat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Menambahkan sensasi lagi, beliau turut membangkitkan beberapa persoalan atau andaian tentang masa depan parti susulan surat tersebut yang bertujuan menjelaskan keputusan mesyuarat MT UMNO kepada Muhyiddin berhubung kerjasama UMNO dengan Bersatu.

Yang nyata, walaupun surat tersebut adalah adalah sulit antara Ahmad Zahid dengan Muhyiddin, Annuar nampaknya seperti diberikan salinannya, kemudian mendedahkannya sambil mengecam keputusan UMNO dan menunjukkan kecenderungannya memihak kepada Bersatu.

Siapakah agak-agaknya yang memberikan maklumat tentang surat tersebut kepada Annuar?

Adakah Muhyiddin sendiri yang memberikan salinan surat itu kepada Annuar?

Berhubung dua keputusan mesyuarat MT UMNO yang dimaklumkan Ahmad Zahid dalam suratnya kepada Muhyiddin – tiada kerjasama antara UMNO dengan Bersatu dalam PRU15 dan keberadaan UMNO dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan – ini sebenarnya bukanlah perkara baru atau keputusan baru.

Perkara ini sebenarnya adalah pendirian asal UMNO sebaik saja mereka setuju berada dalam kerajaan PN dan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sejak awal lagi.

Ahmad Zahid dan bekas Presiden UMNO, Najib Razak telah beberapa kali menyebut dan mengingatkan tentang pendirian tersebut, baik dalam ucapan atau tulisan di platform media sosial mereka.

Malah, usul yang diluluskan oleh majoriti UMNO bahagian baru-baru ini yang setuju putus hubungan dengan Bersatu pun adalah berpandukan hakikat tersebut.

Akar umbi UMNO sendiri faham dan setuju untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PN dalam PRU akan datang, sebaliknya pendirian mereka hanya mahu bersama Pas dalam MN saja bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Jadi, kenapa Annuar kalut sangat dengan surat dan isi kandungan surat Ahmad Zahid kepada Muhyiddin itu?

Sebagai bekas Setiausaha Agung BN dan Setiausaha Agung UMNO, Annuar ternampak tidak beretika kerana mendedahkan isu kandungan surat itu dan mempertikai keputusan parti serta seolah-olah menyerang Presiden parti sendiri.

Sesungguhnya ini bukanlah kali pertama Annuar berbuat demikian di mana sebelum ini beliau telah beberapa kali menunjukkan rasa tidak hormat kepada parti dan pimpinan UMNO, sebaliknya memperlihatkan lebih simpati kepada Bersatu dan Muhyiddin.

Sebagaimana sebelum ini beliau mendedahkan surat Ahmad Zahid dan Najib menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, pendedahannya kali ini seperti ulangan perangai tidak beretikanya sekali lagi.

Walaupun persoalan atau andaian yang dibangkitkan Annuar berhubung keputusan UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu seolah-olah untuk masa depan UMNO, Annuar sebenarnya hanya bertujuan melindungi Bersatu dan Muhyiddin, sambil mengkocak serta mengkucar-kacirkan kedudukan UMNO.

Ini kerana dengan keputusan UMNO sebagaimana dimaklumkan kepada Muhyiddin itu, kiranya kekal dilaksanakan dalam PRU15 akan datang, yang lebih dulu akan “sesak nafas” dan mungkin “lemas” adalah Bersatu.

Dengan tiada akar umbi dan ramai pemimpinnya yang berjawatan Ahli Parlimen sekarang adalah berasal daripada kelompok pelompat, tanpa ihsan UMNO sanggup berkongsi kerusi, Bersatu boleh dikatakan tiada masa depan lagi jika sekadar bersama PN.

Kecuali Pas, anggota PN lain iaitu Bersatu, Gerakan, STAR dan SAPP (dua parti di Sabah) bukanlah parti yang banyak pengaruh dan kuat kedudukan akar umbinya.

Begitu pun, bergantung kepada Pas semata-mata belum cukup memberi jaminan kejayaan buat Bersatu, silap-silap dengan sentimen penolakan rakyat terhadap Muhyiddin yang kian membesar dari semasa ke semasa, Pas sendiri boleh hanyut ditolak arus dengan pilihannya bekerjsama dengan Bersatu seperti sekarang ini.

Bagi Annuar sebagai pemimpin yang tidak berada dalam MT UMNO, beliau sepatutnya berlapang dada atas apa juga keputusan yang dibuat parti, bukan menunjukkan simpati atau memihak kepada parti lain.

Dalam hal parti, beliau hendaklah bersama UMNO, menyokong keputusan UMNO dan mempertahankan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, manakala sokongan Muhyiddin hanya terhad kepada urusan kerajaan saja.

Ini tidak, dalam hal kerajaan beliau menyokong Muhyiddin dan dalam urusan UMNO pun sokongannya memihak kepada Muhyiddin juga.

Apa juga keputusan parti, terutama yang diputuskan oleh MT, ia tentulah setelah melalui proses perbincangan ramai, bukan keputusan seorang Presiden semata-mata.

Jika hakikat ini pun beliau gagal memahaminya, malah masih berterusan menunjukkan simpati dan memihak kepada Bersatu serta Muhyiddin, lebih baiklah sebenarnya Annuar segera keluar UMNO dan menyertai saja parti tersebut.

Lagi pun dengan sikapnya yang berterusan seperti “duri dalam daging” seperti ini, belum tentu namanya dipilih lagi sebagai calon di Parlimen Ketereh, bahkan siapa pun jadi Presiden UMNO pasti keberatan untuk menandatangani watikah calon untuknya. (Shahbudindotcom 04/03/2021)

4.7 6 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 4 March 2021 — 4:58 am
Subscribe
Notify of
guest

11 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
5 March 2021 10:41 pm

BEZA PANDANGAN PERKARA BIASA……JANGAN SAMPAI PECAH PENYATUAN UMAT ISLAM MELAYU……. NASIB LERR …. DARURAT COVID LEBIH MUDAH DITERIMA DARI DARURAT NEGARA BANGKRAP PHD4PIG……… UMNO YANG LEMAH TERPAKSA BERLINDUNG DI BAWAH JAMBATAN PN SEMENTARA PRU15………. RAKYAT PRO VAKSIN AKAN PILIH PFIZER BERBANDING YANG LAIN….. AGAKNYA ITU PUNCA POTONG Q…….. Jangan pilih jenama dan persoal jenis vaksin COVID-19 yang diterima – Muhyiddin Perdana Menteri berkata semua vaksin yang diuji untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu sudah disahkan selamat dan berkesan oleh badan berkenaan. – Gambar fail/Astro AWANI KANGAR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar orang ramai tidak memilih dan… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
4 March 2021 3:12 pm

DINOSAUR POLITIK ELOKLAH DIPUPUSKAN PRU15 NANTI…….. ELOKLAH SANGAT PAK DAJJAL KEMBALI KE TEMPAT ASAL BAMBOO RIVER INN………. Anwar’s Strong, Formidable, Convincing Majority Mirage………… And while Anwar dreams, the Pakatan Harapan herd or lembu continue with their wishful thinking, Pakatan Harapan MPs defect to Perikatan Nasional one-by-one, the Emergency continues, Muhyiddin Yassin continues as Prime Minister, when Pakatan Harapan is weak enough, Muhyiddin will dissolve parliament and call for a snap GE15. Anwar Ibrahim first announced he had a strong, formidable, convincing majority in 2008. According to Anwar, on 16th September 2008, 30 Barisan Nasional members of parliament were going to… Read more »

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 11:53 am

KAH KAH KAH

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Blog ini bagaikan Kejora udah terus jajah & tawan
Tak de lagi kelibat..betina tua sewel sasau sawan
Dia dah lemah..mcm anjing betina lps mengawan
Silap besar lah, diacah Kejora berdarah pahlawan
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
4 March 2021 11:38 am

JANGAN RISAU PHD4PIG DAN KADOK TINGGAL KAT MUZIUM LEPAS PRU15………. DAP Has No Right To Talk About Betrayal………. DAP has a history of betrayal and of stabbing their partners in the back, so they are the last people on earth who have the right to talk about betrayal or accuse others of betrayal. And now DAP is prepared to betray their Chinese supporters by doing a backdoor deal with Umno to oust Prime Minister Muhyiddin Yassin DAP keeps talking about ‘betrayal’. Actually, DAP has no right to talk about betrayal when they have betrayed their partners many times. In the… Read more »

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 10:57 am

KAH KAH KAH

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kejora mmg le lama menyimpan hasrat dan cita2
Nk hapuskan terus dari blog ni si betina tua renta
Segala impian & hasrat, nmpaknya menjadi nyata
Kini..di blog ini, Kejora bagaikan raja yg bertakhta
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 9:39 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Heran..ke mana hilang betina tua, lahanat syaitan
Dari tgh hari kelmarin, dia tak tampil buat karutan
Apakah dibalun Bg Ali puki dia tu bengkak bentan
Atau dah biol teruk, dia dibawak ke Tg Rambutan?
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 9:20 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Heran, tak ada langsung kelibat betina tua goblok
Hari ni, sarang tebuan tak terasakah dia nak jolok
Dah tak ingin lagikah nak jadi penghulu kt ini blog
Apakah dgn Bg Ali, si tua tu msih rancak berpeluk
😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 7:47 am

RAKAN2 PESERTA BLOG YG BUDIMAN:

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Silalah berhujah, samada bentuk prosa atau puisi
Tapi kena le jaga blog punya ‘decorum & decency’
Jgn le ada yg berang, hingga tak dpt kawal emosi
Bkn apa, kot kita tak tertepis, pukulan kawan kasi
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 7:46 am

RAKAN2 PESERTA BLOG YG DIHORMATI:

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kalau ada yg nak beri pandangan, silalah kemuka
Komen bentuk prosa ker, atau puisi..boleh belaka
Tapi jgn pula dimuat karangan taraf budak tadika
Bkn lah apa, kot nanti kawan tibai, kita dpt celaka
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
kah kaahh kaaahhhh kaaahhhhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 7:42 am

RAKAN2 YANG DIKASIHI

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kalau nak komen..anda dialu-alukan setiap masa
Tapi berkomen, biar lah secara matang & dewasa
Di samping itu, jaga le adab sopan & budi bahasa
Bkn nya apa kot kawan tibai..sakit pulak kita rasa
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂 😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
4 March 2021 7:35 am

SALAM RAKAN2 BLOG,

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kejora mulakan dengan pantun sbg muqaddimah
Salam sejahtera, utk rakan, muslimin & muslimah
Mari lah kita, saling seru menyeru dgn berhikmah
Jaga tatasusila..dan berbicara lah dgn berhemah
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣