ADAKAH DEMOKRASI BERPARLIMEN PENYEBAB MENINGKATNYA KES COVID19?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) terkejut dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa beliau telah menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara bagi membendung lonjakan kes Covid-19 di negara ini.

Kami sangat bimbang kesan perisytiharan darurat ini terhadap usaha memulihkan situasi ekonomi kita yang semakin parah.

Muhyiddin menyatakan bahawa ianya bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung tidak akan dilaksanakan di mana aktiviti ekonomi akan beroperasi seperti biasa.

Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan semalam masih terpakai.

Beliau juga menyatakan bahawa tujuan utama darurat adalah untuk membendung wabak Covid-19 yang telah mengalami peningkatan kes secara mendadak selama beberapa bulan yang lalu.

Namun kesan utama darurat ini adalah tergantungnya sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta semua bentuk pilihan raya sehingga keadaan Covid-19 terkawal atau pulih.

Sebuah Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada YDPA mengenai penamatan atau penerusan darurat.

Meskipun telah dinyatakan bahawa tempoh darurat adalah sehingga 1 Ogos 2021 namun tempoh darurat boleh ditamatkan lebih awal jika keadaan semakin baik atau dapat dilanjutkan jika perlu.

Kami mempersoalkan keperluan penggantungan Parlimen dan pilihan raya apabila semua aktiviti yang lain berfungsi seperti biasa di bawah syarat darurat ini.

Kami berpandangan bahawa pilihan raya yang wajib seperti Pilihan Raya Umum, pilihan raya negeri yang dijadualkan setelah penggal penuh atau pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan perlu dijalankan.

Pilihan raya ini boleh dan perlu diadakan dengan SOP yang ketat serta pelaksanaan penggunaan kaedah pengundian jarak jauh ataupun secara digital untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Walau bagaimanapun, seruan pelaksanaan pilihan raya tidak wajib atau pilihan raya separuh penggal harus dielakkan memandangkan wabak ini masih melanda.

Kehilangan majoriti kerajaan tidak bermaksud secara automatik akan mencetuskan pilihan raya kerana perkara tersebut merupakan budi bicara YDPA atau Yang di-Pertua Negeri sama ada perlu mengadakan pilihan raya atau membenarkan wakil rakyat yang lain untuk membentuk kerajaan.

Kebijaksanaan seperti itu harus dilaksanakan oleh YDPA dan tidak ada ahli politik yang boleh merampas budi bicara ini dari Seri Paduka Baginda.

Selain itu, pilihan raya wajib dapat dijalankan dengan selamat seperti yang telah ditunjukkan oleh banyak negara dan YDPA mempunyai budi bicara untuk tidak membubarkan Parlimen pada separuh penggal.

Hal ini menjadikan penangguhan pilihan raya dengan perisytiharkan darurat adalah tidak wajar sama sekali.

Sekiranya ini benar-benar untuk mengelakkan pilihan raya, maka kuasa YDPA untuk menolak permintaan pembubaran daripada Perdana Menteri telah tergugur.

Tambahan pula, undang-undang tidak menetapkan kerajaan minoriti tidak boleh terus berfungsi.

Kerajaan sentiasa boleh memeterai Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang agar dapat meneruskan pentadbiran sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

Penyusunan multi-partisan seperti itu akan menjadi teladan baik bagi politik di negara ini selain daripada keputusan belanjawan, parlimen dan reformasi politik lain boleh dipersetujui.

Justeru, berkemungkinan alasan sebenar untuk pengisytiharan darurat ini adalah bagi menangguhkan demokrasi berparlimen dan menafikan pemantauan Parlimen terhadap kerajaan, ataupun merupakan usaha untuk mengelakkan kejatuhan pemerintahan Muhyiddin disebabkan oleh perpecahan yang sedang berlaku di dalam Perikatan Nasional (PN) apabila UMNO sedang mengugut untuk menarik diri dari gabungan tersebut.

Sekiranya ini adalah alasannya, perisytiharan darurat bukan sahaja berlebihan tetapi merupakan penyalahgunaan kuasa Eksekutif yang meletakkan negara ini dalam kancah bahaya di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi terburuk yang pernah dihadapi negara ini.

Kami juga ingin mempersoalkan kemampuan pentadbiran Muhyiddin dalam menangani pandemik dan krisis ekonomi ketika keabsahan mereka sebagai kerajaan pemerintah sedang dicabar hampir setiap hari, tidak hanya dari pihak pembangkang malah dari parti komponen kerajaan itu sendiri.

Setakat ini mereka telah menunjukkan ketidakmampuan untuk menguruskan keadaan Covid-19 berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini.

Kami menyeru semua parti politik untuk mengutamakan kepentingan nasional pada saat kritikal ini dan mengetepikan segala komplot politik untuk merampas kuasa.

Semua usaha harus dilakukan untuk memerangi Covid-19, memulihkan ekonomi dan melakukan reformasi politik yang utama bagi mengembalikan kestabilan yang mapan dan meratakan padang permainan kepada semua pihak.

Dikeluarkan oleh:

BERSIH 2.0, ABIM, IKRAM, KLSCAH dan GBM.

12 Januari 2021.

4.7 6 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 January 2021 — 8:14 am
Subscribe
Notify of
guest
26 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
25 January 2021 7:25 pm

PHD4PIG HANYA TERDIRI PENGGANAS KOMUNIS PERUSUH SOSIALIST DAN PEMBERONTAK SYIAH………. HANYA PEJUANG HUDUD BOLEH DIPERTAHANKAN………. Pertahankan UMNO, bukan pemimpin………… MEMPERTAHANKAN parti lebih penting berbanding mempertahankan seorang pemimpin. Oleh itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewajarnya akur dengan gesaan ahli akar umbi agar berundur secara terhormat daripada menerajui parti Melayu itu. Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, taat setia kepada pemimpin juga perlu diletakkan tepat pada masa berbanding kesetiaan membuta tuli yang boleh merosakkan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan orang Melayu. Justeru, katanya, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya membiarkan masa menentukan masa depan parti.… Read more »

zunnun
zunnun
22 January 2021 4:20 pm

hadi awang perlu di tangkap jika enggan memohon maaf di kuatiri masih mengamalkan ajaran sesat yg membawa kematian2…

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
22 January 2021 2:35 pm

MEME. LAA TOK MUDIM TAHU HAYAT TAK PANJANG UNTUK PM8……HADI SETIA MENANTI UNTUK PM9……. THE PROBLEMS STARTED WHEN DAJJAL ILLUMINITY AND DAJJAL FREEMASON UNITED TO DEVALUATE RINGGIT TERRIBLY……IT WAS ONLY THE TIP OF HUGE CORRUPTIONS ICEBERG……. Pembangkang Tolak Proklamasi Darurat, Helah Bela Diri – Kaunselor…….. – Pihak pembangkang yang masih membuat bising dan tidak bersetuju dengan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai pihak-pihak yang menggunakan helah bela diri, kata seorang Kaunselor berdaftar, Mohamad Hasbullah Mustafa. Menurut Hasbullah, tindakan mereka sebenarnya adalah untuk memujuk diri sendiri dengan kekecewaan yang sedang mereka alami akibat peralihan pentadbiran negara secara sah pada… Read more »

zunnun
zunnun
22 January 2021 10:33 am

kesesatan amanat hadi membawa kecelakaan & kematian2 ..

di memali

sudahkan hadi awang bertaubat

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
20 January 2021 10:20 am

BAWAH PHD4PIG RAMAI PEMBAWA AJARAN SESAT DAN MENYELEWENG ………… PAK JUB PALING BANYAK SUSAHKAN RAKYAT…… MASALAH2 BESAR NEGARA BERPUNCA DARI DORAEMON……. Pemergian Tun Salleh Abas: Kezaliman Yang Belum Terbela Dan Pengharapan Yang Belum Tertunai…….. by1Media. Masih saya ingat lagi bagaimana, setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mengumumkan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur, pada 17 April 2008 bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi bayaran ex gratia kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara oleh pentadbiran zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Ogos 1988, saya telah menemui Tun Salleh Abas di Hilton Hotel, Petaling Jaya,… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 3:04 pm

rakyat perlu menuntut agar hadi awang memohon maaf kerana membawa kecelakaan & kematian…

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
19 January 2021 1:11 pm

ELOK SANGAT PENDATANG ASING PULANG KE NEGARA MEREKA…….. PHDAPIG PEMUJA SYAITAN……22 BULAN NEGARA JAHANAM…….. MANA YANG DI ATAS ELOK DICANTAS……BIAR TUMBUH TUNAS BARU……. PENCEROBOH CINA KAWAL TANAH CEROBOH SEPERTI MILIK ‘BAPAK’ MEREKA Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri di Raub Pahang atas dua sebab iaitu notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah dan ia bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah. Rujuk pautan: https://www.1media.my/2020/12/isu-tanah-durian-musang-king-raub.html 2. Namun, ramai terkejut apabila video tularan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), melalui hasil tinjauan mereka memaklumkan, mendapati setiap penjuru masuk sekitar kawasan tersebut dikawal… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 1:02 am

bukan saja negara menghadapi virus covids tapi negara juga menghadapi virus amanat hadi yg membawa kematian2 …

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
14 January 2021 3:33 pm

HADI PM INTERIM……… DAH KENA POLITIK DARURAT TOK MUDIM…….MELOPONG SEMUA POLITIKUS………. GAGAL PUN PM JUGAK…..PAK JUB LANGSUNG TAK MERASA……. Berdamailah Melayu Oleh Tok Jantan SAYA berfikir dan terfikir, kadangkala terlajak jauh sehingga terlupa apa yang difikirkan. Sebelum terlupa lagi, izinkan saya meluahkan isi dendam perasaan sejak tercetusnya Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam, dua tahun lalu 2019. Mungkin kita semua masih kuat ingatan untuk menyuluh bersama, singkap hati naluri orang perseorangan yang terlibat dalam detik semangat jati hati Melayu yang pada ketika itu dicetuskan oleh Hamzah Bin Zainuddin bersama-sama Dr. Mahathir Bin Mohamad. Niat mereka baik. Hasrat saya… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
14 January 2021 3:11 pm

The last will be one autocracy freedom as long no killing for the sake of differences … leads by all eyes looking one another lead by the most top leader as an example to all.

Yang terakhir adalah satu kebebasan autokrasi selagi tidak ada pembunuhan demi perbezaan … yang dipimpin oleh semua mata memandang satu sama lain yang dipimpin oleh pemimpin paling tinggi sebagai contoh kepada semua.

Last edited 12 days ago by Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
14 January 2021 12:52 pm

SALAH SATU PENYEBAB COVID TERSEBAR IALAH POLITIKUS……DIMULAI KEGAGALAN PHD4PIG HALANG KLUSTER TABLIGH DAN SABAH……… YA BETUL…..HADI PALING SESUAI JADI PM INTERIM…….. RAMAI TAK PERCAYA POLITIK EKONOMI NEGARA MASIH DIKAWAL DAJJAL ILLUMINITY……… PKR, UMMO tidak boleh diselamatkan lagi……… “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bekerjasama dengan Team A atau Anwar, kerana bukan hanya Mahathir sudah nampak rupa sebenar Team A, perjuangan beliau sentiasa berkisar di sekitar Agama, Bangsa dan Negara. Bagi Mahathir, DAP masih lagi boleh dikawal walaupun bersikap oportunis, tetapi Anwar dan Team A merupakan musuh besar kerana sangup menggadaikan maruah Bangsa walaupun bergelar Melayu-Islam” Kemaruk kuasa Datuk Seri… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 9:42 pm

KERAjaan ala ding dong ding dong namo ea. Tahu.

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 9:18 pm

Apo nak jadi KERAjaan sotongah masak. Nak mampuih ko apo Tetuang Buding.

Last edited 13 days ago by Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
13 January 2021 1:32 pm

KESIAN CAI PEMBANGKANG MEROYAN SEUMUR HIDUP……. BUKAN SALAH RENTAS NEGERI TAPI YANG BERKUMPUL…….. PKP: Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Dengan Had Waktu – Ismail Sabri……….. Sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada 12.01 tengah malam ini dengan waktu operasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali bagi aktiviti tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera namun tidak boleh makan di premis berkenaan kerana hanya penghantaran, pembungkusan dan pandu lalu dibenarkan. Beliau berkata selain itu, kiosk, kedai runcit, kedai serbaneka… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 January 2021 12:56 pm

Nazri withdraws support for Muhyiddin, PN govthttps://www.malaysiakini.com/news/558602

Sultan Nazrin: Don’t place trust in hypocrites, people with low moralityhttps://www.malaysiakini.com/news/558637

Anonymous
Anonymous
13 January 2021 11:47 am

Mano poyi Beruk Tua Wak Gontol Kejora Kojolla?

Dah mampuih ker?

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 January 2021 11:25 am

Seronok betul depa nak darurat. Depa nak hijack UMNO selepas kes mahkamah selesai. Jangan terkejut hakim dan Peguam Negara siapkan kerja sepantas kilat. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
13 January 2021 11:48 am

Ada guna nya nak hijack umno? Apa guna nya?

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 January 2021 11:19 am

Kerajaan darurat boleh habiskan duit poket Kerajaan tanpa hisab. Duta Al Sultan anjing Marang paling suka bila Puppet dapat korek tabung Rakyat tanpa disoal. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
13 January 2021 11:19 am
najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 January 2021 11:17 am

Baru semalam darurat, hari ni sudah ada bekas Menteri UMNO kena tarik telurnya oleh PPBM. Nasiblah UMNO nak hidup lama lagi bersama pengkhianat bangsa, agama dan negara dan perogol Nika Gee puppet Madey si Kitol. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
13 January 2021 9:35 am

Apa penting nya sidang Parlimen dll hingga tak boleh di tangguh kerana Covid?

Pembangkang masih boleh mengecam dan mengkritik parti Kerajaan walau pun Parlimen tidak bersidang.

Pembangkang mesti nak cari pasal mengkritik. Tak payah cari pasal, kritik saja lah.

Rakyat negara ini sudah matang dan boleh membezakan batu dari manikam.

Sheraton
Sheraton
13 January 2021 12:04 pm
Reply to  Anonymous

Parlimen di rekodkan yg di sebut handset.

Dlm Parlimen tak boleh di tangkap di siasat.. Awal-awal Muhuhyiddin dan tegas akan kena kan tindakan undang-undang jika sesiapa menghalang atau ganggu kerajaan sdg hadapi covid.

zunnun
zunnun
13 January 2021 8:40 am

adakah democracy berparlimen penyebab bertambah nya penyularan covids ?

tidak sama sekali……

kerana ape yg berlaku dgn tabal nya kerajaan #melayu2islam hadi bukan berasaskan democracy berparlimen tapi berasaskan raja berperlembagaan..

tapi yg amat malang nya, #melayu2islam hadi meneruskan bibit2 kesundalan mereka dgn mengelak kewajaran Democracy Berparliem berfungsi dgn speaker yg di lantik menghidar fungsi2 asas democracy…..

….gagal menyalurkan suara rakyat dgn berkesan hinggakan stimulus 250 Bilion tidak dapat membenteras penyularan malah membangkitan lagi ….

Anonymous
Anonymous
13 January 2021 9:42 am
Reply to  zunnun

Beri bukti, penerangan dengan fakta2 lah kpd tuduhan “stimulus 250 Bilion tidak dapat membenteras penyularan malah membangkitan lagi ….”

Bukan kah kesan nya lambat – dan lama – bahru boleh di lihat.

Menuduh secara liar dengan mengeluarkan karutan2 antara dua bibir itu adalah tidak bijak. Dalam kata2 lain, itu bodo ……..

Sheraton
Sheraton
13 January 2021 8:21 am

Bertambah jahanam lah lg ..

Sekiranya PN tumbang harap PM dan kabinetnya di siasat dan di dakwa atas keputusan yg menjahanamkan negara.

Wassalam