MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah

Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat.

Jawapan:

Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi diarahkan membubarkan UMNO dan semua ahli diserap dalam Bersatu. Kalau Zahid bersetuju, sudah tentu beliau terlepas dari dakwaan di mahkamah. Dengan semangat juang yang kental, beliau sanggup menghadapi dugaan dan berkorban demi parti keramat UMNO. Kalau orang lain ketika itu belum tentu UMNO masih wujud hingga sekarang. Pemimpin seperti Zahid adalah antara sebab mengapa UMNO masih berpengaruh.

Tuduhan 2: LIABILITI KEPADA UMNO

( ZAHID Dicabar Calonkon Diri Sebagai Calon PM UMNO Untuk PR 15 Jika Dia Yakin Diri Sendiri Bukan Liabiliti )

Jawapan:

Zahid Hamidi bukanlah pemimpin gila jawatan. Dengan asas ugama yang ada pada dirinya, beliau tahu bahawa kita tidak perlu terlalu meminta minta jawatan (hard up) untuk jadi Perdana Menteri. Berserah kepada qada dan qadar kerana semua itu ketentuan Allah.

Tuduhan 3: 60% AHLI UMNO TIDAK MENYOKONG ZAHID DALAM PEMILIHAN UMNO

Jawapan:

Ketika Zahid Hamidi tidak mempunyai apa-apa kuasa setelah UMNO kalah dalam PRU 14, beliau menang dalam pertandingan 5 penjuru. Mengalahkan tokoh hebat seperti Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin.

Sehebat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pun hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah ketika pemilihan Presiden UMNO 1987.

Ini menunjukkan Zahid Hamidi mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Tuduhan 4: REKOD KALAH DALAM PILIHAN RAYA KECIL 4 KALI SEBELUM DIAMBIL ALIH OLEH TOK MAT

Jawapan:

Ketika PH baru memerintah, rakyat masih menunggu janji ‘bulan bintang’ untuk ditunaikan. Lagipun 4 kawasan PRK tersebut adalah kubu kuat PH seperti Sg Kandis dan Seri Setia. Balakong dan Sandakan adalah kawasan majoriti pengundi Cina.

Selepas Zahid mengambil alih jawatan Presiden dari Tok Mat, UMNO menang bergaya di Kimanis, Chini dan Slim.

Tuduhan 5: MEMBAWA KEMBALI SIFAT BONGKAK , ANGKUH & SOMBONG YANG DIBENCI RAKYAT & AKAR UMBI UMNO

Jawapan:

Zahid dituduh bersikap sombong dan ‘Abang Besar’ namun apa yang pasti adalah sebaliknya. Ketika Dr Mahathir meletakkan jawatan PM7, untuk memilih PM8, beliau menyokong TSMY sebagai PM, sedangkan Zahid adalah Presiden kepada parti yang terbesar dalam gabungan yang akan membentuk kerajaan.

Krisis politik Perak juga menunjukkan sikap merendah diri beliau apabila sanggup memohon maaf kepada PAS dan PPBM walaupun kedua dua parti tersebut lambat hadir ketika dipanggil mengadap oleh Sultan Perak.

Tuduhan 6: ZAHID PUNCA BERBELAS AHLI PARLIMEN UMNO BERHIJRAH KE PPBM

Jawapan:

Bukan mudah menjadi pembangkang ketika Dr Mahathir berkuasa. Dengan strategi pecah dan perintah Mahathir ketika itu, ramai yang tewas dalam perjuangan. Orang yang mempunyai jiwa yang kental saja sanggup bertahan.

Ada hikmah disebalik itu, sebenarnya UMNO beruntung kerana kita mengetahui yang mana pemimpin yang ikhlas dan mana pemimpin yang hanya berpura-pura dalam perjuangan ini.

Tuduhan 7: KHIANAT AUTONOMI POLITIK UMNO SABAH

( Membuat Keputusan Peribadi Tanpa Berbincang Dengan Ketua – Ketua Bahagian UMNO Sabah )

Jawapan:

Bung Mokhtar Raden adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah selayaknya diberi kepercayaan untuk mengetuai kempen pilihanraya tersebut. Semasa itu Bung Moktar dilihat seorang pemimpin yang mampu menambat hati rakyat Sabah disebabkan kelantangannya berhujah di Parlimen.

Malangnya ketika kempen tersebut, UMNO telah disabotaj oleh parti sekutu dan lebih malang apabila ada pemimpin tertinggi UMNO Pusat yang bersungguh sungguh mahukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Tuduhan 8: KRISIS DI PERAK PETANDA UMNO PERLUKAN KEPIMPINAN BAHARU

Jawapan:

Krisis politik Perak menunjukkan kebijaksanaan Zahid Hamidi dalam misi menukar MB yang bermasalah. Menguji kesetian kawan juga menguji pengaruh dengan parti lawan. Keberhasilan sesuatu matlamat tanpa menimbulkan persengketaan antara UMNO dan PN serta UMNO dan PH. Tidak ramai pemimpin yang mempunyai ‘skill’ sebegitu rupa dalam persada politik tanahair,

Tuduhan 9: PRESIDEN UMNO YANG PALING LEMAH DALAM SEJARAH UMNO

( Hanya Mahu Selamatkan Diri Sendiri & Bukan Demi Parti , Rakyat Dan Negara )

Jawapan:

Zahid Hamidi mengambil alih kepimpinan tertinggi UMNO ketika baharu sahaja kalah dalam PRU 14. Dengan pemdakwaan terpilih kerajaan PH terhadap pemimpin UMNO dan diteruskan oleh kepimpinan Muhyiddin, beliau mampu mengemudi parti keramat UMNO dengan jayanya. Zahid satu satunya Presiden UMNO yang menerajui Parti ketika UMNO hilang kuasa. Akaun UMNO dibekukan oleh kerajaan pimpinan Mahathir dan diteruskan oleh kepimpinan Muhyiddin walau mahkamah mendapatiianya tiada kaitan dengan 1 MDB. Bukan mudah menguruskan parti dalam kekurangan dana namun Zahid mampu melakukannya.

Tuduhan 10: TIDAK HORMAT INSTITUSI RAJA

( Keputusan dan Tandatangan Peribadi Dengan Menggunakan Nama UMNO Tanpa Berbincang Dengan Biro Politik , Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Umno dalam sokongan kepada Anwar Ibrahim )

Jawapan:

Najib Razak menafikan dan SUA PKR Saifuddin Nasution juga mendakwa tidak mengetahui sokongan tersebut.

Sekiranya surat sokongan tersebut tulin, sudah tentu YD Agong akan memanggil mengadap Zahid dan Najib untuk pengesahan. Selepas Anwar Ibrahim mengadap YD Agong, tiada apapun yang berlaku dan Anwar masih ketua pembangkang dan Muhyiddin masih PM.

Tuduhan 11: KHIANAT SEMANGAT PERLEMBAGAAN & MAJLIS DEWAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL ( MCA & MIC )

( Menggantikan jawatan SUA BN dengan melantik Ahmad Maslan)

Jawapan:

Melantik SUA BN adalah prerogatif Pengerusi BN. Seorang Setiausaha Agong adalah sebagai jurucakap Pengerusi dan Parti yang mana sepatutnya Pengerusi selesa untuk melaksanakan tugas.

Sudah menjadi tradisi bahawa SUA UMNO juga SUA BN. Melantik dan mengganti SUA sudah berlaku berpuluh puluh kali dalam sejarah UMNO BN tanpa menimbulkan sebarang masalah.

Tuduhan 12: KHIANAT MUAFAKAT NASIONAL

( Keputusan Peribadi Tidak Daftar MN Tanpa Merujuk Kepada Majlis Tertinggi UMNO )

Jawapan:

Annuar Musa mendakwa Zahid enggan mendaftar MN, Nik Amar pula mendakwa MN tidak boleh didaftarkan disebabkan telah ada pihak lain yang telah mendaftarkan perkara yang sama.

Sekiranya MN boleh didaftarkan sepatutnya SUA UMNO dan SUA PAS berusaha kearah itu.

Tuduhan 13: KHIANAT PAS (PAS juga dikhianati dan kerajaan PAS bersama PN dijatuhkan di negeri Perak).

Jawapan:

Kerajaan PN di Perak tidak diganti kerana kerajaan PN masih berkuasa. Yang ditukar hanya MB yang bermasalah.

Tindakan pimpinan UMNO seharusnya dipuji kerana dapat mengembalikan kepercayaan rakyat negeri Perak terhadap kerajaan Negeri.

ADUN PAS pun dapat jawatan exco dan tidak timbul sebarang perasaan tidak puas hati dari mereka. Yang peliknya ada pemimpin tertinggi UMNO yang masih terkilan walau krisis tersebut telah dapat ditangani dengan baik.

Tuduhan 14: KHIANAT PERJUANGAN UMNO

( Perjuangan UMNO ‘No Anwar No DAP’ juga sudah dikhianati beberapa kali).

Jawapan:

Kalaulah benar dakwaan tersebut, semasa krisis politik Perak adalah peluang terbaik untuk membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP, tapi Zahid masih utamakan permuafakatan bersama PAS dan Bersatu. Sanggup memohon maaf walaupun wakil mereka lambat hadir mengadap Sultan. Mengekalkan prinsip perjuangannya dlm tindakan.

Tuduhan15: KHIANAT KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

Keputusan Majlis Tertinggi UMNO sudah banyak kali tiada kerjasama dengan Anwar dan DAP.

Jawapan:

Tuduhan yang tidak ada asasnya. Walaupun sudah dinafikan oleh Najib dan Lim Guan Eng tetapi tuduhan Annuar masih berkisar tentang perkara yang sama.

Tuduhan 16: KHIANAT PERJUANGAN MELAYU DENGAN SOKONG ANWAR & DAP.

(Annuar Musa mendedahkan terdapat sokongan hitam putih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN).

Jawapan:

Sekiranya benar dakwaan dakwaan tersebut, ianya hanya bersifat strategi politik. Politik dan peperangan mempunyai beberapa persamaan.

Untuk memenangi sesuatu peperangan, kita dibolehkan menggunakan muslihat tanpa mengabaikan prinsip asas perjuangan.

Masalahnya bila ada anggota pasukan yang mendedahkan rahsia taktik peperangan kepada pihak musuh.

Tuduhan 17: PERCUBAAN & PERUNDINGAN MEMBABITKAN DAP YANG DIISTILAHKAN PEMBENTUKAN JAJARAN BARU POLITIK

Annuar berkata, selain itu, wujud percubaan dan perundingan Zahid Hamidi membabitkan DAP yang diistilahkan Pembentukan Jajaran Baru Politik.

Jawapan:

Kerajaan hanya mempunyai majoriti tipis dan rapuh. Keadaan politik ini tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi negara. Sepatutnya kerajaan pimpinan Muhyiddin mencari jalan untuk menguatkan jumlah majoriti tersebut.

Muhyiddin boleh berunding dengan Mahathir dan Shafie Apdal untuk membuat jajaran politik baru demi kestabilan politik negara, tetapi hal ini tidak berlaku.

Sesuatu mestilah dilakukan sekiranya pembubaran parlimen dan pilihannya tidak boleh dilakukan dalam masa terdekat.

18.0 : KHIANAT RAKYAT MALAYSIA

Ketika rakyat sedang susah dan negara sedang berdepan dengan Covid -19. Front Liner kita juga risikokan nyawa mereka untuk berperang dengan virus ini. Zahid Hamidi bersama dengan Najib cuba berunding dengan DAP dan Anwar untuk gagalkan budget 2021. Percubaan ini juga sah tidak menghormati amanat Agong supaya budget tidak dipolitikkan.

Jawapan:

Belanjawan 2021 telahpun diluluskan dengan sokongan Zahid dan Najib. Sokongan itu dengan syarat kebajikan rakyat dipelihara iaitu pengeluaran wang KWSP sebanyak RM 10 ribu dan moratorium 6 bulan.

Pada rundingan pra kelulusan bajet, kerajaan bersetuju syarat tersebut namun memungkiri setelah mendapat sokongan kelulusan.

19.0 : KHIANAT KESELAMATAN , KESIHATAN , NYAWA RAKYAT & NEGARA MALAYSIA

Semasa negara sedang berhadpaan dengan angka lebih daripada 2000 Covid setiap hari dan dijangka akan mencecah 5000 sehari Zahid Hamidi pula membuat gerakan hendak membuat PR 15 pada masa ini. Adakah demi menyelamatkan diri daripada kes mahkamah lebih penting daripada kesejahteraan rakyat dan negara.

Jawapan:

Politik negara tidak stabil dan rapuh disebabkan oleh majoriti tipis yang diperolehi kerajaan sekarang.

Kerajaan yang tidak stabil menyebabkan ekonomi juga tidak stabil. Tiada langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi yang merundum, sebaliknya meneruskan dasar PH menjual aset negara dan menghentikan pembangunan.

Penangguhan HSR dengan denda yang dijangka hampir RM 800 juta amat merugikan. Disamping itu projek prasarana lain seperti Pan Borneo, CSR, LRT 2-3 dan MRT 2-3 begitu perlahan kemajuannya.

Sesuatu mestilah dilakukan untuk memulihkan ekonomi negara yang hampir nazak.

Tuduhan 20: BERKALI – KALI BONGKAK , ANGKUH DAN SOMBONG MEMBUAT KEPUTUSAN PERIBADI TANPA PERBINCANGAN DENGAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO , KOMPONEN PARTI LAIN DALAM BN , PAS DAN PELBAGAI PIHAK

Setiap tindakan peribadi yang bersifat ditaktor tanpa berunding , berbincang dan menghormati orang lain adalah satu sifat kepimpinan yang seharusnya ditolak oleh pelbagai pihak.

Jawapan:

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO paling kerap diadakan sejak Zahid menerajui kepimpinan parti.

Walaupun UMNO jadi pembangkang dan sebahagian kecil kerajaan PN, Ibu Pejabat UMNO sentiasa meriah dengan mesyuarat dan perjumpaan berbanding dahulu.

Zahid juga dilihat sentiasa mendengar pandangan akar umbi. Sebagai contohnya adalah usul dari Persidangan Bahagian baru baru ini.

Tuduhan 21: PUNCA PEPECAHAN UMNO

UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi tidak konsisten , sentiasa Flip-Flop dan tiada halu tuju. UMNO kini berpuak – puak dan memiliki pelbagai kelompok kerana Zahid sebagai Presiden yang seharusnya menjadi agen penyatuan pula menjadi agen pepecahan.

Jawapan:

Dalam sejarah UMNO sejak dari penubuhan telah mengalami beberapa siri perpecahan sehingga tertubuhnya parti parti serpihan. PAS, Semangat 46, PKR adalah parti yang ditubuhkan akibat perpecahan dalaman UMNO.

UMNO dibawah kepimpinan Zahid tidak menghadapi perpecahan yang teruk sebagaimana dahulu.

Tuduhan 22: PUNCA PEPECAHAN UMMAH , MELAYU & ISLAMIC

Kerjasama erat antara UMNO , PAS dan PPBM untuk menyatukan UMMAH , Melayu dan Islam pada mulanya sudah tercapai. Namun begitu , demi menyelamatkan diri Zahid berpolitik sehingga menyebabkan pepecahan yang kini begitu ketara.

Jawapan:

Terdapat laporan dari akar umbi UMNO bahawa terdapat percubaan agen PPBM untuk memancing ketua cawangan dan ahli-ahli UMNO menyertai parti itu. Mereka ditawarkan wang sehingga berjumlah RM 20 ribu. Hal ini sudah tentulah membimbangkan kerana perbuatan khianat rakan sekutu dalam gabungan.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan parti.

Tuduhan 23: KHIANAT PERIKATAN NASIONAL

(Zahid sendiri meminta supaya kuatkan Perikatan Nasional. Zahid sendiri keluar daripada Perikatan Nasional. Zahid sendiri kembali kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri pertimbang semula sokongan kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri meminta supaya gencatan politik terhadap Perikatan Nasional).

Jawapan:

Zahid bukan pemimpin diktator. Beliau sentiasa mendengar pandangan akar umbi UMNO. Oleh sebab itu Zahid disenangi oleh majoriti ahli UMNO, bukan seperti sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang sentiasa melawan arus.

Persidangan UMNO Bahagian yang berlangsung pada 1-3 Jan 2021 majoritinya membawa usul supaya UMNO memutuskan hubungan dengan PPBM. Selain itu akar umbi UMNO mahukan supaya PRU 15 diadakan dalam suku pertama tahun ini.

24.0 : UMUM GENCATAN POLITIK DEMI COVID 19 TETAPI KINI TIKAM DARI BELAKANG.

(Bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan).

Jawapan:

UMNO dibawah Zahid sentiasa memperjuangkan nasib rakyat. Walaupun tiada kuasa, beliau tetap memperjuangkan pengeluaran KWSP tanpa syarat dan moratorium 6 bulan yang gagal dipenuhi oleh kerajaan. Rakyat memang mengharapkan wang KWSP untuk menyelesaikan banyak masalah diwaktu yang mencabar ini.

Tuduhan 25: PEMBOHONGAN ISU TPM

Zahid sendiri yang kata tidak mahu jawatan TPM dan sebarang lantikan.

Jawapan:

Walaupun tidak mengharapkan jawatan TPM, sekurang-kurangnya pelawalah, kerana UMNO merupakan parti terbesar yang menyokong parti kecil untuk jawatan PM.

Sehingga sekarang tiada perlantikan TPM dari pemimpin UMNO. Perlantikan menteri dikalangan pemimpin UMNO pula tidak mengikut hierarki parti. Pemimpin UMNO pula tidak diberikan jawatan penting seperti Kewangan dan ekonomi.

26.0 : RESTU ANWAR JADI PM

(Zahid dakwa sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja).

Jawapan:

Perlantikan Muhyiddin sebagai PM adalah hanya sokongan ahli ahli parlimen UMNO tanpa parti membuat keputusan.

Tuduhan merestui Anwar menjadi PM adalah perkara yang kurang tepat. Sebetulnya Annuar Musa yang merestui Anwar Ibrahim sebagai PM. Jika dilihat dari posting Facebook Annuar Musa pada 12 Ogos 2018 sebaik Anwar memenangi PRK PD, Annuar Musa telah memuji Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang berkarisma. Jangan pandang remeh kelicikan Mahathir kerana dikhuatiri akan diperdaya sekali lagi.

27.0 : BN TUKAR 4 SETIAUSAHA DALAM 2 TAHUN SEMASA ZAHID JADI PRESIDEN UMNO

Jawapan:

Berapa banyak kali pun pertukaran SUA tidak jadi masalah kerana itu prerogatif Pengerusi/Presiden.

Pertukaran dan penggantian SUA sebelum ini tidak menjadi isu. Tiada sidang media selepas penggantian SUA kecuali Annuar Musa.

28.0 : KEGAGALAN UMNO MENJADI KETUA MENTERI SABAH DISEBABKAN ZAHID SENDIRI TIDAK MAHU MENAMAKAN CALON KM SABAH

ISU KETUA MENTERI UMNO DI SABAH

Zahid sendiri yang tidak mahu menamakan Ketua Menteri Sabah.

Jawapan:

Itulah yang dinamakan kuasa autonomi. Biarlah UMNO Sabah membuat keputusan tanpa gangguan. UMNO pusat hanya membantu dalam hal hal lain. Malang bagi UMNO Sabah kerana ada talibarut parti Bersatu yang terlibat dalam kempen tersebut.

29.0 : KEPIMPINAN YANG SENANTIASA FLIP-FLOP DAN TIDAK KONSISTEN.

Jawapan:

Politik adalah sesuatu yang anjal (flexible) dan bukanlah rigid. Ianya juga merupakan seni segala kemungkinan. Tiada musuh dan kawan yang kekal dalam berpolitik. Namun segala keputusan seharusnya tanpa meninggalkan prinsip dan tradisi parti. Disamping mengekalkan prinsip dan tradisi, UMNO semestinya menuju kearah yang lebih progresif.

30.0 : PERCUBAAN BERKALI – KALI MENGGUGAT KESTABILAN POLITIK & EKONOMI NEGARA

Jawapan:

Politik dan ekonomi negara memang tidak stabil. Ketika baru membentuk kerajaan PN, sokongan pertukaran Speaker hanya mendapat 113 undi. Ketika pembentangan bajet tambahan menangani covid, sokongan hanya 112 undi. Kelulusan bajet 2021 hanya mendapat 111 undi. Politik yang tidak stabil menghilangkan keyakinan pelaburan antarabangsa. Banyak pelabur telah memindahkan pejabat operasi mereka keluar dari Malaysia. Yang terbaru adalah Hyundai memindahkan Ibu Pejabat Asia Tenggara mereka ke Indonesia. Hal ini disebabkan oleh negara tersebut menyediakan prasarana yang lebih baik berbanding negara kita.

KESIMPULAN

UMNO sebuah parti yang mengamalkan kebebasan bersuara. Namun begitu tidak perlu untuk menyerang sesama sendiri. Raikan perbezaan pendapat dengan harmoni kerana parti punyai banyak saluran untuk menyatakan pendapat masing-masing.

Jangan perlekeh suara akar umbi UMNO kerana UMNO masih berpengaruh pun disebabkan akar umbi.

Pemimpin dan ahli-ahli UMNO diingatkan supaya bersatu dalam keadaan sukar seperti sekarang.

Pejuang Kebenaran

Kuala Lumpur

10/1/2021.

3.4 7 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 11 January 2021 — 3:04 pm
Subscribe
Notify of
guest
23 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
20 January 2021 10:16 am

BAWAH PHD4PIG RAMAI PEMBAWA AJARAN SESAT DAN MENYELEWENG ………… PAK JUB PALING BANYAK SUSAHKAN RAKYAT…… MASALAH2 BESAR NEGARA BERPUNCA DARI DORAEMON……. Pemergian Tun Salleh Abas: Kezaliman Yang Belum Terbela Dan Pengharapan Yang Belum Tertunai…….. by1Media. Masih saya ingat lagi bagaimana, setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mengumumkan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur, pada 17 April 2008 bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi bayaran ex gratia kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara oleh pentadbiran zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Ogos 1988, saya telah menemui Tun Salleh Abas di Hilton Hotel, Petaling Jaya,… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 3:13 pm

sudh kah rakyat mendapatkan mohon maaf hadi awang kerana membawa kesesat agama di negara dgn ajaran seketul daging babi nya hingga membawa kematian2 ..

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
19 January 2021 1:15 pm

ELOK SANGAT PENDATANG ASING PULANG KE NEGARA MEREKA…….. PHDAPIG PEMUJA SYAITAN……22 BULAN NEGARA JAHANAM…….. MANA YANG DI ATAS ELOK DICANTAS……BIAR TUMBUH TUNAS BARU……. PENCEROBOH CINA KAWAL TANAH CEROBOH SEPERTI MILIK ‘BAPAK’ MEREKA Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri di Raub Pahang atas dua sebab iaitu notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah dan ia bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah. Rujuk pautan: https://www.1media.my/2020/12/isu-tanah-durian-musang-king-raub.html 2. Namun, ramai terkejut apabila video tularan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), melalui hasil tinjauan mereka memaklumkan, mendapati setiap penjuru masuk sekitar kawasan tersebut dikawal… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 1:13 am

laa ngape rakyat sudah lupa ke selain virus covids ada sati virus yg bahaya sedang melanda negara sejak kematian2 ..

di memali, tak lain virus sesat amanat hadi..

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
15 January 2021 4:00 pm

RAKYAT MAHU DETAILS DATA COVID……UNTUK NILAI PRESTASI PN……….. KITA CUBA PARTI PALING LAMA PALING INTEGRITY……… DARURAT COVID SELAMAT KAN KADOK…… DARURAT NEGARA BANGKRAP RAKYAT SENGSARA……… MB Kelantan Tak Ada Driver?…… . . Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS nampaknya memandu sendiri keretanya dan mengisi sendiri angin tayar keretanya. Saya tidak tahu MB negeri lain, tetapi saya berbangga dengan kepemimpinan ulamak di Kelantan yang sentiasa merendah diri, sederhana dan zuhud dalam menghadapi kehidupan dunianya. Orang lain nak fitnah dan maki hamun kononnya pemimpin Kerajaan PAS Kelantan hidup bermewah dan macam-macam lagi, itu urusan mereka. Rakyat Kelate tetap mendukung… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 January 2021 1:58 am

Sebelum PRU14, ramai yg menjangkakan Najib akan istiharar darurat sekiranya kalah dalam pilihanraya. Namun apa yg berlaku Muhyiddin istihar darurat apabila hilang sokongan majoriti di parlimen.

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
14 January 2021 3:54 pm

The last will be one autocracy freedom as long no killing for the sake of differences … leads by all eyes looking one another lead by the most top leader as an example to all.

Yang terakhir adalah satu kebebasan autokrasi selagi tidak ada pembunuhan demi perbezaan … yang dipimpin oleh semua mata memandang satu sama lain yang dipimpin oleh pemimpin paling tinggi sebagai contoh kepada semua.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
14 January 2021 1:01 pm

SUDAH RESAM POLITIK NEGARA INI…… PEMIMPIN2 POLITIK TIDAK AKAN LETAK JAWATAN SUKARELA…….. JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN PHD4PIG…..PN JAUH LEBIH BAIK…….. SALAH SATU PENYEBAB COVID TERSEBAR IALAH POLITIKUS……DIMULAI KEGAGALAN PHD4PIG HALANG KLUSTER TABLIGH DAN SABAH……… YA BETUL…..HADI PALING SESUAI JADI PM INTERIM…….. RAMAI TAK PERCAYA POLITIK EKONOMI NEGARA MASIH DIKAWAL DAJJAL ILLUMINITY……… PKR, UMMO tidak boleh diselamatkan lagi……… “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bekerjasama dengan Team A atau Anwar, kerana bukan hanya Mahathir sudah nampak rupa sebenar Team A, perjuangan beliau sentiasa berkisar di sekitar Agama, Bangsa dan Negara. Bagi Mahathir, DAP masih lagi boleh dikawal walaupun bersikap oportunis,… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 9:29 pm

Apo nak jadi KERAjaan sotongah masak. Nak mampuih ko apo Tetuang Buding.

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 6:46 pm

KERAjaan ding dong namo ea. Tahu.

zunnun
zunnun
13 January 2021 3:13 am

adakah amanat hadi awang masih di perggunakan oleh hadi awang dan malaun2 pAs ketika kerajaan yg ada terkial2 tercungkap2 memerintah negara…

Kelana
Kelana
12 January 2021 4:22 pm

🙏🙏🙏PATIK MENJUNJUNG TITAH PERINTAH DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG.🙏🙏🙏

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
12 January 2021 12:25 pm

YANG SESAT LAGI PEMYESAT TAK PULA MAHU TAUBAT……..

RAKYAT DAH KELIRU…..PKP ATAU DARURAT……..

HABISLAH KLEPTOKRAT UMNO KALI NI……..TERCAPAI JUGA CITA2 TOK MUDIM……..

Parlimen digantung, tiada PRU semasa darurat……..

Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat, kata perdana menteri.

Bagaimanapun, badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa.

Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasnya sebentar tadi.

zunnun
zunnun
12 January 2021 10:25 am

hadi awang dah mohon maaf dgn kesesatan amanat hadi nya yg di sahkan sesat oleh majlis fatwa kebangsaan, belum?

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
12 January 2021 7:55 am

MANA YANG DI ATAS ELOK DICANTAS……BIAR TUMBUH TUNAS BARU……. PENCEROBOH CINA KAWAL TANAH CEROBOH SEPERTI MILIK ‘BAPAK’ MEREKA Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri di Raub Pahang atas dua sebab iaitu notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah dan ia bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah. Rujuk pautan: https://www.1media.my/2020/12/isu-tanah-durian-musang-king-raub.html 2. Namun, ramai terkejut apabila video tularan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), melalui hasil tinjauan mereka memaklumkan, mendapati setiap penjuru masuk sekitar kawasan tersebut dikawal ketat oleh kumpulan penceroboh. Notis perintah keluar serta keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Disember… Read more »

Anonymous
Anonymous
12 January 2021 7:40 am

Berpuluh puluh tuduhan di lemparkan, menyerang sesama sendiri. Kecoh nampak nya UMNO sekarang nih. Tapi tidak semesti nya mengurangkan kepercayaan pelabur asing.

Hyundai memindahkan Ibu Pejabat Asia Tenggara mereka ke Indonesia tidak semestinya disebabkan keadaan di Malaysia. Budin sendiri mengata, “Hal ini disebabkan oleh negara tersebut menyediakan prasarana yang lebih baik berbanding negara kita.”

“prasarana” itu mengandungi berbagai faktor. Terutama nya ia lah Indonesia mempunya pasaran yang jauh lebih besar. Penduduk nya beratus juta.

Anonymous
Anonymous
12 January 2021 7:10 am

Betul ke Zahid masih berpengaruh? Berapa besar pengaruh nya? Bagaimana di banding dengan Najib Klepto wal Jibo?

Catatan Minda
Catatan Minda
12 January 2021 12:56 am

UMNO SEMBANG KARI…. BUAT TAK JUGAK..

Anonymous
Anonymous
12 January 2021 7:03 am
Reply to  Catatan Minda

Minda di catat nak ingatkan benda yang mudah.

HANG SEMBANG BENDA YANG BUSUK, MANA NAK BUAT SATU APA PUN.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 January 2021 7:07 pm

Puppet betul punya marah sampai keluar 30++ dalil Wak Pornorogo tak layak jadi Presiden? Dulu punya dalil 50 sebab Covid19 tolak 20? Inilah jenis puppet Madey Si Kitol sejak zaman muda sampai nak masuk kubur. Hati Madey si Kitol hitam legam macam Azmin Semburit punya lubang. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
12 January 2021 7:04 am

Hang dah masuk kepala hang dalam lubang tuh ka, hingga tahu hitam legam?

Mohd Noor Suffian
Mohd Noor Suffian
11 January 2021 3:51 pm

Memelrrrr SiJaWa KoMeDiniiii XXX Layak!
Bikin BangNon fening333
Kusufian Write.blogspot
PRU 15
TalQin UntuK UMNO 15 April, 2018
25 January, 2021 UMNO mungkin bogel balik…

Anonymous
Anonymous
12 January 2021 7:07 am

Kamu Nujum Pak Belalang ker, tahu itu semua?

Menuduh secara liar, tarak bukti, walau penerangan pun.

Mengarut.