PN KERAJAAN YANG GAGAL, MEMANG WAJAR DIJATUHKAN

Wajarkah Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN dijatuhkan pada waktu ini?

Barangkali ini merupakan persoalan yang banyak berlegar di fikiran kita di mana di ketika Covid19 melanda semula, gerakan mahu menjatuhkan kerajaan pun dilihat sama aktifnya.

Dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini mengumumkan menolak kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang sah dan semalam pula, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob menarik sokongannya, realitinya Perdana Menteri sudah pun hilang majoriti.

Ditolak dua Ahli Parlimen yang telah meninggal dunia dan menunggu sehingga PRK yang diisytihar darurat diadakan di Batu Sapi dan Grik, perkembangan terbaru ini menunjukkan Muhyiddin hanya mempunyai 110 sokongan daripada 220 Ahli Parlimen keseluruhannya.

110 daripada 220 bererti tiada lagi majoriti, lebih tepatnya kedudukan yang seri atau tergantung.

Walaupun ada yang mendakwa Muhyiddin masih ada majoriti melalui 110 sokongan itu kerana blok pembangkang berpecah, tetapi mereka tidak sependapat hanya dalam soal untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri saja.

Sebaliknya, dalam soal menolak dan ingin menjatuhkan Muhyiddin, blok pembangkang adalah sepakat.

Begitu pun, selain Ku Li dan Ahmad Jazlan sah tidak lagi menyokong Muhyiddin, ketidaklayakan beliau duduk sebagai Perdana Menteri akan lebih mudah difahami jika ada dua atau tiga lagi Ahli Parlimen BN berbuat demikian dalam waktu terdekat ini.

Jika mereka ingin berbuat demikian, sebaiknya ia mesti dilakukan pada hari ini atau esok iaitu sebelum Muhyiddin menyampaikan perutusan khas pada petang atau malam Isnin untuk mengumumkan langkah-langkah terbaru kerajaan mengawal penularan Covid19.

Ada khabar mengatakan PKP di beberapa negeri atau larangan rentas daerah serta negeri akan dikuatkuasakan semula dalam pengumuman Perdana Menteri esok nanti.

Beserta jangkaan Kementerian Kesihatan bahawa kes Covid19 boleh menjangkau sehingga 8,000 kes sehari menjelang Mei, jika PKP atau larangan rentas negeri dilaksanakan, bermakna Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual pada 31 Januari untuk mengesahkan usul putus hubungan UMNO dengan Bersatu dan seterusnya keluar daripada kerajaan PN, dengan sendirinya tidak dapat lagi dilakukan.

Jika Perhimpunan Agung tertangguh, bererti juga kekallah lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Kekal lagi beliau sebagai Perdana Menteri, terus terancamlah masa depan UMNO dengan pembulian barangkali tambah dipertingkatkan lagi.

Tidak mustahil selepas itu UMNO tidak mampu lagi menyelamatkan dirinya daripada terus dimangsa dan ditelan oleh Bersatu.

Maka itu, tindakan menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan PN mesti dilaksanakan dengan secepat mungkin demi masa depan UMNO itu sendiri.

Selepas Isnin nanti, segala-galanya sudah terlambat.

UMNO jangan rasa bersalah untuk menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan di tengah-tengah Covid19 sedang melanda ini kerana Muhyiddin sendiri menjadi Perdana Menteri melalui Langkah Sheraton ketika Covid19 ketika itu belum lagi reda.

Sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri, kes Covid terus meningkat sehingga PKP dilaksanakan di seluruh negara.

Lebih daripada itu, ketika Musa Aman menggerakkan usaha merampas Sabah susulan kes mahkamahnya digugurkan secara tiba-tiba sehingga akhirnya memaksa PRN diadakan, ia juga digerakkan ketika Covid19 masih melanda.

Jadi, jika Muhyiddin sendiri menggerakkan pengkhianatan untuk menjadi Perdana Menteri ketika Covid19 dan kemudian melorong serta merestui tindakan Musa Aman mahu menjatuhkan Shafie Apdal juga ketika Covid19, apa masalahnya beliau pula dijatuhkan ketika wabak yang sama masih melanda?

Bukankah pepatah ada menyebut – “what goes around comes around.”

Lagi pula, selain UMNO tidak harus berlengah lagi untuk menjatuhkan Muhyiddin demi survival parti itu, kerajaan PN yang dipimpinnya ini juga dikira gagal teruk dalam mengurus dan mentadbir negara.

Bukan saja tiada kemajuan dilaksanakan sepanjang 10 bulan yang lalu, bahkan pelabur besar seperti Hyundai, Tesla, LG, Toyota, pembuat bateri CATL, Amazon dan beberapa yang lain telah mengambil keputusan memindahkan pelaburan mereka ke Indonesia.

Apakah kita mahu melihat lebih banyak pelabur sedia ada meninggalkan Malaysia?

Kenapa Indonesia lebih diyakini berbanding Malaysia?

Sementara diakui Muhyiddin dan anggota pentadbiran kerajaan PN dilihat gagal kerana tidak mampu menambahbaik keadaan negara, adalah diyakini masa depan Malaysia akan terus memburuk jika mereka tidak segera dijatuhkan.

Dalam keadaan Muhyiddin yang tidak mampu dan kesihatannya pula tidak berapa baik, mengganti kerajaan dan Perdana Menteri adalah suatu kewajipan untuk mengelakkan negara dan rakyat terus terperosok tanpa haluan.

Selain UMNO ada asas kewajarannya sendiri menarik sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin, rakyat juga seharusnya menyambut baik perkara itu.

Kerajaan yang gagal tidak boleh dibiarkan kekal dengan kegagalannya, bimbang nanti lebih ramai yang mati kerana tak cukup makan dan tiada pekerjaan daripada disebabkan Covid19. (Shahbudindotcom 10/01/2021)

4.3 9 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 10 January 2021 — 2:02 pm
Subscribe
Notify of
guest

48 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
20 January 2021 9:24 am

BAWAH PHD4PIG RAMAI PEMBAWA AJARAN SESAT DAN MENYELEWENG ………… PAK JUB PALING BANYAK SUSAHKAN RAKYAT…… MASALAH2 BESAR NEGARA BERPUNCA DARI DORAEMON……. Pemergian Tun Salleh Abas: Kezaliman Yang Belum Terbela Dan Pengharapan Yang Belum Tertunai…….. by1Media. Masih saya ingat lagi bagaimana, setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mengumumkan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur, pada 17 April 2008 bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi bayaran ex gratia kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara oleh pentadbiran zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Ogos 1988, saya telah menemui Tun Salleh Abas di Hilton Hotel, Petaling Jaya,… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 3:16 pm

jgn di biarkan hadi awang bermaharaja meneruskan membawa virus amanat sesat nya lagi kerana terdahulu membawa kematian2 …

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
19 January 2021 1:18 pm

ELOK SANGAT PENDATANG ASING PULANG KE NEGARA MEREKA…….. PHDAPIG PEMUJA SYAITAN……22 BULAN NEGARA JAHANAM…….. MANA YANG DI ATAS ELOK DICANTAS……BIAR TUMBUH TUNAS BARU……. PENCEROBOH CINA KAWAL TANAH CEROBOH SEPERTI MILIK ‘BAPAK’ MEREKA Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri di Raub Pahang atas dua sebab iaitu notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah dan ia bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah. Rujuk pautan: https://www.1media.my/2020/12/isu-tanah-durian-musang-king-raub.html 2. Namun, ramai terkejut apabila video tularan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), melalui hasil tinjauan mereka memaklumkan, mendapati setiap penjuru masuk sekitar kawasan tersebut dikawal… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 1:16 am

lepAs gagal hudud adakah hadi gagal untuk memohon maaf dgn amanat sesat yg membawa kematian2..

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
15 January 2021 1:23 pm

LEPAS NI PEJUANG HUDUD PASTI MENYERLAH……. TOK MUDIM BIJAK GUNA DARURAT COVID…….. DARURAT COVID DISEBARKAN DARURAT NEGARA BANGKRAP………. PRU15 AKAN KUBUR KAN PHD4PIG……… BUDIN DAH JADI AHLI UMNO……… SEMUA MASALAH NEGARA BERPUNCA PHD4PIG…….. PHDAPIG HANYA TERIMA DARURAT NEGARA BANGKRAP……… Darurat, PKP dan rakyat……… Oleh Dr Aiman Datuk Ja’apar Dalam tempoh dua hari pertama minggu ini rakyat dihidangkan dengan dua berita mengejutkan malahan menggusarkan banyak pihak. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah pasti memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat. Ramai pihak menyuarakan pendapat yang berbeza-beza ada… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
14 January 2021 3:58 pm

The last will be one autocracy freedom as long no killing for the sake of differences … leads by all eyes looking one another lead by the most top leader as an example to all. You know.

Yang terakhir adalah satu kebebasan autokrasi selagi tidak ada pembunuhan demi perbezaan … yang dipimpin oleh semua mata memandang satu sama lain yang dipimpin oleh pemimpin paling tinggi sebagai contoh kepada semua. Tahu.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
14 January 2021 1:04 pm

PHDAPIG DAH CONFIRM GAGAL…… PALING SESUAI HADI JADI TPM…… SUDAH RESAM POLITIK NEGARA INI…… PEMIMPIN2 POLITIK TIDAK AKAN LETAK JAWATAN SUKARELA…….. JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN PHD4PIG…..PN JAUH LEBIH BAIK…….. SALAH SATU PENYEBAB COVID TERSEBAR IALAH POLITIKUS……DIMULAI KEGAGALAN PHD4PIG HALANG KLUSTER TABLIGH DAN SABAH……… YA BETUL…..HADI PALING SESUAI JADI PM INTERIM…….. RAMAI TAK PERCAYA POLITIK EKONOMI NEGARA MASIH DIKAWAL DAJJAL ILLUMINITY……… PKR, UMMO tidak boleh diselamatkan lagi……… “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bekerjasama dengan Team A atau Anwar, kerana bukan hanya Mahathir sudah nampak rupa sebenar Team A, perjuangan beliau sentiasa berkisar di sekitar Agama, Bangsa dan Negara. Bagi… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 9:35 pm

Apo nak jadi KERAjaan sotongah masak. Nak mampuih ko apo Tetuang Buding.

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 6:44 pm

KERAjaan ding dong namo ea. Tahu.

zunnun
zunnun
12 January 2021 10:30 am

malaun2 pAs masih mengamalkan ajaran sesat amanat hadi ke hingga ke hari ini…?

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
12 January 2021 8:03 am

ELOK SANGAT PENDATANG ASING PULANG KE NEGARA MEREKA…….. PHDAPIG PEMUJA SYAITAN……22 BULAN NEGARA JAHANAM…….. MANA YANG DI ATAS ELOK DICANTAS……BIAR TUMBUH TUNAS BARU……. PENCEROBOH CINA KAWAL TANAH CEROBOH SEPERTI MILIK ‘BAPAK’ MEREKA Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri di Raub Pahang atas dua sebab iaitu notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah dan ia bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah. Rujuk pautan: https://www.1media.my/2020/12/isu-tanah-durian-musang-king-raub.html 2. Namun, ramai terkejut apabila video tularan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), melalui hasil tinjauan mereka memaklumkan, mendapati setiap penjuru masuk sekitar kawasan tersebut dikawal… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 January 2021 11:00 am

Barua anjing puppet Madey si Kitol paling baru memalukan Malaysia ialah Tengku Zaprul banker jaga banker. Pelabur sudah lari puppet Madey si Kitol buat lawak apa dalam linkedin? Macai anjing JKom dan Jasa tak mampu hidup dalam site korporat bodo Tengku Zaprul. Makin lari pelabur bila MOF sendiri dikecam dan didowngrade oleh dunia korporat. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 January 2021 10:49 am

Kerajaan paling lemah dan tak guna dalam Sejarah Malaysia. Indonesia, Vietnam dan Thailand makin ke hadapan dengan Covid19 segala. Madey si Kitol dan anjing baruanya perlu bertanggungjawab dan minta maaf kepada Rakyat jelata. Madey si Kitol dan barua anjingnya banyak dosa dan memalukan Malaysia. Mampuslah Madey si Kitol dan kroninya. Kahkahkah!

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
11 January 2021 9:42 am

PELABUR BERHATI2 PASAL COVID AKIBAT PHD4PIG GAGAL HALANG KLUSTER TABLIGH DAN SABAH. . … Akhbar bahasa cina dakwa Muhyiddin tolak Zahid TPM, pilih Hishammuddin, Ismail Sabri…….. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagi mencapai kata sepakat, Ismail Sabri dan Hishammuddin dibenarkan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada Muhyiddin membuat keputusan muktamad. Sumber daripada UMNO ketika memberitahu Sin Chew Daily berkata, calon Timbalan Perdana Menteri berkenaan perlu mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan persengketaan yang wujud dalam UMNO… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 January 2021 7:45 am

PM tanpa majoriti pelabur pun awal sudah lari. Negara dipimpin tanpa stabil dari Mac sampai kini. Menteri pun orang luar tak peduli sampai majalah Makassar terpaksa beri trofi. Semua polisi, cukai dan transaksi tidak amanah sampai Parlimen negara luar kena keluar isi janji dan guarantee. Apa nak jadi Madey si Kitol dan barua balaci? Tak habis lagi nak hancurkan negara sendiri? Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 8:21 am

Bodoh bangang menuduh liar tanpa bukti atau penerangan yang boleh di percayai.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 January 2021 7:32 am

Melayu benci DAP atau Keturunan Kerala benci DAP? No Anwar atau No Annuar Musa, No Hisam stim vape, No Azmin semburit, No Madey si Kitol kaki pemecah belah Rakyat? Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 8:14 am

Little amuses the nuisance, what more the fool.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
11 January 2021 7:17 am

POLITIK DARURAT COVID MASIH BERBISA BERBANDING DARURAT NEGARA BANGKRAP……… Muhyiddin masih ada sokongan berbanding 91 PH……….. : Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan sebagai Perdana Menteri kerana bilangan ahli parlimen yang menyokongnya melebihi Pakatan Harapan (PH). Bendahari Bersatu Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, masih ada 110 ahli parlimen menyokong Muhyiddin di dalam Perikatan Nasional (PN), berbanding 91 dipihak pembangkang. Katanya, pendapat sesetengah pihak mendakwa pembangkang atau PH ada 110 undi selepas Ahli Parlimen UMNO Machang dan Gua Musang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Tengku Razaleigh Hamzah menarik sokongan terhadap Muhyiddin adalah tidak tepat “Di Parlimen, PH hanya… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
11 January 2021 6:56 am

BELUM SEMPAT VAKSIN TERBUKTI BERKESAN TIMBUL LAGI VARIANT BARU ……..PN JANGAN TERTIPU PELOBI VAKSIN.. …. COVID-19: Satu lagi varian baharu dikesan di Jepun Empat pelancong dari Brazil itu dikesan positif koronavirus di pusat kuarantin lapangan terbang. -Gambar fail TOKYO: Satu lagi varian baharu koronavirus dikesan di Jepun, lapor The Japan Times. Strain mutan baharu itu, yang hampir sama dengan varian lain yang dilaporkan di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan, dikesan pada empat pelancong yang tiba dari Brazil, Kementerian Kesihatan Jepun memaklumkan perkara itu pada Ahad. Pelancong lelaki berusia 40-an tidak menunjukkan sebarang simptom ketika tiba, namun mula mengalami masalah… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 January 2021 1:21 am

Masalah kita kini bila ada parti kecil dan rasis tapi dibayar oleh kapitalis perompak kaya nak jadi PM sampai mampus. Ini kisah si Kitol Kerala yang Nabi sudah pesan sebagai tanda bala bencana fitnah dari Timur. Mufti Utara dan Menteri Liverpool mesti hapal dalil macam makan bangkai daging. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 6:23 am

Ada bukti ke “dibayar oleh kapitalis perompak”?

Sekurang kurang nya, berli rujukan lah kpd berita2 hala ke situ.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
11 January 2021 7:35 am

Daim, Vincent Tan dan bapa Jho Low you ingat cucu cicit Kerala saka Madey si Kitol ke? Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 8:18 am

Bodoh bangang lah menuduh tanpa bukti, fakta atau penerangan yang munasabah.

Goh
Goh
11 January 2021 12:33 am

Puak umno ,bersatu ,katak lompat,pas pis pis……aritu beriya lah canang bahawa mereka berpakat dan berkomplot jatuhkan ph sebab dap kawal tun m.

Konon nak bela melayu islam…skrg nk jatuhkan pak din sb apa pulak???

Bodoh punya umno…tapi lagi bodoh tentunya macai yg undi ahli parlimen umno.

Hahahahahahaha…

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 6:45 am
Reply to  Goh

sebab dap kawal tun m.”? Boleh ke sesiapa kawal TDM?

Dia yang pernah jadi PM selama 22 tahun berterusan, dia lah yang kawal yang lain.

Nampak nya kamu yang menuduh, kamu bodoh.

Bani melayu umno
Bani melayu umno
10 January 2021 11:39 pm

Persoalan seterusnya, jikalau Umno menarik diri daripada kerajaan Muhyiddin Yassin, membentuk kerajaan baru sama ada dengan Pakatan Harapan mahupun DAP, apakah Umno yang memiliki 39 kerusi, juga mahu menuntut kedudukan dominan dalam kerajaan baru? Dengan 38 kerusi yang dimiliki PKR, dan 42 kerusi yang dikuasai DAP, ditambah 11 kerusi oleh AMANAH yang solid menyokong PH, mungkinkah jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Umno? Dan jikalau sekali lagi Umno dikesampingkan, apakah mereka mahu menjatuhkan juga kerajaan yang baru ini?

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 11:49 pm

pusing pi pusing mai,lompat sana lompat sini,

TDM tetap akan jadi PM9

guan eng dan abang mat dah jadi pro nyeerrrr

kikikikikiki

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 11:51 pm
Reply to  Anonymous

dulu mereka bermusuhan,bila dah bekerja bawah TDM,
mereka menjunjung kepimpinannya

kikikikikik

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 6:31 am
Reply to  Anonymous

TDM geliga otak nya, sentiasa fiikir segala kemungkinan, dia tak jadi PM selama 22 tahun berterusan kalau tidak begitu.

Ejek lah dia Kerala apekejadahnya, takda siapa boleh lawan dia.

Keluarkan lah apa nama pun, semua bukan tandingan nya yang berkesan. Pak Sheikh Anwar dah mnunggu demikian lama, tak juga dapat jadi PM.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 10:25 pm

PEKERJA ASING WAJIB DIASINGKAN…….. POLITIKUS DAN FRONT LINERS WAJIB KUARANTIN ……5 HARI TANPA SWAB……. DANA KERAJAAN UTAMAKAN GOLONGAN BERISIKO KERANA RAKYAT SIHAT MAMPU MELAWAN WABAK DENGAN ANTI BODY……… KOLUM | Apa selepas vaksin?………. Kita telah masuk ke tahun baru dengan suasana yang semakin tidak berubah. Di tengah Covid-19 yang sedang marak, semua rakyat Malaysia dapat merasakan bahawa kita berada dalam keadaan buruk. Ramai yang menderita kerana Covid-19 dan ada yang menerima bencana. Kita harus melihat ke depan pada tahun 2021 apakah dapat melawan Covid-19. Dengan vaksin yang bakal disuntik, apakah dapat mengurangkan atau menghapuskan Covid-19? Sudah tiba masanya untuk melihat… Read more »

Sheraton
Sheraton
10 January 2021 10:12 pm

Kerajaan dengan Muhyiddin Muhyiddin sekali yang gagal.

Gagal kekal kan majoriti. Tak reti cari formula atau cipta penawar.

Bukan rakyat sahaja yang mahu kan Muhyiddin berundur.. pelabur pun dah lama tunggu kerajaan yang lebih baik. Setakat rakyat tu boleh lah pandang sebelah mata.. Ini sampai pelabur dari arab pun tak jadi nak melabur.
Semakin parah ..

Dengan kes mahkamah yang di bebaskan ..

Malaysia lebih suka melihat Tuanku Agung dan Ebit Liew membantu mangsa banjir..

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 6:35 am
Reply to  Sheraton

Gagal kekal kan majoriti.” –

Cara senang ia lah korupsikan MPs, janjikan itu ini, dapatlah katak lompat, bagai.

Kot Muhyiddin tak korup spt itu.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 10:08 pm

UBAT UNTUK REDAKAN SEMENTARA KEMARAHAN UMNO……… ULASAN | Beri Umno jawatan TPM jika mahu selamatkan kerajaan PN………. ULASAN | Kemelut antara Umno dan Bersatu ibarat retak menanti belah. Melihat situasi terkini, nampaknya sukar untuk merapatkan kembali hubungan dua parti itu. Umno sebuah parti yang puluhan tahun mendominasi kerajaan sebagai “abang besar”. Manakala Bersatu parti serpihannya yang kini memiliki kuasa dan cuba menjadi pencatur. Tidak nampak keikhlasan dalam kerjasama dua parti ini walaupun pada peringkat awalnya tampak cantik ketika kedua-duanya sepakat mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Umno memiliki jumlah kerusi terbesar dalam Perikatan Nasional (PN) dan sudah pasti ingin kembali… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
10 January 2021 9:59 pm

I pesan lama dah. Hanya Madey si Kitol keturunan Kerala anak Kutty layak jadi PM Kerajaan Pintu Belakang. Kaki rogol bini orang dan Azmin semburit jadi puppet PM layaknya. Inilah sumpahan berulang keturunan Kitol dan Raja Mandeliar jatuhkan Kerajaan sendiri. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 6:37 am

Sori lah, U pesan orang tak peduli.

Menuduh liar tak renti2, siapa nak peduli.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 9:22 pm

_______________KERAJAAN PHD4PIG JAHANAM KAN NEGARA…….. Kekukuhan ringgit dijangka bawa impak positif kepada pasaran ekuiti – Penganalisis Dengan ringgit yang mencatatkan prestasi lebih baik, ia akan membawa kesan domino kerana ia menyokong banyak sektor, antara lainnya adalah komoditi yang bakal merangsang pasaran ekuiti. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Kekukuhan ringgit ketika ini dijangka membawa impak positif kepada pasaran ekuiti di tengah-tengah kelemahan dolar AS, apabila petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 30.24 mata untuk ditutup bagi minggu pertama 2021 pada paras tertinggi harian 1,633.19. Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 9:13 pm

______SENANG SAHAJA….JAWABNYA TOK MUDIN SAYANG KERUSI PM…… “Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?” – Ahmad Maslan Ahmad menegaskan kempen pilihan raya bukan satu masalah kerana boleh dilakukan secara dalam talian. – Bernama KUALA LUMPUR: “Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat?”. Itu pertanyaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang mempertahankan usul UMNO agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. Dalam ciapan di Twitter, beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut menegaskan, kempen pilihan raya bukan satu masalah… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 9:08 pm

__KAPAL TEMPAT PEMBIAKAN COVID…….. Mustapa Mohamed positif COVID-19 Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani saringan COVID-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi. Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Ahad. backup_ads Jelas kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani saringan COVID-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu “Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 9:04 pm

_WUJUDKAN PUSAT KUARANTIN DI SEMPADAN NEGERI…..5 HARI TANPA SWAB TEST………. ___________ Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu – Exco Kata Dr Alias, negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang datang dari zon merah di luar Terengganu. – BERNAMA KUALA TERENGGANU: Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak. Katanya sehingga semalam negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 8:49 pm

KERAJAAN PH GAGAL WAJAR DIJATUHKAN……….. RAKYAT HANYA PERLU TAKSUB KEPADA KEBENARAN…….BUKAN PARTI ATAU PEMIMPIN……… 10 Tahun Berlalunya Arab Spring: Iktibar dan Pengajaran Di Sebaliknya……….. Tahun ini genap 10 tahun berlakunya Arab Spring yang telah menggoncang politik Dunia Arab sehingga kesannya masih lagi dirasai sehingga ke hari ini. Tunisia yang menjadi pencetus kepada kebangkitan ini adalah sebuah negara kecil dan tidak mendapat perhatian yang meluas dalam kancah politik Dunia Arab dan Dunia Islam secara umumnya. Namun pada Januari 2011, negara kecil yang terletak di Utara Afrika ini mendapat perhatian dunia apabila seorang pemuda yang bernama Mohammad Al-Bu Azizi bertindak membakar dirinya… Read more »

Sheraton
Sheraton
10 January 2021 7:04 pm

Dah ada penyelesaian … masih takut-takut.

Cuba lah Anwar …

Anonymous
Anonymous
11 January 2021 6:38 am
Reply to  Sheraton

Jawatan PM bukan boleh main cuba2, Dol.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
10 January 2021 6:36 pm

Bila puppet scheme of things gagal. Puppetmaster kena merangkak-rangkak keluar cari MP. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
10 January 2021 1:31 pm

Madey si Kitol akan menjadi manusia paling gila kuasa lepas ini. Sediakan anjing depan pintu Istana. Kahkahkah!

Wau bulenngy
Wau bulenngy
10 January 2021 4:04 pm

Suddenly ku li’s and tdm’s names start to ring , very softly………..

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 4:11 pm

Kamu 1:31 pm akan jadi paling gila menuduh orang tanpa bukti atau penerangan.

Takda anjing nak ikut kamu tapi kamu boleh jadi anjing kpd orang lain.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 4:15 pm

Kamu 1:31 pm Wak Gontol Kejora Kojolla pakai nama najib bini rosmah ke?

Awat tak masuk sini pakai nama Kejora lagi?