HILANG MAJORITI, MUHYIDDIN HARUS SEGERA MENGADAP AGONG

Apabila Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermakna ketika ini jumlah ahli Dewan Rakyat yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN hanya ada 110 orang sahaja.

2. Dalam keadaan ini Perdana Menteri Muhyiddin hilang majoriti di Dewan Rakyat dan Kerajaan PN tumbang.

3. Berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Dewan Rakyat ada 222 orang yang dipilih melalui pilihanraya. Dua orang Ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak. Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat bagi penggal parlimen ke-14 tinggal 220 orang.Jumlah sokongan 110 sahaja yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Pagoh itu sekarang, menjadikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya tidak ada majoriti di Dewan Rakyat.

4. Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin Yassin pada 1hb Mac 2020 sebagai Perdana Menteri berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa pada hemat Baginda Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

5. Sepanjang 10 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Kerajaan PN, beliau telah mengelak dan menafikan pembentangan usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. Malah usul percaya terhadap beliau sebagai Perdana Menteri yang dibawa oleh ahli parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang dibentangkan.

6. Perkara yang paling hampir yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ialah melalui pengundian semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2021 di Dewan Rakyat. Undi yang paling tinggi dicapai oleh Kerajaan PN yang menyokong Belanjawan tersebut diperolehi pada 15hb, Disember 2020 semasa pengundian belah bagi bacaan ketiga Belanjawaan 2021 tersebut. Kerajaan PN mendapat 111 undi manakala pembangkang mendapat 108 undi. 111 undi yang diperolehi oleh Kerajaan PN ketika itu adalah termasuk sokongan dari Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan.

7. Kini Ahli Parlimen Machang itu telah menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan juga Kerajaan PN. Dalam keadaan ini, elok kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sekali lagi. Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

8. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini adalah jelas. Maka saya selaku salah seorang ahli Dewan Rakyat menyeru kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mematuhi peruntukan undang-undang tubuh negara kita ini, Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan segera mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, dengan seberapa segera. Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia telah berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Inilah masanya untuk membuktikan ikrar dan sumpah jawatan tersebut.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Bertarikh Ahad 10 Januari 2021.

4.5 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 10 January 2021 — 8:21 am
Subscribe
Notify of
guest

24 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
25 January 2021 3:14 pm

PHD4PIG MEMANG HIPOKRIT DAN OPPORTUNIST…….MASA DIA PERINTAH KEDEKUT NAK MAMPUS BILA JADI PEMBANGKANG MINTA KERAJAAN TABUR DUIT…….. Sukarnya Duit Kerajaan Untuk Sampai Kepada Rakyat……… 1) Kalau wang kerajaan begitu mudah untuk diberikan kepada rakyat, kalau 35juta wang kerajaan mudah untuk diperuntukkan membeli tablet kepada jutaan pelajar… tanpa birokrasi, tanpa restriction itu ini… tanpa kreativiti untuk klepet duit kerajaan… sudah tentu para pemimpin berjiwa rakyat zaman PH mentadbir akan curahkan segala wang kerajaan untuk kebajikan rakyat. 2) Siapa tidak kenal YB Bangmat yang berjiwa marhaen, merasai denyut nadi rakyat. Siapa tidak kenal YB Salahuddin yang tersentuh hatinya dengan kesusah rakyat. Siapa… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 3:17 pm

adakah kerajaan pN mengamalkan ajaran sesat amanat hadi yg membawa kematian2 ….

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
19 January 2021 12:50 pm

DI BAWAH KERAJAAN PHD4PIG BANI LGBT KUASAI KABINET……..PENYEBAR AJARAN SESAT BERTERABUR……..SEKS BEBAS MERATA……. PAK JUB MAHU KUASA UNTUK KUMPUL KOLEKSI MAT JAMBU…….. PAK JUB HANYA BERWIBAWA DI KALANGAN BANDUAN……… PRU15 AKAN TENTUKAN NASIB POLITIKUS……… DARURAT SEKADAR UNTUK TANGGUHKAN PILIHAN RAYA DAN JANGKITAN OLEH POLITIKUS2……. Why The Emergency Is Good For The Economy…………. Foreigner investors actually welcome the declaration of the Emergency. They would even be happy if the Emergency is forever so that there is no political instability and threats of a coup. The Emergency will in the long-term help Malaysia’s economy recover and the Rakyat will be able to… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 1:18 am

Moo lupa bahawa kehilangan majoriti nya bukan saja permasaalahan covids tapi juga kerana Moo bergelumang dgn virus sesat amanat hadi yg membawa kematian2..

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
15 January 2021 1:22 pm

TOK MUDIM BIJAK GUNA DARURAT COVID…….. DARURAT COVID DISEBARKAN DARURAT NEGARA BANGKRAP………. PRU15 AKAN KUBUR KAN PHD4PIG……… BUDIN DAH JADI AHLI UMNO……… SEMUA MASALAH NEGARA BERPUNCA PHD4PIG…….. PHDAPIG HANYA TERIMA DARURAT NEGARA BANGKRAP……… Darurat, PKP dan rakyat……… Oleh Dr Aiman Datuk Ja’apar Dalam tempoh dua hari pertama minggu ini rakyat dihidangkan dengan dua berita mengejutkan malahan menggusarkan banyak pihak. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah pasti memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat. Ramai pihak menyuarakan pendapat yang berbeza-beza ada yang menyokong ataupun membantah namun apa… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
14 January 2021 4:00 pm

The last will be one autocracy freedom as long no killing for the sake of differences … leads by all eyes looking one another lead by the most top leader as an example to all. You know.

Yang terakhir adalah satu kebebasan autokrasi selagi tidak ada pembunuhan demi perbezaan … yang dipimpin oleh semua mata memandang satu sama lain yang dipimpin oleh pemimpin paling tinggi sebagai contoh kepada semua. Tahu.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
14 January 2021 1:07 pm

KESIAN PHD4PIG…. POLITIK DARURAT NEGARA BANGKRAP TAK MENJADI…… PHDAPIG DAH CONFIRM GAGAL…… PALING SESUAI HADI JADI TPM…… SUDAH RESAM POLITIK NEGARA INI…… PEMIMPIN2 POLITIK TIDAK AKAN LETAK JAWATAN SUKARELA…….. JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN PHD4PIG…..PN JAUH LEBIH BAIK…….. SALAH SATU PENYEBAB COVID TERSEBAR IALAH POLITIKUS……DIMULAI KEGAGALAN PHD4PIG HALANG KLUSTER TABLIGH DAN SABAH……… YA BETUL…..HADI PALING SESUAI JADI PM INTERIM…….. RAMAI TAK PERCAYA POLITIK EKONOMI NEGARA MASIH DIKAWAL DAJJAL ILLUMINITY……… PKR, UMMO tidak boleh diselamatkan lagi……… “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bekerjasama dengan Team A atau Anwar, kerana bukan hanya Mahathir sudah nampak rupa sebenar Team A, perjuangan beliau sentiasa… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 9:35 pm

Apo nak jadi KERAjaan sotongah masak. Nak mampuih ko apo Tetuang Buding.

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 6:43 pm

KERAjaan ding dong namo ea. Tahu.

zunnun
zunnun
13 January 2021 3:18 am

rakyat mesti sentiasa berwaspada kerana hadi awang dan malaun2 pAS masih mengamalkan ajaran seketul daging babi mereka ke sana kemari….

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 8:47 pm

RAKYAT HANYA PERLU TAKSUB KEPADA KEBENARAN…….BUKAN PARTI ATAU PEMIMPIN……… 10 Tahun Berlalunya Arab Spring: Iktibar dan Pengajaran Di Sebaliknya……….. Tahun ini genap 10 tahun berlakunya Arab Spring yang telah menggoncang politik Dunia Arab sehingga kesannya masih lagi dirasai sehingga ke hari ini. Tunisia yang menjadi pencetus kepada kebangkitan ini adalah sebuah negara kecil dan tidak mendapat perhatian yang meluas dalam kancah politik Dunia Arab dan Dunia Islam secara umumnya. Namun pada Januari 2011, negara kecil yang terletak di Utara Afrika ini mendapat perhatian dunia apabila seorang pemuda yang bernama Mohammad Al-Bu Azizi bertindak membakar dirinya kerana tekanan hidup apabila kereta… Read more »

BanjirKilat
BanjirKilat
10 January 2021 2:05 pm

Partai2 politik taik…rakyat semua mampos :-

PUS – incompetent , toliban Wannabees
Omnoh – mega korupted
Bersatay – traitorous
Amanat – soft and dying
Dapig- lost in twilight zone
PKR – dah hanyut kat sungai gombak

Akhir kalam…Cash is king !

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 1:38 pm

DALAM BAB VAKSIN MUNGKIN PENDAPAT SYIAH BOLEH DIAMBIL KIRA…….. Dakwa vaksin AS, Britain ‘tidak boleh dipercayai’, tweet Ayatollah Ali Khamenei dipadam AYATOLLAH ALI KHAMENEI: Melihat pada pengalaman kami dengan bekalan darah yang dicemari HIV di Perancis, vaksin Perancis juga tidak boleh dipercayai. -Gambar fail/Reuters TEHRAN: Syarikat pengendali laman sosial Twitter Inc memadamkan tweet terbaharu oleh pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei yang mendakwa vaksin koronavirus dihasilkan di Amerika Syarikat dan Britain “tidak boleh dipercayai”. Ia susulan hantaran tersebut dikatakan melanggar peraturan media sosial itu. “Mengimport vaksin yang dibuat di AS atau UK adalah dilarang. “Mereka sama sekali tidak boleh dipercayai.… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 1:32 pm

JIKA BENAR VAKSIN BERKESAN KENAPA NEGARA PENGELUAR MASIH BERGELUT DENGAN KES TERBARU COVID…….. COVID-19: Vaksin China selamat dan berkesan – Pakar AS Vaksin COVID-19 dihasilkan Sinovac dan Sinopharm disahkan selamat, berkesan dan berbaloi atau sepadan dengan hasilnya oleh pakar kesihatan AS. -Gambar fail WASHINGON DC: Pakar Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan vaksin COVID-19 dihasilkan Sinovac dan Sinopharm adalah selamat, berkesan dan berbaloi atau sepadan dengan hasilnya. Menurut Kate Tulenko, walaupun vaksin dari negara China itu bersifat tradisional, namun ia berupaya membunuh virus koronavirus apabila disuntik ke badan manusia. Malah, vaksin berkenaan lebih mudah dikendalikan dan boleh disimpan di tempat simpanan… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 1:24 pm

PN NAK LOCKDOWN LAGI…..KENA JELASKAN KEPADA RAKYAT PUNCA JANGKIT……. KALAU RENTAS NEGERI KENA SEDIAKAN PUSAT KUARANTIN….5 HARI TANPA SWAB TEST……… __ ‘Saya dari Klang… Saya tidak kisah tentang COVID-19!’ Adakah benar kita akan peduli pada kepentingan orang lain, jika kesihatan dan keselamatan diri sendiri pun tidak terjaga? – Gambar hiasan *Ini adalah artikel bersifat sindiran (sarcasm) dan isi yang dikarang hanya rekaan semata-mata… ADA AKU KISAH? Dengar khabar, sejak beberapa minggu lalu, kes-kes COVID-19 di sekitar Klang dan Petaling Jaya naik mendadak. Dari ratusan kes di Selangor kini sudah cecah ribuan kes. Jadi? Apakah saya dan keluarga saya kena perapkan… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 1:04 pm

MAJORITY KENA TUNGGU SIDANG PARLIAMENT UNTUK SAHKAN……….UMNO DAH JADI PELACUR POLITIK……. THE PROBLEMS STARTED WHEN DAJJAL ILLUMINITY AND DAJJAL FREEMASON UNITED TO BRING DOWN RINGGIT TREMENDOUSLY………. Kereta Rasmi KM Penang Bertukar 3 Kali Dalam Tempoh 7 Tahun?……. Sejak projek terowong ajaib dianugerahkan, ketua menteri Pulau Pinang sudah tukar kereta rasmi 3 kali. Guan Eng guna Toyota Camry untuk sebulan sahaja. Lalu dia gantikannya dengan kereta Mercedes S-class baru. Kereta rasmi ditukar 3 kali sejak tahun 2013 tapi kerja pembinaan terowong tak pernah bermula sejak 8 tahun dahulu. DAP ada hati lagi nak kecam kerajaan PAS Kelantan beli Mercedes dan fitnah… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 11:20 am

Kenapa tak buat usul dan ambik undi di Parlimen? Speaker tak mau ker?

112 MP nak buat Surat Sumpah / Statutory Declaration dan bawa kpd YDP Agong, berpikul banyak nya, Beb.

Melainkan di buat beramai ramai. Apasal tak buat? Tak boleh buat ker? Habih, pahal nah heboh saja?

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 11:30 am
Reply to  Anonymous

“usul percaya terhadap beliau sebagai Perdana Menteri yang dibawa oleh ahli parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang dibentangkan.”

Selagi tak dapat peluang itu, yang mahukan Muhyiddin letak jawatan perlu tersengeh sengeh saja ler.

Masam muka, geram tak renti2, makan hati, kalau ada darah tinggi, bolek KO nanti. Awas lah.

Jigit
Jigit
10 January 2021 12:38 pm
Reply to  Anonymous

Cakap baiyyah ada butul juga…

Jigit
Jigit
10 January 2021 12:36 pm
Reply to  Anonymous

Parlimen tu beza sikit dari mesyuarat di kedai kopi bro. Ada peraturannya. Sebarang usul mesti di bawa ketika berlangsungnya sidang dewan rakyat. La ni sidang bagi penggal 2020 dah tamat… kena tunggu penggal baru bermula… entah april entah jun terpulang kpd menteri takiyudin dan speaker azhar. Dan ada pun nak bawa sesuatu usul, mestilah dibuat secara rasmi kpd speaker dan terpulanglah kpd budi bicara speaker nak membawanya atau masuk dalam bakul sampai. Mudah cakapnya, Si Azhar tu Muhyiddin yang lantik. Sebelum sesuatu usul dibawa dia kena la tanya bos dulu boleh ke tak. Kena ingat, ini parlimen Malaysia bukannya Sweeden,atau… Read more »

ApaMauMaluBossku
ApaMauMaluBossku
10 January 2021 11:00 am

Senang jer…Kalu Abah/Min/Amzah masih nak berkuasa, suruh AG lepaskan jer jibbi, wak,koonan,Ros,maz3.85,joloh,serigar,arul,isa,bung,riza,shapee,etc. dari masok penjara. Semua bisa diberes kalu penyagak2 negara diberi ampun . Murah harga politik semasa.

mamak_mee
mamak_mee
10 January 2021 11:08 am

Bro…jgn lupa si tambi azeez…depa pun mau dapat keampunan jugak…kena adil bro.

Wau bulenngy
Wau bulenngy
10 January 2021 9:43 am

…..moga jauh dari bala dan laknat Allah swt dengan berPMkan bekas banduan sodomi

Aamiin

Jigit
Jigit
10 January 2021 12:46 pm
Reply to  Wau bulenngy

Whether he sodomised or not, I would not commit myself to that belief, unless I have seen with my own eyes his dick penetrating someone’s asshole.

Tapi kalau berPMkan sessorang yg naik kerana sokongan team banduan… be it Muhyiddin, Anwar or waima Hj Hadi dari parti Selam sekalipun, memang semua rakyat akan ditimpa bala la jawabnya…